BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 13 Julai 2017 /PRNewswire/ --
VPBank Finance Company Limited (FE CREDIT), salah satu pengeluar kad kredit terbesar di Vietnam yang memberi tumpuan terhadap peserta kategori, melancarkan tawaran baharu bersama Grab di Vietnam untuk mempromosikan transaksi tanpa tunai.
Semua pemegang kad FE CREDIT kini hanya perlu menyertakan kad mereka sebagai sumber pembiayaan melalui GrabPay dan berpeluang mendapatkan 8 perjalanan percuma yang hebat melalui GrabCar, GrabCar 7 Seater atau GrabBike.
Prosesnya adalah amat mudah. Pengguna Grab hanya perlu menyertakan kad FE CREDIT PLUS+ atau GOLD melalui GrabPay dan berpeluang mendapatkan 8 perjalanan percuma dengan memasukkan kod promo khas.
Dilancarkan pada 15 Julai, tawaran ini sah sehingga 14 Ogos dan eksklusif untuk pemegang kad FE CREDIT.
En. Kalidas Ghose, Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT berkata, "FE CREDIT berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Grab untuk membawakan faedah yang pantas dan mudah kepada pemegang kad kami yang dihargai. Kami mengharapkan lebih banyak inisiatif sedemikian bersama Grab pada masa akan datang."
En. Nimish Dwivedi, Pengarah Perniagaan Kad Kredit FE CREDIT menambah, "FE CREDIT sentiasa berusaha mempelopori faedah unik yang bertujuan untuk menarik peserta kategori dan mendayakan langkah perjalanan tanpa tunai mereka menggunakan kad kami. Kad Plus dan Kad Kredit Segera sedia digunakan adalah antara contohnya. Tawaran bersama Grab ini merupakan satu lagi inisiatif yang memberi manfaat penggunaan dan membolehkan pemegang kad untuk berurus niaga tanpa tunai. "
En. Jerry Lim, Ketua Negara Grab Vietnam berkata, "Kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan FE CREDIT dan menjadikannya lebih mudah untuk pelanggan mereka dan pelanggan kami membayar serta mendapat ganjaran apabila melakukan perjalanan dengan Grab."
Latar Belakang FE CREDIT
Selaku pelopor bagi Kewangan Pengguna, FE CREDIT mewujudkan asas yang kukuh untuk menjadi peneraju pasaran bagi pasaran pinjaman pengguna tidak bercagar. Kini, FE CREDIT menyediakan pengguna dengan perkhidmatan pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dua roda, pinjaman barangan pengguna tahan lama dan kad kredit. www.fecredit.com.vn
Latar Belakang Grab
Grab ialah platform panggilan-tumpang dan pembayaran mudah alih yang terkemuka di Asia Tenggara. Grab menangani cabaran pengangkutan kritikal bagi menjadikan kebebasan pengangkutan suatu realiti untuk 620 juta penduduk di Asia Tenggara. Platform produk utama Grab melibatkan penyelesaian pengangkutan untuk pemandu dan penumpang dengan memberi penekanan terhadap ciri kemudahan, keselamatan dan keandalan, selain platform pembayaran mudah alihnya yang proprietari, GrabPay. Kini, Grab menawarkan perkhidmatan di Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Vietnam dan juga Myanmar. http://www.grab.com
Maklumat Perhubungan Media:
FE CREDIT - VPBank Finance Company Limited
+84-08-3911-5212
pr@fecredit.com.vn