omniture

Arkema umum projek pelaburan besar-besaran bagi rantaian poliamida 11 biosumber di Asia

Arkema
2017-07-13 09:34 586

COLOMBES, Perancis, 13 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Berminat untuk mengekalkan pertumbuhan kukuh pelanggannya, khususnya dalam pasaran automotif, pencetakan 3D dan barangan pengguna seperti sukan dan barangan elektronik, Arkema mengumumkan rancangan pelaburannya iaitu kira-kira sebanyak 300 juta euro dalam tempoh lima tahun bagi rantaian poliamida 11 biosumber. Pelaburan besar-besaran ini akan membolehkan Syarikat meningkatkan kapasiti pengeluaran global bagi poliamida 11 sebanyak 50%. Projek ini juga sejajar dengan strategi Arkema untuk mempercepatkan usaha pembangunan bahan-bahan termajunya, salah satu tunggak utama pertumbuhan masa depannya, dikekalkan oleh portfolio inovasi unik sekitar trend pembangunan mampan yang utama.

Arkema mengumumkan rancangan pelaburan besar-besaran terhadap rantaian poliamida 11 biosumber bagi tujuan meningkatkan dengan ketara kapasiti pengeluarannya di Asia.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, Syarikat merancang untuk melabur kira-kira 300 juta euro dalam usaha membangunkan kilang berskala dunia di Asia khusus untuk menghasilkan poliamida biosumber PA11 Rilsan® daripada minyak kastor. Kilang baharu ini, yang akan menghasilkan monomer amino 11 dan polimernya, PA11 Rilsan® bakal beroperasi menjelang akhir tahun 2021. Ia akan membolehkan Arkema meningkatkan kapasiti pengeluaran PA11 Rilsan® (serbuk dan granul) sebanyak 50%. Pelaburan ini turut melibatkan peningkatan 50% dalam kapasiti pengeluaran global untuk Pebax®, khususnya RNew Pebax® dengan amino 11 menjadi komponen utamanya. RNew Pebax® ialah elastomer poliamida biosumber dengan ciri-ciri unik seperti pulangan tenaga dan keanjalan, diperuntukkan khususnya untuk pasaran sukan dan elektronik.

Menerusi kilang yang bakal dibangunkan ini, Arkema akan mempunyai tapak pengeluaran kedua bagi monomer amino 11, melengkapi lokasi bersejarahnya di Marseille, Perancis.

PA11 Rilsan® ialah satu-satunya poliamida 100% biosumber berprestasi tinggi yang sesuai untuk aplikasi paling mencabar khususnya dalam pasaran elektronik, pencetakan 3D dan automotif, yang berfungsi sebagai pengganti logam.

Pelaburan ini memperlihatkan komitmen jangka panjang Syarikat untuk memenuhi permintaan kukuh daripada pelanggannya di Asia dengan menawarkan penyelesaian biosumber terhadap cabaran utama mengurangkan berat dan reka bentuk bahan-bahan. Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, pertumbuhan tahunan kira-kira sebanyak 7% diramalkan dalam pasaran-pasaran ini di Asia.

Menerusi projek ini, perniagaan poliamida khusus, yang telahpun mencapai jualan sebanyak 40% di Asia, akan memantapkan kedudukannya dalam sektor perindustrian, komersial serta penyelidikan & pembangunan (R&D) di rantau ini. Seterusnya, Syarikat mengesahkan komitmennya untuk menyokong pelanggannya dengan bekerjasama erat demi keperluan individu dan menyediakan mereka dengan penyelesaian inovatif yang tepat, sesuai dengan keperluan tempatan tertentu dalam pelbagai pasaran mereka.

"Projek ini menonjolkan pencapaian penting dalam pembangunan poliamida khusus kami dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kami ingin memaklumkan kepada pelanggan kami dengan penuh yakin dan bangga. Hari ini, lebih daripada biasa, kami tetap setia bersama pelanggan kami untuk menawarkan mereka dengan rangkaian produk biosumber berteknologi ultra tinggi. Matlamat kami adalah untuk menyokong usaha pembangunan mereka di seluruh dunia bersama pasukan-pasukan pakar dipacu inovasi yang sedia berkhidmat," ulas Thierry Le Henaff, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Arkema.

Projek ini sejajar dengan strategi Syarikat yang bercita-cita tinggi untuk mempercepatkan usaha pembangunan bahan-bahan termajunya dengan ketara, yang akhirnya akan menyumbang sebanyak lebih 25% jualan, di samping terus mengukuhkan lagi kedudukannya di Asia.

Latar Belakang Arkema
Pereka bahan-bahan dan penyelesaian inovatif, Arkema membentuk bahan-bahan dan mencipta kegunaan baharu yang dapat meningkatkan prestasi pelanggan. Portfolio perniagaan kami yang seimbang mencakupi bahan-bahan berprestasi tinggi, kepakaran industri dan penyelesaian salutan. Jenama-jenama kami yang diiktiraf di seluruh dunia tersenarai dalam kalangan peneraju bagi pasaran yang menerima perkhidmatan kami. Dengan laporan jualan tahunan sebanyak EUR7.5 bilion bagi tahun 2016, kami menggaji kira-kira 20,000 kakitangan di seluruh dunia dan beroperasi hampir di 50 negara. Kami komited terhadap penglibatan secara aktif dengan kesemua pihak berkepentingan kami. Pusat-pusat penyelidikan kami di Amerika Utara, Perancis dan Asia menumpu dalam usaha memajukan produk berasaskan bio, tenaga baharu, pengurusan air, penyelesaian elektronik, bahan-bahan dan reka bentuk ringan, kecekapan kediaman dan penebatan. www.arkema.com 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN PELABUR

Sophie Fouillat

+33 1 49 00 86 37

sophie.fouillat@arkema.com

Francois Ruas

+33 1 49 00 72 07

francois.ruas@arkema.com


MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA

Gilles Galinier 

+33 1 49 00 70 07

gilles.galinier@arkema.com

Veronique Obrecht

+33 1 49 00 88 41

veronique.obrecht@arkema.com

Source: Arkema
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Chemical Oil/Energy