omniture

Borgward bakal jadi Penaja Rasmi Utama Kejohanan Dunia AIBA 2017 di Hamburg

BORGWARD Group AG
2017-07-13 12:32 657

STUTTGART, Jerman, 13 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Pengeluar kereta Jerman, Borgward bakal menjadi Penaja Rasmi Utama sempena Kejohanan Dunia Lelaki AIBA 2017 di Hamburg.

Bermula pada 25 Ogos hingga 2 September, acara ini merupakan perlawanan tinju terbesar bagi tahun ini. "Semangat Olimpik terangkum dalam banyak nilai yang dibawakan oleh jenama kami, dan Kejohanan Dunia AIBA ialah perlawanan tinju terbesar di dunia. Acara ini juga merupakan peluang terbaik untuk Borgward sebagai jenama tradisional untuk memperkenalkan generasi baharu kereta kami. Borgward Group AG berharap dapat menyokong AIBA, Persekutuan Tinju Jerman dan bandar Hamburg dalam menganjurkan perlawanan tinju yang luar biasa," kata Tom Anliker, Naib Presiden Pemasaran, Jualan dan Perkhidmatan, Borgward Group AG.

Perjanjian ini membabitkan sokongan kewangan yang penting untuk pertandingan, selain penggunaan SUV BX7 dan BX5 yang baru dibangunkan oleh Borgward sebagai kereta tajaan untuk perlawanan ini.

BORGWARD GROUP AG
Kriegsbergstrasse 11
70174 Stuttgart, Jerman

Marco Dalan
Ketua Bahagian Komunikasi Global
Telefon: +49(0)711-365101041
e-mel: rmarco.dalan@borgward.com
http://www.borgward.com

Source: BORGWARD Group AG
Keywords: Auto Transportation