omniture

Arkema umum projek gandakan kapasiti pengeluaran thiokimia di Malaysia

Arkema
2017-07-13 12:37 599

COLOMBES, Perancis, 13 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Arkema hari ini mengumumkan satu projek untuk menggandakan kapasiti pengeluaran metil merkaptan di lokasinya di Kerteh, Malaysia bagi menyokong pertumbuhan kukuh pasaran makanan haiwan, petrokimia dan juga penapisan di Asia, selain untuk mengukuhkan kedudukan utamanya di dunia menerusi derivatif sulfur bernilai tambah tinggi.

Ekoran kejayaan peningkatan aktiviti kilang Thiochemicals Kerteh yang bermula awal tahun 2015, Arkema akan menggandakan kapasiti pengeluaran merkaptan metil, iaitu bahan perantara berasaskan sulfur yang penting dalam pengeluaran metionina dan perniagaan derivatif sulfur yang lain. Pertumbuhan tahunan bagi pasaran-pasaran ini dijangka melebihi 5% menjelang tahun-tahun akan datang.

Dengan itu, Arkema mengesahkan kepimpinan teknologinya dalam proses thiokimia dan cita-citanya untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dunia bagi derivatif sulfur.

Projek ini bakal dijalankan menjelang tahun 2020 dan akan mewakili salah satu tunggak utama bagi pertumbuhan masa depan Syarikat.

Pereka bahan-bahan dan penyelesaian inovatif, Arkema membentuk bahan-bahan dan mencipta kegunaan baharu yang dapat meningkatkan prestasi pelanggan. Portfolio perniagaan kami yang seimbang mencakupi bahan-bahan berprestasi tinggi, kepakaran industri dan penyelesaian salutan. Jenama-jenama kami yang diiktiraf di seluruh dunia tersenarai dalam kalangan peneraju bagi pasaran yang menerima perkhidmatan kami. Dengan laporan jualan tahunan sebanyak EURO 7.5 bilion bagi tahun 2016, kami menggaji kira-kira 20,000 kakitangan di seluruh dunia dan beroperasi hampir di 50 negara. Kami komited terhadap penglibatan secara aktif dengan kesemua pihak berkepentingan kami. Pusat-pusat penyelidikan kami di Amerika Utara, Perancis dan Asia menumpu dalam usaha memajukan produk berasaskan bio, tenaga baharu, pengurusan air, penyelesaian elektronik, bahan-bahan dan reka bentuk ringan, kecekapan kediaman dan penebatan. www.arkema.com

MAKLUMAT PERHUBUNGAN PELABUR

Sophie Fouillat

+33 1 49 00 86 37

sophie.fouillat@arkema.com

Francois Ruas

+33 1 49 00 72 07

francois.ruas@arkema.com

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA

Gilles Galinier

+33 1 49 00 70 07

gilles.galinier@arkema.com

Veronique Obrecht

+33 1 49 00 88 41

veronique.obrecht@arkema.com

Source: Arkema
Related Links:
Keywords: Biotechnology Chemical Corporate Expansion