omniture

Dow Lancar TF-BOPE Inovatif Penuhi Keperluan Pengeluaran Komersial Besar-besaran

Dow Packaging and Specialty Plastics
2017-07-13 21:54 585

SHANGHAI, 13 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Dow Packaging and Specialty Plastics (P&SP), satu unit perniagaan The Dow Chemical Company (NYSE: DOW) melancarkan polietilena berorientasikan dwipaksi kerangka pengering regang (TF-BOPE) di ProPack China 2017: satu tambahan inovatif dan revolusioner dalam rangkaian Resin Pembungkusan Berketepatan INNATE™. Berbanding filem polietilena (PE) biasa, filem TF-BOPE mempunyai ciri-ciri mekanikal dan ketegaran bahan yang lebih tinggi, selain prestasi optik dan pencetakan yang lebih baik. Menerusi kolaborasi dengan Material Science group Amerika Utara, pasukan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) P&SP di Asia Pasifik berjaya menghasilkan penyelesaian inovatif ini berdasarkan kajian tentang keperluan pasaran pembungkusan, di dalam dan luar negara.

Dow Lancar TF-BOPE Inovatif Penuhi Keperluan Pengeluaran Komersial Besar-besaran
Dow Lancar TF-BOPE Inovatif Penuhi Keperluan Pengeluaran Komersial Besar-besaran

"Sejak dekad lalu, pasukan R&D serantau kami terlibat dalam usaha penyelidikan yang intensif dan bergerak maju menuju trend masa depan dalam pasaran pembungkusan. Kami telah memperoleh pandangan mendalam berhubung cabarannya dan akhirnya membangunkan produk revolusioner ini yang menerobos keterbatasan produk-produk PE tradisional," kata Wu Chang, pengarah Asia Pasifik untuk Perkhidmatan dan Pembangunan Teknikal (TS&D), Dow Packaging and Specialty Plastics. "Pelancaran produk inovatif ini menunjukkan wawasan futuristik dan canggih daripada Dow, selain kapasiti R&D kami yang mantap."

Menerusi teknologi eksklusif Dow, filem TF-BOPE dibangunkan bagi menonjolkan ciri-ciri optik yang amat baik seperti ketelusan dan kilauan. Berbanding produk PE biasa, TF-BOPE boleh mencapai tahap kurang kabur sehingga 80%, dua kali impak kekuatan, tiga kali rintangan tusukan, tiga kali kekuatan tegangan dan dua kali modulus tegangan. Bahan TF-BOPE mempunyai ciri rintangan peretakan lentur yang sangat baik, yang mengekalkan tahap kekukuhan yang hebat meskipun pada suhu rendah. Kesemua kualiti ini merupakan satu lonjakan besar berbanding prestasi produk PE tradisional.

Penyelesaian Pembungkusan Lebih Selamat, Lebih Mesra Alam dan Lebih Lestari

Bahan baharu ini mempunyai ciri-ciri mekanikal amat baik, yang dapat mengurangkan ketebalan filem dengan menggantikan BOPA (poliamida berorientasikan dwipaksi) dan polimer lain dalam lapisan yang disalahgunakan untuk pembungkusan.

Menerusi prestasi optik dan kebolehan cetakan yang amat baik, filem TF-BOPE boleh digunakan terus sebagai lapisan bercetak untuk pembungkusan. Dengan menggabungkannya bersama lapisan berfungsi PE yang lain, TF-BOPE boleh memberikan sifat pembungkusan dengan SEMUA struktur PE, menjadikannya lebih mudah untuk dikitar semula selain meningkatkan kualiti kelestariannya.

Filem TF-BOPE mudah dikoyakkan, satu keperluan penting bagi produk pembungkusan, yang meningkatkan kemudahan penggunaan.

Kini, Dow berkolaborasi dengan Guangdong Decro Film New Materials Co., Ltd dan KAIDA Group bagi mengkomersialkan pengeluaran filem TF-BOPE yang digunakan dalam beg pencuci cecair. Beg detergen cecair tradisional menggunakan polietilena tereftalat (PET) dan bahan-bahan pembungksan BOPA. Filem TF-BOPE baharu ini akan menggantikan BOPA sebagai antara lapisan pembungkusan, mengurangkan bahan pembungkusan yang digunakan serta mengukuhkan prestasi mekanikal pada beg pembungkusan. Dow turut bekerjasama dengan pengusaha pasaran yang lain bagi mempromosikan penggunaan filem TF-BOPE untuk kampit beras, kampit makanan haiwan peliharaan, beg berat dan keperluan pembungkusan yang lain.

"Setakat ini, produk baharu ini telah dilancarkan di Asia. Pelancaran peringkat global yang berikutnya bakal menyusul," tambah Kodak Xiao, pengarah pemasaran Asia Pasifik untuk Pembungkusan Makanan & Khas, Dow Packaging and Specialty Plastics, "Keperluan terhadap ciri-ciri keselamatan, mesra alam dan fizikal pada filem plastik dalam industri pembungkusan akan menjadi lebih tinggi. Sebagai salah satu penyedia penyelesaian bahan-bahan utama untuk industri pembungkusan, Dow berharap dapat berkolaborasi dengan pihak-pihak berkepentingan utama dalam seluruh rantaian nilai demi mempromosikan penyelesaian pembungkusan yang inovatif dan lestari, selain menggalakkan pembangunan industri yang baik dan dinamik."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170712/1896439-1

Source: Dow Packaging and Specialty Plastics
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Environmental Issues New products/services