omniture

HESCO Bawa Kepakaran Pertahanan untuk Keselamatan Awam Dengan TERRABLOCK®

HESCO Group
2017-07-14 13:48 789

LEEDS, England, 14 Julai 2017/PRNewswire/ --

Pengeluar pengadang pertahanan dan perisai badan UK dan AS melancarkan rangkaian baharu pengadang keselamatan dengan fungsi peletakan permukaan, HESCO® TERRABLOCK®. Direkayasa dan diuji untuk memberikan mitigasi kenderaan seteru dan menghalang akses tanpa izin, rangkaian TERRABLOCK direka untuk dipasang dengan pantas di pelbagai persekitaran, meningkatkan langkah-langkah keselamatan sedia ada serta membolehkan institusi, acara dan perniagaan untuk mengekalkan operasi sebagai tindak balas kepada ancaman yang sentiasa berubah-ubah.

generated by system

generated by system

Setelah berjaya menggunakan pengadang keselamatan HESCO di Sukan Olimpik London 2012, usaha pembangunan selama lima tahun itu menyaksikan TERRABLOCK meningkat maju sebagai tindak balas kepada cabaran keselamatan yang dihadapi masa kini, seraya mencipta pengadang keselamatan yang unik, menyepadukan pengadang kenderaan dipenuhi tanah dan panel jaring kimpal yang tidak boleh dipanjat.

Adam Wilding-Webb, Pengarah Keselamatan Tinggi, berkata:

"Pengadang keselamatan HESCO generasi seterusnya ini dibina daripada pengalaman kami yang luas dalam perlindungan dan pemahaman yang mendalam tentang cara untuk bertindak balas terhadap ancaman yang berubah-ubah. Rekaan modular TERRABLOCK memberikan keupayaan untuk meningkatkan tahap keselamatan kawasan dan acara dengan mudah dan berkesan sebagai tindak balas terhadap perubahan paras ancaman, sambil meminimumkan kesan pemasangan terhadap tenaga kerja dan alam sekitar. Kepentingan untuk mendapatkan penyelesaian yang tepat adalah amat penting."

HESCO TERRABLOCK telahpun digunakan untuk melindungi infrastruktur Minyak dan Gas, dan paling terkini digunakan untuk ruang acara dan arena awam seperti Muzium Gedung Senjata Diraja, Leeds.

Andrew Brown, Gedung Senjata Diraja mengulas selepas pemasangan terbaharu TERRABLOCK XL:

"Selepas pemasangan pengadang HESCO, kakitangan dan pelawat menyatakan bahawa mereka berasa lebih yakin dan selamat dengan kehadirannya. Pasukan pemasangan amat sabar, demi memastikan ia benar-benar merupakan penyelesaian untuk keperluan kami dan proses pembinaannya adalah pantas tanpa sebarang gangguan terhadap perniagaan kami."

Rangkaian produk TERRABLOCK termasuk lima reka bentuk yang terdiri daripada pengadang rendah untuk acara awam yang sesak, direkayasa untuk menghentikan serangan menggunakan kenderaan sebagai senjata, dan juga pengadang kemalangan M50P1 anti-pendakian yang boleh menghentikan trak seberat 7.5 tan yang bergerak pada kelajuan 50 batu sejam.

Pasukan pembangunan di sebalik TERRABLOCK termasuk pakar-pakar keselamatan dan ketenteraan yang bekerjasama rapat dengan pengguna akhir dan pusat ujian untuk mencipta produk yang sesuai dengan persekitaran yang dibina, memberi jaminan kepada tenaga kerja dan orang awam, dan paling penting ialah memberikan keselamatan dan sekuriti bagi menghalang sabotaj dan mengurangkan ancaman.

Latar Belakang HESCO TERRABLOCK

HESCO TERRABLOCK ialah rangkaian berpaten bagi pengadang berciri keselamatan tinggi dengan fungsi peletakan permukaan, direka bentuk, direkayasa dan diuji untuk memberikan mitigasi kenderaan seteru dan menghalang akses tanpa izin. Gabungan antara pengadang kenderaan bersepadu dan panel jaring kimpal tidak boleh dipanjat membolehkan pemasangan pantas dibuat melalui sistem peletakan permukaan tunggal, menghapuskan keperluan untuk asas, memberi pengguna dengan keupayaan untuk meningkatkan tahap keselamatan sebagai tindak balas kepada perubahan paras ancaman, dengan gangguan minimum terhadap operasi.

Sumber: HESCO Group

Source: HESCO Group
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology