omniture

Forum Pembangunan Bandar Global PBB 2017 Tumpu Strategi "Bandar Global" Shanghai: Huaqiao Jadi Tumpuan Utama

Kunshan Hetai Real Estate Co., Ltd.
2017-07-17 10:24 903

NEW YORK, 17 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Tanggal 3 Julai 2017 lalu, berdasarkan sasaran ke-11 bagi 17 matlamat pembangunan lestari (SDG) PBB: Bandar dan Masyarakat Lestari, Forum Pembangunan Bandar Global 2017 telah diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Para pegawai kanan PBB, duta-duta PBB, pakar-pakar perancangan bandar, para eksekutif kanan daripada bank-bank pelaburan antarabangsa, wakil-wakil daripada Sotheby's International Realty serta para delegasi daripada Shanghai Rose Garden yang dibangunkan oleh Kunshan Hetai Real Estate Co., Ltd. (kompleks kediaman baharu di Huaqiao, China) dijemput untuk mengambil bahagian dalam forum ini. Para hadirin, buat pertama kalinya, menumpu pada perbincangan tentang bandar Shanghai. Mereka membincangkan tentang Pelan Induk Bandar Shanghai (2016-2040) dan strateginya untuk membangunkan Shanghai menjadi sebuah "Bandar Global". Pameran foto "Keindahan Shanghai" dipamerkan dalam masa yang sama.

Forum Pembangunan Bandar Global 2017
Forum Pembangunan Bandar Global 2017

Dalam forum ini, para hadirin menyuarakan keyakinan mereka terhadap masa depan Shanghai sebagai sebuah bandar global. Mereka berkata bahawa pertumbuhan ekonomi China yang berterusan akan bertindak sebagai pemacu yang dapat mengubah Shanghai menjadi sebuah bandar global, setanding dengan New York dan London dari segi pertumbuhan ekonomi.

Bandar Global Shanghai 2040
Bandar Global Shanghai 2040

Sebagai penggalak aktif bagi matlamat pembangunan bandar lestari PBB, pemaju Shanghai Rose Garden, mengambil bahagian dalam forum hebat ini sebagai wakil projek-projek yang dijalankan oleh para pemaju hartanah Cina. Kompleks tersebut mendapat ulasan yang amat positif daripada para hadirin. "Aglomerasi Bandar Delta Sungai Yangtze, khususnya Huaqiao, sebuah bandar Cina yang terletak di persimpangan Shanghai dan dikenali sebagai koridor emas Delta Sungai Yangtze, bakal menjadi pemacu utama di sebalik pembangunan Shanghai dalam tempoh 30 tahun akan datang," kata wakil daripada projek yang membuat pembentangan dalam forum berkaitan pendekatan mereka terhadap projek-projek pembangunan hartanah dan amalan terbaik dalam pasaran perumahan mewah Cina. Menerusi lokasi unik yang terletak secara strategik ini, pasaran modal dengan prospek yang amat baik, selain pengangkutan dan juga kemudahan ekspo bertaraf dunia, Huaqiao kini menjadi destinasi pelaburan yang mempunyai potensi terbaik di kawasan sekitar Shanghai, selain merupakan salah satu destinasi pelaburan terbaik seumpamanya di China dan turut menjadi "Pintu Masuk Dunia" ke Shanghai pada masa depan. Inilah salah satu sebab bandar tersebut berjaya menarik perhatian dan menjadi topik hangat dalam kalangan hadirin.

Shanghai Rose Garden ialah projek pembangunan kediaman oleh Kunshan Hetai Real Estate Co., Ltd.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170712/1897393-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170712/1897393-1-b

Source: Kunshan Hetai Real Estate Co., Ltd.
Keywords: Commercial Real Estate Real Estate Residential Real Estate Trade show news