omniture

BGI Genomics Umum Harga Tawaran Awam Permulaan

BGI
2017-07-17 10:35 907

SHENZHEN, China, 14 Julai 2017 /PRNewswire/ -- BGI Genomics, satu divisyen bebas BGI Group, hari ini mengumumkan harga tawaran awam permulaannya (IPO) sebanyak 40.1 juta saham pada harga tersenarai sebanyak RMB 13.64 sesaham.

Pengumuman pelancaran IPO
Pengumuman pelancaran IPO

BGI Genomics telah disenaraikan di bursa Chi-Next Shenzhen, lembaga pertumbuhan perusahaan China bercirikan NASDAQ, dari Bursa Saham Shenzhen. Saham mula didagangkan pada 14 Julai di bawah kod 300676.

IPO telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pengawalseliaan Sekuriti China (CSRC) pada bulan Mei. Prospektus IPO BGI Genomics pertama kali diumumkan di laman sesawang CSRC pada bulan Disember 2015 dan telah dikemas kini pada bulan Mac 2017.

Untuk majlis penyenaraian, BGI Genomics menjemput sekumpulan pesakit dan pengasuh untuk membunyikan loceng pembukaan, menandakan kejayaan pelancaran BGI Genomics dalam pasaran modal China. Majlis ini merupakan satu langkah penting bagi BGI Genomics ke arah merealisasikan wawasan "Trans-omics for a better life." ("Trans-omik untuk kehidupan yang lebih baik.")

"Dalam bidang genom, kami berhasrat untuk menguasai pasaran, mewujudkan masa depan yang cerah untuk semua dengan memberikan manfaat dalam kedua-dua bidang sosial dan ekonomi," kata Presiden BGI Genomics, Wang Jian dalam ucapan pembukaannya di majlis IPO. "Industri mendapat manfaat daripada inovasi kami dalam penyelidikan saintifik dan akan menjadi lebih aktif; dengan perkhidmatan kepada kehidupan orang ramai sebagai titik permulaan, industri juga akan menjadi lebih berdaya saing dan berskala." Wang, yang merupakan bersama mengasaskan BGI Group pada tahun 1999, berjanji untuk tidak menjual mana-mana sahamnya dalam tempoh lima tahun akan datang, sambil menambah bahawa beliau akan terus melabur dalam jangka panjang untuk memacu matlamat mengurangkan ketidakupayaan berkaitan gen di China.

"IPO ini merupakan hari bersejarah bagi BGI," kata Yin Ye, Ketua Pegawai Eksekutif BGI Genomics. "Modal yang terkumpul akan membolehkan kami melabur dalam pembangunan perkhidmatan baharu, bakat terbaik dan infrastruktur makmal untuk memberikan manfaat kepada pelanggan global kami dan untuk menyokong pertumbuhan dan inovasi kami yang berterusan."

Latar Belakang BGI Genomics

BGI Genomics merupakan sebahagian daripada BGI Group, salah satu organisasi genom terbesar di dunia. BGI Group ditubuhkan pada tahun 1999 dengan wawasan menggunakan genom untuk memanfaatkan manusia dan sejak itu telah menjadi organisasi genom terbesar di dunia. Dengan tumpuan kepada penyelidikan dan aplikasi dalam bidang penjagaan kesihatan, pertanian, pemuliharaan dan alam sekitar, BGI Group mempunyai rekod prestasi yang telah terbukti dalam penyelidikan berprofil tinggi, inovatif, yang telah menghasilkan lebih daripada 2,000 penerbitan.

BGI Genomics menyediakan pelbagai perkhidmatan penjujukan komersial generasi akan datang dan portfolio ujian genetik yang meluas untuk institusi perubatan, institusi penyelidikan dan rakan kongsi awam dan swasta yang lain. Misi BGI Genomics ialah untuk memanfaatkan kepakaran genomnya bagi memajukan penyelidikan sains hayat dan meningkatkan kesihatan manusia dengan menyediakan penyelesaian kesihatan didayakan genom yang mampu milik, berkualiti tinggi dan tersedia untuk semua orang.

BGI Genomics mempunyai kekuatan terutamanya dalam pemeriksaan pranatal, pemeriksaan kanser keturunan, ujian untuk penyakit yang jarang berlaku dan dalam bantuan penyelidikan perubatan yang tepat. Pelbagai rakan kongsi saintifik, penyedia penjagaan kesihatan dan syarikat farmaseutikal bergantung kepada penyelidikan dan pembangunan bio-informatika terkemuka dunia, infrastruktur pengkomputeran berskala besar dan platform penjujukan proprietari BGI Genomics.

BGI Genomics beribu pejabat di Shenzhen, China, dengan cawangan dan makmal perubatan di bandar-bandar utama termasuk Beijing, Tianjin, Wuhan, Shanghai dan Guangzhou. BGI Genomics juga mempunyai pejabat dan makmal yang terletak di Eropah, Amerika Utara dan rantau Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut: www.bgi.com/global/

Untuk Pertanyaan Komersial:

Matt Poulter 
Pengurus Pemasaran Global
matt.poulter@bgi.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170714/1899281-1

Source: BGI
Related Stocks:
Shenzhen:300676 Shenzhen:300676.SZ
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Offerings