omniture

Iklan baharu TCL muncul julung kali di 15 negara seluruh Eurasia

Kempen iklan diperkenal dalam pasaran utama yang disasar oleh inisiatif Satu Jalan, Satu Jalur kerajaan Cina
TCL
2017-07-17 11:26 771

BEIJING, 17 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Kempen iklan serba baharu daripada TCL mula diperkenalkan di 15 negara seluruh dunia termasuk Rusia, Itali dan Perancis pada 6 Julai lalu, menjadi contoh sejauh mana jenama Cina dapat menyerlah di persada dunia dan bagaimana firma Cina yang berfikiran terbuka mampu mencapai keputusan yang menguntungkan kedua-dua pihak selain menjalin kerjasama dalam usaha berkembang ke peringkat global.

INSPIRING THE WORLD, WITH INVENTIVE TECHNOLOGY
INSPIRING THE WORLD, WITH INVENTIVE TECHNOLOGY

Kesemua 15 negara yang diperkenalkan dengan iklan ini adalah antara negara yang paling disasarkan oleh inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan, iaitu program oleh kerajaan Cina untuk memperluas hubungan ekonomi dan perdagangan merentasi negara-negara Euro-Asia, selain beberapa pasaran yang merupakan penyumbang penting terhadap pertumbuhan ekonomi global. Sebagai salah satu firma terkemuka China, TCL memanfaatkan teknologi pengeluaran termajunya dan kecekapan pembuatan perindustrian yang mantap bagi menyokong pelancaran inisiatif kerajaan, di samping membantu meningkatkan usaha negara untuk membawakan seluruh sektor pembuatannya sehingga mencapai piawaian antarabangsa yang diterima umum.

Pada tahun 1999, TCL menubuhkan kemudahan pengeluaran TV luar negara pertamanya di Vietnam, sebagai sebahagian daripada strategi perluasan globalnya. Kini, syarikat memiliki kemudahan pengeluaran TV di Poland untuk berkhidmat kepada pasaran Eropah; Mexico berkhidmat untuk pasaran Amerika Tengah dan Amerika Utara manakala Mesir berkhidmat untuk pasaran Timur Tengah dan Afrika. Syarikat menggaji 75,000 kakitangan, mempunyai 23 pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan 21 kemudahan pengeluaran di seluruh dunia, selain menubuhkan pejabat jualan di lebih 80 negara dan rantau, dengan perniagaannya meliputi lebih 160 negara dan rantau. Pendapatannya mencecah 106.5 bilion yuan pada tahun 2016, dengan 50% daripada pendapatan tersebut diperoleh dari luar China. Penghantaran TV global TCL adalah melebihi 20 juta unit setahun, dalam kalangan pengeluar TV seluruh dunia, penghantarannya merupakan yang ketiga tertinggi di dunia. TCL menjadi jenama TV paling pesat berkembang di Amerika Utara, pasaran untuk para pengeluar selama tiga tahun berturut-turut. Pada suku pertama tahun 2017, TCL berjaya mengatasi LG untuk menjadi pengeluar TV ketiga terbesar di Amerika Utara dengan bahagian pasaran mencecah 13%.

Dengan matlamat untuk menjadi pengeluar bersifat global bagi produk pintar dan penyedia perkhidmatan aplikasi Internet, TCL komited untuk menyokong inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan dan mempercepatkan usaha penembusannya ke dalam pasaran-pasaran baru muncul di dunia dengan mengejar peluang pembangunan baharu dan mengguna pakai teknologi inovatif demi menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pengguna global.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170713/1895201-1

 

 

Source: TCL
Keywords: Advertising Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services