omniture

Pakar-pakar Industri Pemasaran Sosial Tertarik Sertai Jenama Baharu Oud Essentials

Oud Essentials
2017-07-17 19:08 696

GENEVA, 17 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Jenama penjagaan kulit dan gaya hidup yang dinamik serta baharu, Oud Essentials, mengukuhkan kumpulan tenaga kerjanya dengan cara yang dramatik, menerusi usaha pengambilan pekerja luar biasa yang menyaksikan pakar-pakar industri serta golongan profesional berpengalaman tertarik dengan nilai serta model perniagaan syarikat yang istimewa.

Membawakan minyak Oud 100% asli dan organik, diperoleh secara lestari dan dihasilkan dengan beretika kepada dunia penjagaan kulit buat julung kalinya dalam sejarah, Oud Essentials memperkenalkan tahap penyepaduan vertikal dalam falsafah perniagaannya yang telah mencetuskan imaginasi banyak jaringan pengamal industri pemasaran yang kukuh.

Rangkaian lengkap produk Oud Essentials.
Rangkaian lengkap produk Oud Essentials.

Seiring dengan nilai-nilai teras syarikat merangkumi kelestarian, pembaharuan, tanggungjawab sosial korporat dan kesedaran terhadap alam sekitar, Oud Essentials telah menemui beraneka kumpulan bakat industri yang tercari-cari sesuatu yang agak berbeza dalam industri yang ultra kompetitif ini – yang mana asal usul bahan-bahan sumber dan sejarah menarik salah satu bahan utama, khususnya – Oud itu sendiri – telah mewujudkan kesedaran dan hubungan terhadap cara serba baharu dalam menjalankan perniagaan dan menjual produk.

Christina Tang menyertai syarikat sebagai Pengurus Negara, Singapura berbekalkan 18 tahun pengalaman dalam segmen pengurusan, jualan dan pemasaran – kebanyakannya dalam industri kesihatan, gaya hidup dan kecantikan. Dengan semangat dan minat yang tinggi, Christina akan memantau jaringan pengedaran dan logistik Oud Essentials di Asia, selain menggalas tanggungjawab untuk memupuk dan membangunkan kumpulan Independent Brand Partners syarikat yang semakin berkembang.

Minggu ini, beliau turut disertai oleh Katherine Loh – Pengurus Negara, Malaysia – dengan pengalaman selama 13 tahun dalam bidang pemasaran, jualan dan operasi di organisasi-organisasi jualan langsung berprofil tinggi menjadikan beliau orang yang paling berkelayakan untuk menyandang jawatan penting dalam pasaran yang signifikan. Telahpun bertugas di Kuala Lumpur bersama beliau ialah Tiffaney Teo, seorang siswazah dalam bidang Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dan merupakan seorang penyampai dan pakar motivasi yang sangat baik, menyandang jawatan kanan bukan sahaja dalam bidang latihan produk, malah dalam melatih pelatih produk itu sendiri.

Jonathan Lim menyandang jawatan sebagai Pengurus Negara, Filipina, yang turut mempunyai pengalaman luas dan banyak sumber yang boleh dimanfaatkan oleh beliau. Mantan Ketua Bahagian Jualan, Jonathan ialah seorang pemimpin berbakat dan jurulatih serta penasihat yang komited, sangat mahir memupuk bakat memandangkan beliau terlibat dalam dunia pengurusan akaun strategik.

Minyak Oud yang asli, lestari dan semula jadi daripada Oud Essentials.
Minyak Oud yang asli, lestari dan semula jadi daripada Oud Essentials.

Oud Essentials berbesar hati kerana berpeluang mengalu-alukan kakitangan baharunya dalam syarikat pada detik yang sangat menarik untuk sebuah syarikat baharu, yang bermatlamat untuk 'mengubah dunia penjagaan kulit' dan mencipta kaedah menjalankan perniagaan yang baharu, inklusif, dan bertanggungjawab dari segi sosial dan alam sekitar.

Hakikat bahawa individu-individu ini memilih untuk menyertai operasi baharu berbanding organisasi-organisasi pemasaran yang kukuh dan mempunyai rangkaian yang mantap, menjadi bukti bagi kisah yang dilakar oleh Oud Essentials dan kekuatan yang dicipta oleh jenama ini dalam dunia perniagaan moden.

Menerusi minat yang semakin meningkat dan industri ultra kompetitif yang semakin rancak, jelas sekali bahawa Oud Essentials akan dapat menarik sejumlah pengguna peka yang semakin bertambah yang ingin mengetahui bahawa produk-produk yang mereka gunakan diketahui asal usulnya, diperoleh secara mampan dan dihasilkan dengan beretika.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Marine Adenin
Pengarah Negara, Eropah
Emel:marine@oudessentials.com  
Tel: +41 228 199 427

Latar Belakang Oud Essentials

Jenama baharu, wajah baharu dan nama baharu dalam industri penjagaan kulit global, Oud Essentials meningkatkan ciri-ciri dan kualiti luar biasa gaharu dan minyak Oud menerusi rangkaian produk yang dihasilkan untuk menjadi sebahagian daripada regimen penjagaan kulit dan satu pendekatan terhadap gaya hidup sihat yang menghayati sebuah kisah pembuatannya selama ribuan tahun.

Menerusi produk sebenar untuk individu sebenar dalam dunia sebenar, rangkaian produk penjagaan kulit Oud Essentials, berserta barangan kemas direka indah dan campuran semula jadi yang dirumus untuk menggalakkan kesejahteraan rohani dan fizikal, mewujudkan semangat inovasi dan daya kreativiti yang rintis, dengan memberi penghormatan terhadap alam sekitar, masyarakat, dan konsep kelestarian yang kini merupakan satu kepentingan buat kita semua.

Kesemua minyak Oud yang digunakan dalam rangkaian produk Oud Essentials diperoleh secara lestari, dihasilkan secara beretika di ladang-ladang yang dimiliki dan/atau diurus oleh Asia Plantation Capital yang pernah memenangi anugerah – peneraju global dalam sektor perhutanan lestari. Ia mendapat kelulusan penuh serta semua pensijilan berkaitan daripada CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170710/1895527-1-a 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170710/1895527-1-b

Source: Oud Essentials
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Personnel announcements