omniture

Bagi Maison Mumm dan CEO Baharunya Usain Bolt, New York ePrix ialah Peluang untuk Cabar, Menang dan Rai!

Maison Mumm
2017-07-17 20:33 585

NEW YORK, 17 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Sebagai rakan kongsi rasmi litar perlumbaan motor Formula E baharu yang mengujakan, Maison Mumm membawa semangat istimewanya Cabar Menang Rai ke Bandar New York hujung minggu lalu, untuk perlumbaan kesembilan dan kesepuluh dalam kalendar ePrix tahun ini. Penyertaan Mumm lebih bertenaga dengan kehadiran maya CEO (Ketua Pegawai Hiburan) baharu, Usain Bolt. Lelaki terpantas di dunia ini memberi penghormatan kepada masa depan perlumbaan motor dalam dua acara yang berani, mengukuhkan reputasi Mumm sebagai ikon kemenangan yang inovatif.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8138551-maison-mumm-usain-bolt-new-york-eprix/

generated by system

Cabar 

Pada malam Jumaat, Maison Mumm menyajikan tetamu di Brooklyn Harbour dengan pertemuan mendebarkan antara dua ikon moden kelajuan: perlumbaan Formula E dan Usain Bolt. Ketua Pegawai Hiburan baharu Mumm merupakan bintang filem baharu yang berani, yang menghiburkan para tetamu pesta apabila ia dipaparkan pada permukaan bangunan yang menghadap ke litar perlumbaan. Dalam animasi video yang menakjubkan ini, Usain mendapat bantuan daripada kereta Formula E apabila dia menyahut cabaran Mumm: menangkap gabus champagne terbang sebelum ia menyentuh tanah. Dalam perlumbaan berkelajuan tinggi ini, Usain mewakili nilai-nilai utama Maison: berani, unggul dan dahagakan kemenangan.

Menang

Sebagai ikon kemenangan, Mumm merupakan kehadiran yang dibanggakan di podium pemenang di New York, di mana Sam Bird, Felix Rosenqvist dan Nick Heidfeld  minum ucap selamat kemenangan mereka dengan menyemburkan cuvée Mumm Grand Cordon legenda Maison dari botolnya. Botol itu sendiri mempunyai reka bentuk revolusioner oleh pereka berwawasan Wales Ross Lovegrove, tanpa label hadapan dan tanda utama selempang merah yang dilekukkan terus pada kacanya. Dengan buih-buih riang, kilauan warna emas dan kuasa Pinot Noir, Mumm Grand Cordon ialah iringan yang luar biasa dan terbaru untuk semua kejayaan hidup.

Rai 

New York ePrix juga merupakan peluang bagi Mumm untuk menolak sempadan keraian, dengan satu siri acara yang memberikan sentuhan bertenaga tinggi dan inovatif bagi sambutan tersebut. Di litar sepanjang hujung minggu, pelawat boleh memasuki Holobox: sebuah kiub hitam di mana mereka boleh mengambil foto mereka untuk berkongsi suasana pesta dengan hologram seakan hidup Ketua Pegawai Hiburan Mumm, Usain Bolt. Usain juga hadir secara maya pada keraian selepas perlumbaan, di mana hologram beliau mengujakan orang ramai dengan paparan campuran maya! Pesta ini diteruskan di sebuah kelab yang terletak di Manhattan bagi pesta selepas Formula E yang rasmi, di mana pemandu Formula E dan tetamu Mumm menari sepanjang malam.

Sepanjang hujung minggu ePrix, Maison melangkah lebih jauh daripada keraian kemenangan tradisional bagi membawakan hiburan dan keseronokan baharu kepada Formula E. Dengan sumbangan mereka yang berani di New York, Mumm dan Usain memberi penghormatan kepada dunia canggih Formula E - perlumbaan masa hadapan - dan meletakkan Mumm di podium inovasi champagne.

Adakah anda cukup pantas untuk menangkap gabus terbang Mumm? Saksikan Usain Bolt menyahut Cabaran Mumm di sini. 

SILA MINUM DENGAN BERTANGGUNGJAWAB.

Source: Maison Mumm
Related Links:
Keywords: Auto Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Transportation