omniture

UnionPay promosikan EMVCo perkenal spesifikasi kod QR EMVCo

UnionPay cipta kejayaan baharu dalam promosikan aplikasi antarabangsa bagi piawaian pembayaran China
UnionPay International
2017-07-18 08:36 566

SHANGHAI, 18 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Dipromosikan oleh UnionPay, EMVCo secara rasminya melancarkan Spesifikasi Kod QR EMVCo untuk Sistem Pembayaran: Mod Penyampaian-Pengguna Versi 1.0 melalui laman sesawangnya pada 15 Julai 2017, menyediakan salah satu penyelesaian teknikal saling beroperasi pertama dunia untuk sistem pembayaran kod QR. Pengenalan spesifikasi ini turut menandakan satu kejayaan baharu dalam usaha promosi UnionPay terhadap aplikasi peringkat antarabangsa bagi piawaian pembayaran China.

UnionPay telah menjadi peneraju dalam mempromosikan pelaksanaan Spesifikasi ini. Pada bulan Jun 2016, UnionPay mencadangkan kepada EMVCo untuk mewujudkan sistem pembayaran kod QR yang selamat, saling beroperasi dan terbuka. EMVCo menubuhkan kumpulan kerja untuk memajukan Spesifikasi Kod QR dan melantik UnionPay sebagai ketua kumpulan pada bulan berikutnya. Memanfaatkan pengalaman China dalam membangunkan penyelesaian pembayaran kod QR, dan berdasarkan Spesifikasi Pembayaran Kod QR UnionPay, UnionPay memimpin kumpulan tersebut untuk merangka penyelesaian teknikal terakhir. Ia mengambil masa hanya 12 bulan, bermula daripada penubuhan kumpulan kerja kepada pelaksanaan Spesifikasi. Ia memperlihatkan kekuatan dan pengaruh UnionPay dalam membangunkan piawaian pembayaran bertaraf antarabangsa.

Spesifikasi Pembayaran Kod QR yang diperkenalkan oleh UnionPay kepada ahli-ahlinya awal Julai ini serasi dengan Spesifikasi EMVCo. UnionPay turut mempromosikan piawaian kad cip saling beroperasi antarabangsanya dalam pasaran-pasaran di luar tanah besar China. Piawaian kad cip UnionPay bukan sahaja piawaian yang disyorkan untuk industri pembayaran di Thailand dan Myanmar, tetapi juga piawaian kad cip rentas sempadan untuk Asian Payment Network. Penerimaan piawaian UnionPay membantu pemindahan cip dalam industri kad bank negara-negara dan kawasan-kawasan ini selain penyepaduan dengan piawaian antarabangsa.

Seterusnya, UnionPay akan menggiatkan usahanya untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan kod QR dalam pasaran-pasaran di luar tanah besar China. Dari satu segi, ia akan mempromosikan kepada lebih banyak rakan kongsi untuk menerima pakai piawaian UnionPay yang lebih selamat dan saling beroperasi di peringkat antarabangsa dalam hal penerimaan dan pelaksanaan pembayaran kod QR. Bahkan, UnionPay, bersama-sama Visa dan Mastercard, menjadikan spesifikasi kod QR EMVCo sebagai spesifikasi yang disyorkan oleh Bank of Thailand kepada institusi-institusi kewangan dan para peniaga tempatan. Di sisi yang lain, UnionPay akan berkolaborasi dengan institusi-institusi kewangan serta kumpulan-kumpulan peniaga dalam memperluas penerimaan sistem pembayaran kod QR dalam sektor pengangkutan, hospital, keselamatan sosial dan pendidikan, di samping menawarkan produk dompet digital bagi memenuhi pelbagai kehendak pelanggan luar negara terhadap penyelesaian pembayaran mudah alih. Kini, beberapa peniaga di Hong Kong dan Singapura telah menerima sistem pembayaran kod QR UnionPay, yang akan turut diterima pakai di Asia Tenggara, Timur Laut Asia dan Asia Tengah tidak lama lagi.

Sejak menyertai EMVCo pada bulan Mei 2013, UnionPay aktif mengambil bahagian dalam memajukan dan melaksanakan Spesifikasi EMV, memastikan keserasian piawaian UnionPay dengan Spesifikasi EMV. Mulai Julai 2015 hingga Jun 2016, UnionPay bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan EMVCo dan ia telahpun memangku jawatan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif EMVCo sejak 5 Julai 2017.

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services