TAIPEI, Taiwan, 18 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Kavalan, wiski terunggul Taiwan, telah meraih anugerah terbesar dalam kategorinya sempena International Spirits Challenge (ISC) untuk Kavalan Solist Ex-Bourbon Kepekatan Tong Tunggal bagi tahun kedua berturut-turut.
Hanya satu "Trofi" ISC dianugerahkan kepada produk terbaik dalam setiap kategori, menonjolkan "Produk Cemerlang, [dengan] Kualiti Luar Biasa."
Perunding teknikal Kavalan, mendiang Dr Jim Swan, yang memainkan peranan penting dalam membangunkan jenama ini turut meraih "Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat" ISC, penghargaan tertinggi untuk individu dalam industri minuman beralkohol.
Ketua Pegawai Eksekutif Kavalan En. YT Lee berkata legasi Dr Swan masih hidup dan diteruskan di Kavalan.
"Ketika kami mula membuat wiski di Taiwan, tiada sesiapa pun yang pernah melakukannya sebelum ini, dan ia seakan-akan satu usaha yang mustahil. Mujurlah, kami mendapat bantuan pakar terbaik dalam industri ini. Dengan keengganan untuk menyerah kalah, Kavalan kini diiktiraf untuk wiski halus, dan kami terhutang budi kepada Dr. Swan. Saya ingin mendedikasikan Trofi 2017 ini kepada Dr. Swan," kata En. Lee.
Trofi ini mengiringi penganugerahan pingat Emas setiap tahun pada bulan Jun. Bulan lalu, Kavalan mengumpul jumlah pingat emas terbanyak dalam kategori: empat pingat tertinggi bagi Tong Rum Malt Tunggal Distillery Reserve edisi terhadnya, Malt Tunggal Podium, Malt Tunggal ex-Bourbon Oak serta Solist ex-Bourbon Kepekatan Tong Tunggal.
Selaku perintis bagi wiski Taiwan, Kavalan berjaya meraih anugerah tertinggi dalam industri secara berturut-turut. Solist Amontillado Sherry Kepekatan Tong Tunggal dipilih sebagai "Wiski Malt Tunggal Tong Tunggal Terbaik Dunia" pada tahun 2016 oleh Anugerah Wiski Dunia (WWA) yang berprestij manakala Solist Vinho Barrique meraih anugerah "Wiski Malt Tunggal Terbaik Dunia" 2015.
Latar Belakang Kavalan Whisky
Kilang penyulingan wiski pertama Taiwan dikhususkan untuk seni pembuatan wiski malt tunggal sejak tahun 2006. Kavalan dimatangkan dalam keadaan lembap dan panas yang tinggi, dan turut memanfaatkan bayu laut dan gunung, selain mata air dari Gunung Salji, yang hasil gabungannya menciptakan rasa berkrim Kavalan yang terkenal. Nama kilang penyulingan ini berasal daripada nama lama Wilayah Yilan, iaitu lokasi kilang tersebut, dan disokong oleh 30 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induknya, King Car Group. Kavalan telah mengumpul lebih 220 anugerah emas dan boleh didapati di 60 buah negara. Layari www.kavalanwhisky.com/EN/age.aspx
Maklumat Perhubungan Media:
Yvonne Chou
886-3922-9000#7162
yvonne@kavalandistillery.com