omniture

Garis Panduan ZTE untuk Peningkatan 29.9% Keuntungan Bersih 6-Bulan

Peningkatan berbanding tahun sebelumnya didorong oleh infrastruktur rangkaian dan peranti mudah alih
ZTE Corporation
2017-07-20 12:36 713

SHENZHEN, China, 20 Julai 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, menerbitkan garis panduan untuk peningkatan keuntungan bersih sebanyak 29.9% pada separuh pertama, memandangkan syarikat menunjukkan kemajuan terhadap infrastruktur rangkaiannya serta perniagaan peranti mudah alih.

Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham biasa bagi syarikat tersenarai untuk enam bulan pertama ialah RMB 2.294 bilion, menurut penyata kewangan awal yang diterbitkan oleh ZTE hari ini. Pendapatan pada separuh pertama meningkat kepada RMB54.011 bilion, 13.1% lebih tinggi berbanding tahun lalu, didorong oleh perkembangan operasi termasuk rangkaian tanpa wayar, rangkaian talian dawai dan rangkaian pembawa, selain telefon bimbit, dengan peningkatan dalam margin untung kasar.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn

Maklumat Perhubungan Media:

Margrete Ma

Mark Lee

ZTE Corporation

Cohn & Wolfe

Tel: +86 755 26775207

Tel: +852 36651008

Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Emel: mark.lee@cohnwolfe.com

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Earnings