LAUF A. D. PEGNITZ, Jerman, 20 Julai 2017 /PRNewswire/ --
Tahun ini, THOMAS SABO meraikan 10 tahun koleksi lelaki terunggulnya Rebel at heart: Sorotan koleksi ini boleh didapati mempesona dengan kontras warna kehitaman perak Sterling 925 dan batu-batu yang dipilih dengan teliti, sebagai tambahan kepada butiran ikonik, dan estetik maskulin barangan kemas dan jam tangan buatan tangan.
Pengasas syarikat Thomas Sabo: "Selama 10 tahun bersama Rebel at heart, kami telah membentuk segmen barang kemas lelaki. Lenggok rekaan Rebel at heart kami bertemu zeitgeist (pandangan hidup), menggandingkan kemajuan dengan simbolisme budaya yang berabad-abad lamanya yang digabungkan dalam satu koleksi barang kemas dengan kuasa simbolik. Permintaan yang semakin meningkat dari para pelanggan kami mencerminkan pencarian identiti tersendiri kebanyakan individu."
Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2017 akan menampilkan Rantai dan Gelang Kuasa THOMAS SABO yang diilhamkan daripada mala Buddha dan siri Rebel Skull dengan hiasan Fleur de Lys. Loket, cincin mohor dan anting-anting dengan penampilan stad dan batu di tengah-tengah dalam stad potongan piramid juga penting untuk koleksi ini yang terdapat di semua kedai THOMAS SABO dan kedai dalam kedai, di http://www.thomassabo.com dan rakan kongsi terpilih.
Bahan imej sedia dimuat turun untuk tujuan penyuntingan di sini.
Video boleh didapati melalui AP dan di: http://www.presseportal.de/nr/78321/video
Latar Belakang THOMAS SABO
THOMAS SABO merupakan salah satu syarikat peneraju dunia bagi barang kemas, jam tangan dan kecantikan yang mereka, menjual dan mengedarkan produk gaya hidup bagi wanita dan lelaki. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Thomas Sabo di Lauf an der Pegnitz, selatan Jerman, mengendalikan sekitar 300 kedai sendiri di kesemua lima benua dengan jumlah sekitar 1,860 pekerja. THOMAS SABO juga bekerjasama secara global dengan kira-kira 2,800 rakan kongsi dagangan serta pengendali penerbangan dan kapal persiaran terkemuka.
Hubungan Akhbar
THOMAS SABO GmbH & Co. KG
Felizia Kindermann
Ketua Perhubungan Awam Antarabangsa & Korporat
+49-912397150
press@thomassabo.com