omniture

Nexen Tire dan Mubadala Investment Company Tandatangani Memorandum Persefahaman

Nexen Tire
2017-07-20 21:26 1090

  • Dana pelaburan strategik Abu Dhabi buat pelaburan ekuiti dan tinjau peluang.
  • Nexen Tire percepat pengembangan perniagaan menerusi perkongsian strategik baharu.

SEOUL, Korea Selatan, 20 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar bertaraf global yang terkemuka dan Mubadala Investment Company (Mubadala), dana pelaburan strategik Abu Dhabi, hari ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman bagi meninjau peluang-peluang perkongsian strategik. Mubadala telah membuat pelaburan langsung dalam Nexen sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut.

Dari kiri: Waleed Al Mokarrab Al Muhairi (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Investment Company), Khaldoon Al Mubarak (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengarah Urusan Mubadala Investment Company), Travis Kang (Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire), Frank Chung (Naib Presiden Nexen Tire)
Dari kiri: Waleed Al Mokarrab Al Muhairi (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Investment Company), Khaldoon Al Mubarak (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengarah Urusan Mubadala Investment Company), Travis Kang (Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire), Frank Chung (Naib Presiden Nexen Tire)

Nexen Tire ialah salah sebuah syarikat paling pesat berkembang dalam industri automotif, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak 15% sejak sepuluh tahun lalu. Syarikat menjual 40 juta tayar kepada lebih 140 negara setiap tahun, dengan lebih 4 juta tayar berjaya dijual di Timur Tengah.

Khaldoon Khalifa Al Mubarak, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mubadala serta Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire, menandatangani MOU di Abu Dhani pada 19 Julai.

Waleed Al Mokarrab Al Muhairi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif, Pelaburan Alternatif dan Infrastruktur, Mubadala berkata: "Sebagai sebuah perniagaan berprestasi tinggi dengan potensi pertumbuhan global yang tinggi, Nexen Tire membawakan peluang pelaburan yang menarik untuk Mubadala Investment Company. Pendekatan pelaburan kami mengutamakan perkongsian dengan organisasi-organisasi global yang terbaik dalam kategori sebagai pemacu utama dalam mencipta nilai yang berkekalan untuk pemegang saham kami. Kami berharap dapat meninjau peluang-peluang pelaburan dengan Nexen Tire."

Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire menambah: "Perkongsian strategik bersama Mubadala Investment Company ini merupakan pencapaian penting untuk Nexen Tire dalam langkah perjalanan kami untuk menjadi antara 10 syarikat tayar terbaik global menjelang tahun 2025. Kolaborasi ini akan mempercepatkan pertumbuhan Nexen Tire dalam pasaran antarabangsa."

Selain pelaburan ekuiti, Mubadala dan Nexen akan meninjau rangkaian inisiatif perniagaan yang lebih luas, termasuk potensi pelaburan selanjutnya selain jalinan kerjasama yang lebih luas dalam usaha peluasan luar negara Nexen Tire. Pihak-pihak ini akan turut bekerjasama dalam bidang-bidang lain seperti teknologi automotif masa depan yang dikaitkan dengan Revolusi Perindustrian Keempat.

Latar Belakang Mubadala Investment Company

Mubadala ialah pelabur global rintis, menggunakan modal dengan integriti dan kebijaksanaan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi demi manfaat jangka panjang Abu Dhabi. Sebagai syarikat pelaburan strategik Abu Dhabi, Mubadala bergiat aktif dalam 13 sektor dan lebih 30 negara di seluruh dunia, mencipta nilai yang berkekalan untuk pemegang saham kami, Kerajaan Abu Dhabi.

Usaha kami melibatkan pembangunan syarikat-syarikat terbaik industri global dalam sektor-sektor seperti aeroangkasa, ICT, semikonduktor, logam & perlombongan serta tenaga boleh diperbaharui, utiliti dan pengurusan pelbagai pegangan kewangan. Kami meneruskan kepakaran legasi dalam sektor minyak dan gas untuk melabur merentasi spektrum hidrokarbon, dan meningkatkan potensi pertumbuhan UAE melalui pelaburan dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan, hartanah dan pertahanan. Pendekatan pelaburan kami mengutamakan perkongsian dengan organisasi-organisasi yang terbaik dalam kategori dan komitmen terhadap standard pentadbiran tertinggi.

Latar Belakang Nexen Tire

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, merupakan pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar yang berada dalam 141 negara seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan dengan menggunakan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat turut memfokus kepada pengeluaran tayar UHP, yang berasaskan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara di seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat mendapat gelaran 'grand slam' setelah merangkul 4 anugerah rekaan terpenting dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nexentire.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170719/1902216-1

 

 

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Contracts