omniture

Permintaan Global terhadap Bakhoor Meningkat -- Asia Plantation Capital Berkedudukan Sempurna untuk Penuhinya

Asia Plantation Capital
2017-07-20 23:00 1071

GENEVA, 20 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Melihatkan peningkatan permintaan yang berterusan terhadap kesemua produk berkaitan Oud, minat dunia terhadap bakhoor mencapai paras tinggi yang baharu sejak beberapa bulan kebelakangan ini – satu hakikat yang benar-benar difahami oleh syarikat gergasi perhutanan, Asia Plantation Capital.

Pembakaran bakhoor telah menjadi tradisi dalam masyarakat dan budaya Timur Tengah serta Cina selama ribuan tahun
Pembakaran bakhoor telah menjadi tradisi dalam masyarakat dan budaya Timur Tengah serta Cina selama ribuan tahun

Tatkala minyak wangi berasaskan minyak Oud kini disertakan dalam setiap portfolio jenama terkemuka, dan boleh didapati dari seluruh dunia, permintaan terhadap bakhoor yang berkualiti tertinggi dan diperoleh secara lestari – serpai atau blok kayu gaharu/Oud, diwangikan dengan minyak dan digunakan sebagai setanggi – telah diterajui oleh pasaran-pasaran besar di Timur Tengah dan China, dan kini meningkat disebabkan oleh minat daripada 'barat'.

Membakar bakhoor telah menjadi satu tradisi – khususnya dalam masyarakat dan budaya Timur Tengah serta Cina sejak ribuan tahun lamanya – dan kini mendapat perhatian dari seluruh pelosok dunia, yang mana kumpulan pengguna yang semakin bertambah kini terpesona oleh sifat eksotik pada salah satu khazanah semula jadi paling berharga dan bernilai ini.

Ini bermakna permintaan terhadap produk gaharu dan Oud meningkat dengan ketara, diiringi dengan keperluan untuk memastikan produk-produk ini diperoleh secara lestari, dihasilkan dengan beretika dengan memberi penghormatan kepada masyarakat dan juga alam sekitar.

Asia Plantation Capital yang memenangi pelbagai anugerah, memiliki lebih 150 ladang sama ada dimiliki atau di bawah pengurusan seluruh dunia, berada dalam kedudukan utama bagi memenuhi permintaan ini menerusi produk-produk Oud yang 100% asli dan organik yang menjadi penanda aras industri yang bernilai melebihi US$8.5 bilion setahun.

Pembakaran serpai kayu gaharu tidak terhad kepada majlis rasmi
Pembakaran serpai kayu gaharu tidak terhad kepada majlis rasmi

Tambahan pula, Asia Plantation Capital hanya menggunakan minyak Oud sebenar dan tulen yang diketahui asal usulnya – satu pendekatan baharu dalam industri yang dipenuhi aktiviti haram serta kegiatan yang tidak bertanggungjawab. 

Asia Plantation Capital terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan sejak lima tahun lalu menerusi rundingan dengan jenama minyak wangi unik dan inovatif, Fragrance Du Bois, dan menghasilkan set produk yang akan dapat memenuhi keperluan jenama-jenama mewah bertaraf global bagi bakhoor berkualiti tinggi.

By Kilian, jenama kreatif dan mewah yang dilancarkan oleh Kilian Hennessy pada tahun 2007, dan diambil alih oleh Estée Lauder Companies Inc. pada tahun 2016, melancarkan rangkaian bakhoor miliknya sendiri pada awal tahun 2017 – diperoleh dan dibekalkan oleh Asia Plantation Capital, manakala minyak wanginya dihasilkan oleh Fragrance Du Bois. Jalinan kerjasama ini ialah contoh hebat bagi syarikat-syarikat yang berkongsi nilai teras yang sama, bergabung bagi menghasilkan produk luar biasa untuk pasaran yang arif.

"Permintaan terhadap minyak Oud dan serpai kayu gaharu untuk digunakan sebagai bakhoor meningkat dengan ketara," kata Dani Nasr, Penganalisis Kanan, Asia Plantation Capital, "didorong oleh Timur Tengah dan China. Ditambah pula dengan peningkatan penggunaan minyak ini dalam dunia minyak wangi, dan penggunaan revolusioner dalam dunia penjagaan kulit, dan anda mempunyai keadaan pasaran yang amat positif bagi sebuah syarikat seperti Asia Plantation Capital."

Meskipun Nasr begitu yakin dengan masa depan, langkah berwaspada perlu diambil. "Industri ini merupakan pasaran yang kompetitif dan menguntungkan, dan kami sedia maklum bahawa bukan semua bakhoor di luar sana adalah asli. Saya menganggarkan separuh daripadanya adalah tidak asli – walaupun dijual oleh penjual ternama – dan ada antaranya mengandungi bahan-bahan serta bahan-bahan kimia yang mungkin memudaratkan. Sebagai sebuah syarikat yang komited terhadap kelestarian dan kesedaran alam sekitar," beliau menyimpulkan, "kesemua produk Oud dan gaharu kami diluluskan dan disahkan sewajarnya sebagai 100% tulen dan lestari oleh CITES. Secara ringkasnya, ini adalah satu-satunya cara untuk mara ke hadapan. Kami sentiasa memimpin melalui teladan."

Permintaan terhadap bakhoor berkualiti tinggi dan dihasilkan secara lestari dalam beberapa bulan akan datang dapat dilihat menerusi permintaan minyak Oud asli dalam industri minyak wangi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Syarikat-syarikat seperti Asia Plantation Capital – yang telah banyak melabur bagi memastikan bekalan minyak Oud dan gaharu tulen tersedia untuk generasi-generasi mendatang – mempunyai kedudukan yang amat baik untuk meraih manfaat daripada peluasan pasaran yang penting serta berterusan.

Nota Untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
Emel:zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +6012 203 5344

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Group ialah pengendali dan syarikat pengurusan ladang lestari yang merangkul pelbagai anugerah; menjalankan projek di empat benua serta mempunyai tenaga kerja global melebihi 2,000 kakitangan. Sebagai peneraju pasaran dalam industri ini, Lembaga Penasihat Saintifiknya terdiri daripada ahli akademik terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu) yang bersama-sama membangunkan dan mempatenkan teknologi serta sistem yang terunggul dalam industri ini.

Dengan fokus terhadap projek-projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu secara vertikal yang menawarkan gabungan faedah antara komersial, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital telah membangunkan sebuah syarikat 'tiga dimensi penilaian keuntungan' yang berjaya serta dinamik.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170718/1901357-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170718/1901357-1-b

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Conservation/Recycling Corporate Expansion