omniture

Laporan Ovum Baharu Dedahkan Minat Tinggi Perusahaan terhadap Pesanan RCS dan Bot Bual Selain Sahkan Pertumbuhan Berterusan SMS A2P

CLX Communications AB (publ)
2017-07-21 15:28 772

LONDON dan STOCKHOLM, 21 Julai 2017 /PRNewswire/ --

 - Satu pertiga daripada perniagaan sedia gunakan pesanan Perkhidmatan Komunikasi Beraneka (RCS)

- Satu perempat telahpun gunakan bot Bual kebanyakannya melalui aplikasi bual atau media sosial  

- 23% menunjukkan penggunaan SMS dua hala (boleh bertindak) mereka meningkat 

Tinjauan Pesanan Perusahaan Ovum 2017, dilancarkan hari ini, meninjau pasaran komunikasi perniagaan-kepada-pengguna yang pesat berkembang, mendedahkan keinginan perniagaan yang semakin meningkat terhadap bentuk pesanan perusahaan yang lebih interaktif, termasuk SMS dua hala, SMS yang dipertingkat contohnya pesanan berdasarkan standard Komunikasi Beraneka dan bot Bual.

Dibangunkan dengan kerjasama penyedia komunikasi berasaskan awan yang terkemuka, CLX Communications AB (XSTO:CLX), dan vendor penyelesaian komunikasi Symsoft, laporan ini menyoal selidik 100 syarikat daripada tujuh negara untuk mengkaji penggunaan khidmat pesanan oleh mereka sebagai saluran bagi tujuan penglibatan, pemberitahuan dan pengesahan pelanggan.

Penggunaan SMS A2P terus melonjak (Ovum meramalkan 1.28tn pesanan menjelang tahun 2019 daripada 1.16tn pada tahun 2016). Ia merupakan saluran yang mantap dan dipercayai yang digunakan syarikat-syarikat perusahaan untuk menghantar pesanan urus niaga dan promosi, dengan 42% dan 35% responden, masing-masing menyatakan bahawa penggunaan SMS bagi tujuan ini meningkat sepanjang tahun lalu.

Walau bagaimanapun, keputusan tinjauan turut menunjukkan kadar organisasi yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya kini membolehkan pelanggan mereka menghantar balasan SMS, sebagai contoh, menjadualkan semula temujanji atau berbual menerusi SMS dengan ejen pusat hubungan; 23% responden menyatakan penggunaan SMS dua hala oleh mereka meningkat dalam tempoh 12 bulan lalu.

Petunjuk terkuat bahawa perniagaan-perniagaan menyokong format pesanan yang lebih interaktif dan beraneka ialah peningkatan penggunaan bot Bual. Satu perempat daripada responden menyatakan mereka menggunakan teknologi baharu untuk mengutomasikan interaktiviti pelanggan dengan kumpulan demografi tertentu seperti golongan milenia, dan menunjukkan penambahbaikan yang terukur dalam khidmat pelanggan serta perolehan.

Terdapat juga petunjuk jelas daripada responden bahawa mereka berminat untuk melihat SMS berkembang sebagai satu perkhidmatan, dengan 37% menyatakan ciri-ciri baharu seperti penjenamaan tersuai, penyediaan kandungan beraneka dan pemberitahuan pesanan dibaca, akan  menggalakkan mereka menghantar lebih banyak SMS.

Malahan, lebih satu pertiga daripada responden, 36%, menunjukkan organisasi-organisasi mereka mungkin berminat untuk menggunakan khidmat SMS yang dipertingkat, seperti standard Perkhidmatan Komunikasi Beraneka (RCS). Daripada kalangan responden ini, ciri pesanan RCS yang paling menarik ialah pada kebolehannya menghantar imej dan video – logo dan peta penunjuk jalan daripada syarikat penerbangan, sebagai contoh.

Kumpulan ini turut menunjukkan bahawa keupayaan untuk menyediakan interaksi seakan bot bual dengan pelanggan melalui RCS adalah sama.

Menariknya, syarikat-syarikat perusahaan jelas menghargai ciri-ciri termaju yang ditawarkan oleh RCS. Lebih separuh daripada responden sanggup membayar antara 1.5 kali hingga tiga kali berbanding harga bagi SMS biasa untuk setiap pesanan.

"Tinjauan Pesanan Perusahaan menunjukkan terdapatnya keinginan daripada syarikat-syarikat perusahaan untuk menggunakan bentuk pesanan mudah alih lebih beraneka bagi tujuan berhubung dengan pelanggan mereka," kata Pamela Clark-Dickson, Ketua Amalan, Komunikasi Digital dan Rangkaian Sosial, Khidmat Pengguna, Ovum. "Tekanan kini dirasai oleh industri telekomunikasi bagi menjamin khidmat pesanan perniagaan-kepada-pengguna mereka kekal relevan dan menarik, khususnya apabila Apple menyertai aplikasi sembang lain untuk berinteraksi dengan pasaran perusahaan, melalui tawaran Bual Perniagaannya yang akan datang."

Robert Gerstmann, Pengasas Bersama dan Pengarah CLX berkata: "Meskipun SMS A2P terus berkembang, laporan ini jelas menunjukkan syarikat-syarikat perusahaan meningkat maju melewati fasa percubaan menerusi format pesanan baharu seperti bot Bual dan memeriksa dengan lebih teliti, cara terbaik untuk mereka menghubungkan pelanggan mereka dengan format yang betul pada masa yang tepat. "

"Ia merupakan sesuatu yang menggalakkan apabila mengetahui bahawa syarikat-syarikat jelas sekali menghargai interaksi yang lebih imersif bersama pelanggan mereka. Dalam masa terdekat, interaksi ini akan disediakan melalui khidmat pesanan jenis RCS dan Aplikasi Bual bagi membolehkan pesanan Perusahaan berkembang maju lebih daripada sekadar teks bagi merangkumkan interaktiviti seakan aplikasi dan media beraneka. Ia ialah segala yang dijanjikan oleh MMS, namun malangnya tidak ditunaikan."

Muat turun laporan penuh mengenai SMS, RCS dan bot Bual daripada laman sesawang CLX Communications hari ini.

Latar Belakang CLX Communications 

CLX Communications (CLX) ialah penyedia bertaraf global bagi perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi berasaskan awan untuk syarikat perusahaan dan pengendali rangkaian mudah alih. Perkhidmatan komunikasi mudah alih daripada CLX memungkinkan syarikat berkomunikasi di seluruh dunia bersama pelanggan dan peranti terhubung - Internet Komunikasi Benda (IoT) dengan pantas, selamat dan menjimatkan kos.

Penyelesaian CLX menyediakan komunikasi yang penting dalam perniagaan ke seluruh dunia melalui perkhidmatan pesanan ringkas mudah alih (SMS), perkhidmatan suara dan perkhidmatan sambungan mudah alih untuk IoT. CLX mencapai pengembangan yang menguntungkan sejak syarikat ditubuhkan. Syarikat ini beribu pejabat di Stockholm, Sweden dan turut berada di lebih 20 negara.

Saham CLX Communications didagangkan di NASDAQ Stockholm - XSTO: CLX.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari: http://www.clxcommunications.com

Latar Belakang Symsoft 

Symsoft ialah rakan kongsi yang dipercayai oleh lebih 70 Pengendali Mudah Alih di lebih 40 negara, menyediakan perisian serta perkhidmatan yang inovatif, mantap dan boleh diskala untuk pelanggan kami dalam segmen BSS Masa-Sebenar, Perkhidmatan Bernilai Tambah, jaminan Penipuan & Perolehan serta penyelesaian MVNO yang lengkap.

Kami mencipta nilai buat pelanggan kami dengan mengukuhkan kedudukan kompetitif mereka menerusi tempoh dipasarkan yang pendek, penyediaan akses kepada sumber pendapatan baharu, penyekatan penipuan dan pengurangan ketara kos pemilikan menerusi pilihan pelaksanaan yang anjal dan juga pelbagai tahap perkhidmatan.

Symsoft ialah pengendali bahagian CLX Communications yang tersenarai dalam bursa saham Nasdaq di Stockholm.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari: http://www.symsoft.com

Latar Belakang Tinjauan Pesanan Perusahaan 2017 

Tinjauan Pesanan Perusahaan Ovum 2017, dijalankan dengan kerjasama penyedia komunikasi awan CLX Communications serta penyedia penyelesaian mudah alih subsidiarinya, Symsoft menyoal selidik 100 syarikat dalam tujuh negara: Brazil, China, Perancis, Jerman, India, UK dan AS.

Tinjauan ini dijalankan pada bulan Mei 2017, merentasi pelbagai vertikal industri, dengan kadar tertinggi organisasi responden adalah daripada sektor perkhidmatan perniagaan/profesional, media/Internet, peruncitan/borong, perjalanan dan hospitaliti serta pembuatan. Syarikat bersaiz antara kurang daripada 10 kakitangan kepada lebih 10,000 kakitangan, manakala kadar tertinggi organisasi responden adalah antara 10-100 kakitangan, antara 101-500 kakitangan, dan antara 1,001-10,000 kakitangan. Responden disoal selidik mengenai penggunaan dan sikap mereka terhadap SMS, SMS dipertingkat/khidmat pesanan termaju dan bot bual.

Latar Belakanghttps://protect-us.mimecast.com/s/8JQwBdfrXNNZur?domain=ovum.informa.com Ovum

Ovum ialah sebuah firma penyelidikan dan perunding yang terkemuka dalam pasaran, memberi tumpuan dalam membantu penyedia perkhidmatan digital dan rakan vendor mereka berkembang maju dalam ekonomi digital terhubung. Menerusi 150 penganalisisnya di seluruh dunia, ia menawarkan analisis berkepakaran dan pandangan strategik untuk industri-industri telekomunikasi maklumat (IT), telekomunikasi dan media. Ditubuhkan pada tahun 1985, Ovum memiliki salah satu pasukan penganalisis paling berpengalaman dalam industri ini dan merupakan sumber panduan disegani untuk pemimpin perniagaan teknologi, Ketua Pegawai Maklumat (CIO), vendor, penyedia perkhidmatan dan pengawal selia yang menginginkan data pasaran, kajian dan rundingan yang komprehensif, tepat dan mendalam. Menerusi 23 pejabat dalam enam benua, Ovum menawarkan perspektif yang benar-benar bersifat global berhubung pasaran teknologi dan media selain menyediakan ribuan pelanggan dengan maklumat termasuk instrumen aliran kerja, ramalan, tinjauan, penilaian pasaran, audit teknologi dan juga pandangan.

Ovum merupakan sebahagian daripada Divisyen Risikan Perniagaan Informa plc, sebuah syarikat risikan perniagaan, penerbitan akademik, pengetahuan dan acara terkemuka yang tersenarai dalam Bursa Saham London. https://ovum.informa.com/

Sumber: CLX Communications AB (publ)

Source: CLX Communications AB (publ)
Related Stocks:
Stockholm:CLX
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Survey, Polls & Research