omniture

"Sanya yang Indah, Syurga Romantik" - Sanya China, Promosikan "Perayaan Sanya" sebagai Fokus Pelancongan Antarabangsa

Sanya Municipal Government
2017-07-22 01:30 891

SANYA, China, 22 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Perayaan Sanya ("Perayaan") 2017, satu acara promosi pelancongan antarabangsa anjuran Kerajaan Perbandaran Sanya, dimulakan secara rasmi pada bulan Julai. Mulai Julai hingga September, bertemakan "Jemputan romantik ke bandar Sanya yang indah," acara ini akan diadakan di negara-negara berikut dalam empat kumpulan: Thailand, Malaysia, Indonesia; United Kingdom, Jerman; Rusia, Kazakhstan; Singapura dan India bagi memperkenalkan daya tarikan unik bandar ini.

“Beautiful Sanya, Romantic Paradise” Sanya City Promotes "Sanya Celebration"
“Beautiful Sanya, Romantic Paradise” Sanya City Promotes "Sanya Celebration"

Terletak di Pulau Hainan di bahagian selatan China, Sanya ialah syurga pantai tropika yang terkenal untuk percutian dan merupakan pintu masuk antarabangsa utama ke pulau ini. Statistik Suruhanjaya Pelancongan Sanya menunjukkan bahawa dengan kadar pemulihan pelancong antarabangsa yang stabil sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya pada tahun 2017, Sanya berjaya menarik hampir 280,000 pelancong dari luar negara bermula pada Januari hingga Mei, meningkat lebih 70 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Tianya Haijiao, a popular visitor attraction in Sanya City
Tianya Haijiao, a popular visitor attraction in Sanya City

Dalam acara-acara ini, Sanya akan memperkenalkan maklumat bandar yang terkini, produk pusat peranginan pantai yang klasik, lawatan adat masyarakat setempat daripada kalangan etnik minoriti tempatan Li dan Miao, lawatan hutan ekologi, lawatan ke perkampungan desa dan kunjungan terapi perubatan Cina tradisional.

Perayaan ini akan membawakan kelebihan bandar dari segi sumber pelancongan, ekonomi dan warisan budaya bagi tujuan mempromosikan pelancongan luar negara ke Bandar Sanya selain Pulai Hainan. Bandar ini menyasarkan untuk menerima 1 juta pelancong antarabangsa menjelang tahun 2018, menjadikannya pelancongan antarabangsa terbesar di kawasan China Selatan.

Ekoran strategi pembangunan Inisiatif Jalur dan Jalan (B&R), Sanya sedang giat berkembang dalam pasaran-pasaran Asia dan Eropah serta Negara-Negara Merdeka Komanwel untuk membina hab pengangkutan dan destinasi sepanjang Jalan Sutera Maritim dalam jarak 4, 8 dan 24 jam perjalanan.

Latar Belakang Sanya

Terletak di lokasi paling selatan pulau Hainan, China, Sanya ialah sebuah destinasi pantai bertaraf antarabangsa. Bandar ini mendapat pujian para pengunjung dunia sebagai satu-satunya destinasi percutian tepian pantai Cina disebabkan oleh kawasan pinggir lautnya yang menakjubkan dan warisan budaya yang hebat.

Untuk maklumat lanjut tentang Sanya sila layari: http://english.sanya.gov.cn/publicfiles//business/htmlfiles/englishsite/tourism/index.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170721/1904158-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170721/1904158-1-b

Source: Sanya Municipal Government
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel