omniture

Presiden Li Zhenguo: PV Teragih Secara Rasmi Melangkah ke Era 3.0

LONGi Solar
2017-07-24 08:47 686

SHANGHAI, 24 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2016, kapasiti PV teragih yang baru dipasang ialah 4.24 juta kilowatt, meningkat sebanyak 200% berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2017, menurut satu analisis terhadap perusahaan utama oleh Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui Kebangsaan China, dijangkakan bahawa kapasiti penjanaan kuasa PV China yang baru dipasang mencecah 24 juta kilowatt pada separuh pertama tahun ini, termasuk 7 juta kilowatt PV teragih, iaitu hampir 3 kali ganda berbanding PV yang baru ditambah pada tempoh yang sama tahun 2016, menunjukkan kemunculan era baharu bagi pembangunan PV teragih yang mantap.

Presiden LONGi Li Zhenguo menyampaikan ucapan dalam forum.
Presiden LONGi Li Zhenguo menyampaikan ucapan dalam forum.

Meskipun berlaku pertumbuhan pesat, masalah PV teragih adalah jelas. Modul-modul berkecekapan dan berkualiti rendah membanjiri pasaran, manakala produk-produk berkualiti tinggi terpaksa memasuki pasaran luar negara.

Berhubung sisihan pasaran ini, presiden LONGi Li Zhenguo mengambil pendirian yang jelas bahawa PV teragih perlu memasuki era 3.0, dan ini bermakna, produk-produk yang cekap seperti modul-modul 300W digunakan dalam aplikasi peringkat akhir secara besar-besaran, dan PV teragih meninggalkan era produk-produk yang kurang bermutu serta berkecekapan dan berkualiti rendah. Produk-produk teragih bukan sahaja berkecekapan tinggi, tetapi juga amat andal dan menarik.

Sejak dua tahun lalu, kuasa bagi modul-modul LONGi meningkat dengan pesat, bermula daripada 260W kepada 270W, 280W dan 290W. Hari ini, modul 300W merealisasikan pengeluaran besar-besaran yang menonjolkan teknologi paling canggih serta kualiti produk paling cemerlang!

Dalam era 3.0 PV teragih, LONGi akan menjadi peneraju untuk menyingkirkan produk-produk berkualiti rendah dan berkecekapan rendah dalam segmen PV teragih, agar "wang yang boleh dibelanjakan sebaiknya" ("good money") dapat menghapuskan "wang yang dibelanjakan secara sia-sia" ("bad money"); menerusi jalinan kerjasama dengan rakan-rakan industri, LONGi dengan tegas akan menggunakan produk-produk berkecekapan tinggi seperti modul-modul 300W dalam aplikasi akhir.

Menurut Li Zhenguo, LONGi akan berusaha sedaya upaya untuk membolehkan pengguna produk-produk teragih mendapat akses kepada produk-produk paling canggih dalam industri, dan menikmati nilai yang dibawakan oleh produk-produk berkualiti tinggi!

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170721/1904234-1

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility