WALTHAM, Mass., 25 Julai 2017 /PRNewswire/ -- PerkinElmer, Inc., peneraju global yang komited untuk menginovasi demi sebuah dunia yang lebih sihat, mengumumkan pada 24 Julai (waktu AS) pelancaran pembaca plat berbilang mod VICTOR® Nivo™ baharunya. Direka agar dapat diletakkan dalam mana-mana ruang makmal, instrumen yang kompak dan ringan ini menyediakan mod pengesanan berprestasi tinggi dan perisian yang mudah digunakan, membantu para saintis berupaya mempercepatkan cerakinan biokimia dan berasaskan sel bagi tujuan kajian penyakit dan pembangunan ubatan.
Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/perkinelmer_201707.shtml
"Dalam makmal akademik dan farmaseutikal masa kini, para saintis memerlukan teknologi yang intuitif dan berprestasi tinggi, termasuk pembaca mikroplat berbilang mod yang boleh diaplikasikan untuk pelbagai kegunaan bagi membantu memajukan penyelidikan mereka," kata Jim Corbett, Naib Presiden Eksekutif dan Presiden, Penemuan & Penyelesaian Analitik, PerkinElmer. "Kami menawarkan set lengkap penyelesaian inovatif yang direka untuk membantu memudahkan pencapaian saintifik."
"Pengesanan berbilang mod ialah proses penting dalam membantu memajukan penyelidikan kami," kata Maria Kuzikov, Pakar Pembangunan dan Pemeriksaan Cerakinan, Fraunhofer IME Screening Port di Jerman, pelanggan PerkinElmer. "Kami dapati pembaca plat berbilang mod VICTOR® Nivo™ memberikan prestasi tinggi untuk pelbagai aplikasi biokimia dan berasaskan sel, termasuk pengukuran proliferasi sel dan kesitotoksikan, pengkuantitian DNA dan protein, selain pencirian kesan-kesan sebatian terhadap aktiviti PDE. Pembaca ini amat mudah digunakan agar penyelidik baharu juga dapat menjadi produktif dengan segera."
Menerusi pelbagai jenis mod pengesanan utama, pembacaan bahagian atas dan bawah untuk semua mod serta ruang untuk memuatkan sehingga 32 penapis, instrumen ini memberikan prestasi tinggi untuk cerakinan berasaskan sel dan biokimia serta dapat menampung pelbagai pengguna serta aplikasi. Reka bentuknya yang kecil dan padat dapat membantu para penyelidik memaksimumkan sumber makmal mereka, menyediakan ruang kerja uji kaji penting yang lebih luas untuk aktiviti-aktiviti lain yang penting dalam proses penyelidikan.
Para saintis boleh mengawal perisian instrumen ini melalui Wi-Fi atau sambungan rangkaian daripada komputer peribadi (PC), komputer riba atau tablet bagi mengurus aliran kerja mereka dengan berkesan. Antara muka pengguna pada perisian ini menjadikannya mudah untuk para saintis baharu mempelajari dan mengendalikan instrumen dengan cepat.
PerkinElmer menawarkan portfolio teknologi yang komprehensif untuk menyokong usaha penyelidikan sains hayat, termasuk reagen cerakinan, mikroplat, pengendalian/pengautomatan cecair, dan perkhidmatan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembaca plat berbilang mod VICTOR Nivo, layari www.perkinelmer.com/Nivo.
LATAR BELAKANG PERKINELMER:
PerkinElmer, Inc. ialah peneraju global yang komited untuk menginovasi demi sebuah dunia yang lebih sihat. Pasukan berdedikasi kami yang terdiri daripada 9,000 kakitangan di seluruh dunia begitu bersemangat untuk menyediakan pelanggan dengan pengalaman yang tiada tandingan tatkala mereka membantu menyelesaikan isu-isu kritikal khususnya yang memberi kesan kepada pasaran diagnostik, penemuan dan penyelesaian analitik. Keupayaan pengesanan, pengimejan, informatik dan perkhidmatan inovatif kami, digabungkan dengan pengetahuan serta kepakaran pasaran yang mendalam, membantu pelanggan memperoleh pandangan lebih awal dan lebih tepat bagi memperbaiki kehidupan serta dunia di sekeliling kita. Syarikat melaporkan perolehan kira-kira sebanyak $2.1 bilion pada tahun 2016, berkhidmat untuk pelanggan di lebih 150 negara dan merupakan satu komponen S&P 500 Index. Maklumat tambahan disediakan melalui 1-877-PKI-NYSE, atau di www.perkinelmer.com.
Ikuti kami melalui Twitter @PKILifeScience.
Hubungi:
Phabee Li
Phabee.Li@PERKINELMER.COM