omniture

Konsep Unik MDx, Akses Rawak Seegene, diumumkan di AACC 2017

Seegene
2017-07-26 09:00 750

SEOUL, Korea Selatan, 26 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Seegene Inc. (096530.KQ), pemaju terkemuka dunia bagi teknologi dan cerakinan diagnostik molekul multipleks, bakal memperkenalkan konsep sistem Akses Rawak uniknya di Ekspo Makmal Klinikal Tahunan AACC kali ke-69 di San Diego, California, mulai 30 Julai hingga 3 Ogos.

'Sistem Akses Rawak Seegene' ialah penyelesaian inovatif bagi diagnostik molekul (MDx) yang membolehkan pesanan-terima-laporan pada hari yang sama dengan menjalankan ujian PCR masa sebenar multipleks tinggi secara serentak melalui platform tunggal, tanpa mengira jenis spesimen atau cerakinan.

Kelebihan utama MDx berbanding kaedah diagnosis konvensional adalah mendiagnosis penyakit dengan tepat pada peringkat awal. Diagnosis yang pantas dan tepat serta rawatan serta merta adalah amat penting khususnya untuk penyakit berjangkit seperti tuberkulosis, cirit birit akut, sepsis atau meningitis. Walau bagaimanapun, kebanyakan sistem MDx sedia ada tidak berupaya memberikan laporan pada hari yang sama bagi rawatan hari yang sama, memandangkan ujian boleh dijalankan hanya setelah bilangan spesimen tertentu dikumpul. Ini kerana, umumnya, satu peralatan tidak dapat menjalankan pelbagai jenis cerakinan MDx dalam masa yang sama.

Setiap jenis cerakinan MDx memerlukan kaedah pengekstrakan berbeza, jenis reagen berbeza dan keadaan PCR berbeza, menjadikan ujian serentak dalam peralatan tunggal sebagai mustahil. Sistem Akses Rawak Seegene, yang berasaskan 'Satu Platform' Seegene dengan keadaan PCR sejagat dan protokol pengekstrakan sejagat, menyediakan satu penyelesaian untuk semua batasan ini.

Seegene mencipa 'Penyelesaian MDx Satu Platform', digabungkan dengan keadaan PCR sejagat, yang mana lebih 100 cerakinan boleh diuji di bawah keadaan PCR yang sama dalam satu platform. Selain itu, Seegene membangunkan protokol pengektrakan asid nukleik sejagat yang terpakai untuk semua jenis spesimen seperti darah, air kencing, najis dan kahak.

Hasil ciptaan ini, yang dihasilkan dengan menggabungkan teknologi-teknologi PCR proprietari Seegene dengan penyelesaian bioinformatik serta IT, mendayakan 'sistem Akses Rawak Seegene', yang membolehkan ujian dan laporan dibuat pada hari yang sama.

Dr. Jong-Yoon Chun, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Seegene berkata; "Walaupun hakikatnya ujian MDx dapat memberikan keputusan ujian yang pantas dan tepat, batasan persekitaran dalam makmal-makmal klinikal seperti ruang makmal, peralatan dan sumber manusia menjadikan pesanan-terima-laporan pada hari yang sama adalah suatu yang mustahil. Malangnya, faedah ujian MDx tidak dapat diperoleh oleh pesakit, memandangkan pakar perubatan mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan keputusan ujian. 'Sistem Akses Rawak' Seegene yang dapat menangani kesemua batasan persekitaran, memungkinkan laporan dibuat pada hari yang sama dan membawa kepada rawatan segera dan dikhususkan. Dengan menggabungkan diagnosis dan rawatan pada hari yang sama, diagnostik molekul akan menjadi satu kejayaan penting dalam menyediakan penjagaan pesakit yang dikhususkan yang tepat pada masanya."

Setakat ini, Seegene berjaya melancarkan 12 produk AllplexTM dan merancang untuk memperluas portfolio produknya kepada lebih 100 produk menjelang akhir tahun hadapan. Penggunaan sistem Akses Rawak Seegene membolehkan peralatan tunggal menguji secara serentak lebih 100 cerakinan PCR masa sebenar multipleks tinggi merangkumi lebih 450 sasaran.

Seegene bakal memperkenalkan sistem akses rawaknya melalui hospital-hospital dan makmal-makmal rujukan di seluruh dunia, bermula dengan AACC.

Latar Belakang Seegene

Seegene (096530.KQ) ialah pembangun terkemuka dunia bagi teknologi molekul multipleks dan diagnostik molekul klinikal multipleks (M-MoDx). Teknologi teras didayakan Seegene - DPO™, TOCE™, dan MuDT™ - ialah asas bagi ujian-ujian M-MoDx yang boleh mengesan berbilang sasaran secara serentak dengan tahap kepekaan, kekhususan dan kebolehulangan yang tinggi. Produk-produk Seegene boleh mengesan berbilang patogen dengan keandalan serta daya pemprosesan yang hebat, memberikan asas paling menjimatkan dari segi penjimatan masa, tenaga kerja dan kos. Misi Seegene adalah untuk mengekalkan kepimpinan dalam diagnostik molekul bagi penyakit berjangkit, genetik, farmakogenetik dan onkologi menggunakan teknologi proprietari yang inovatif. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.seegene.com.

Source: Seegene
Related Stocks:
Korea:096530
Related Links:
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Electronic Components Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news