omniture

Hotel On The Park - Imej dan nama baharu menggantikan Hotel Theme Park

Hotel On The Park, Resorts World Genting berwajah baharu mampu menampung lebih ramai tetamu dengan jumlah bilik yang sama
Resorts World Genting
2017-07-26 12:32 927

GENTING HIGHLANDS, Malaysia, 26 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Hotel Theme Park, Resorts World Genting telah menyimpan banyak nostalgia buat para tetamu yang pernah menginap di hotel ini sejak bergenerasi lamanya dan ia merupakan satu-satunya hotel taman tema yang terletak di atas puncak gunung. Sejak ia ditutup pada tahun 2013, Hotel Theme Park  melalui proses menaik taraf supaya ia boleh membuat kemunculan semula dan memberikan pengalaman baharu kepada para tetamu yang dahagakan keseronokan.

Hotel on the Park, Resorts World Genting
Hotel on the Park, Resorts World Genting

Hotel Theme Park yang dahulunya dikenali sebagai Hotel Highlands merupakan hotel tertua dibina di Resorts World Genting pada tahun 1970-an. Namanya telah ditukar menjadi Hotel Theme Park selepas taman tema dibina bersebelahan dengannya.

Hotel tersebut kini dibuka dan dikenali sebagai Hotel On The Park bersesuaian dengan Taman Tema Twentieth Century Fox World yang pertama di dunia dibina bersebelahannya. Ia memiliki rekaan struktur lama, berinspirasi bentuk berkotak, berkonsep retro dan bercirikan reka bentuk industri. Kami inginkan sesuatu yang lebih menarik, baharu dan berbeza," kata Dato Edward Holloway, Naib Presiden Kanan Operasi Hotel, Resorts World Genting.

Pihak resort berusaha mencari jalan bagi membolehkan lebih ramai tetamu menginap, tanpa melibatkan sebarang perubahan pada struktur hotel dan masih mengekalkan jumlah bilik yang sama iaitu sebanyak 448. Hotel berkonsep 'bukan semua anda lihat anda dapat' ini telah melalui satu proses perancangan yang panjang.

"Kami inginkan faktor 'WOW', jadi kami putuskan untuk membuat satu senarai barang keperluan yang tetamu inginkan di dalam sesebuah bilik hotel termasuk kerusi, almari, televisyen dan sebagainya. Kami mereka bentuk ruang bilik supaya ia lebih luas dan tetamu boleh mengharapkan semuanya sudah tersedia apabila mereka menginap nanti," jelas Dato Edward.

Hasilnya ia sesuatu di luar imiginasi. Para tetamu akan berjalan melalui kawasan lobi seluas 8,000 kaki persegi serta disambut oleh tiang yang dihiasi cawan-cawan teh gergasi. Kerusi gergasi turut disediakan untuk para tetamu duduk ketika menunggu giliran mendaftar masuk.

Tetamu juga berpeluang merasai sendiri pengalaman menakjubkan ketika  berada di dalam cermin berilusi mirip cerita klasik Lewis Carrol - Alice In Wonderland ketika beliau jatuh ke dalam lubang arnab.

Tidak cukup dengan itu, tetamu pasti tertarik dengan beberapa keping cermin berwarna-warni yang memberikan kesan cahaya spektrum menarik ketika melaluinya.

Bertemakan warna hijau dan bintik polka serta  lukisan abstrak telur Easter, tandas awam Hotel On The Park kelihatan lebih menarik dan unik. " Semua ini direka untuk menaikkan lagi keceriaan hotel itu sendiri dan memberikan gambaran awal keseronokan yang bakal dibawa oleh Taman Tema Twentieth Century Fox World," kongsi Dato Edward. Sebuah kios makanan dan minuman mesra keluarga diberi nama Eatopia turut disediakan di kawasan lobi hotel.

Tanda arah sekitar kawasan hotel semuanya menggunakan tulisan tangan. Lif turut dilukis dengan lukisan grafiti 'Have you enjoyed your trip?' dan seni lukisan bercorak garisan serta watak-watak kartun boleh dilihat memenuhi ruang hotel ini.

Koridor yang menghubungkan kedua-dua sayap hotel turut dilukis dengan permainan ting ting bagi membolehkan kanak-kanak bermain dengannya. Limpahan cahaya lampu ilusi berwarna-warni turut menghiasi ruangan koridor. Nombor-nombor bilik pula dicat tangan di atas lantai di hadapan setiap pintu.

Sebelum ini setiap bilik hanya boleh memuatkan antara dua hingga tiga orang tetamu pada satu-satu masa. Bagi menampung jumlah tetamu yang dijangka meningkat apabila Taman Tema Twentieth Century Fox World dibuka kelak, pihak Resorts World Genting menggandakan jumlah tetamu yang bakal menginap di dalam satu bilik dengan menjadikan katil sebagai ciri utama.

Kebanyakan bilik dilengkapi katil gaya tatami, gabungan dua katil kelamin yang mampu menampung sehingga empat orang tetamu. Katil bertingkat bersaiz kelamin juga disediakan bagi  membolehkan seramai enam tetamu berada di dalam satu bilik.  Katil  bertingkat direka untuk menempatkan kanak-kanak di bahagian atas supaya membolehkan ibu bapa berehat tanpa gangguan anak-anak.

Bahagian bawah  katil bertingkat turut berfungsi sebagai ruang penyimpanan. Ruang di bahagian ini boleh digunakan untuk menyimpan bagasi. Terdapat juga sebuah peti besi disediakan dalam ruang laci. Pakaian pula boleh digantung pada tombol-tombol disediakan di atas lukisan almari.

Televisyen pula digantung pada dinding dihiasi karya seni membuatkan ia seolah-olah berada di dalam kabinet TV. "Kami merekanya mengikut teori garis penglihatan. Matlamatnya adalah untuk memberikan lebih ruang menggunakan seni garisan," jelas Dato Edward.

Bagi menggantikan langsir mahal dan berat, bidai gelap dengan lukisan tangan bercorak berwarna putih digunakan untuk satu karya seni asli pada setiap bilik.

Terdapat juga empat suit berbulan madu disediakan di hotel ini. Ia terletak di bahagian sayap menghadap kawasan lembah Genting yang menawarkan panorama indah hutan gunung semulajadi. Kesemua suit tersebut direka untuk memberikan empat tahap romantis sama ada untuk memikat si gadis, melamar, perkahwinan dan berbulan madu. Kesemuanya memiliki rekaan dekorasi unik, bergaya dan perhiasan tersendiri.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi +603 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com. YouTube https://www.youtube.com/watch?v=TMnYcZl6jcU

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170725/1906155-1

Source: Resorts World Genting
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services