omniture

3T Network Ltd. Lancar Platform Global, SigmaCoin.io

Kuasa 'blockchain' bakal bawakan kemungkinan baharu untuk syarikat baharu, perniagaan dan mereka yang ingin terlibat dalam kejayaan platform
Sigma Coin
2017-07-27 19:34 647

BANGKOK, 27 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Hari Isnin, tanggal 17 Julai jam 8:00 pagi Waktu Jimat Siang Timur, 2017, menandakan ICO (tawaran duit syiling awal) SigmaCoin melalui C-Cex Exchange. Bermula dari saat ini, SigmaCoin akan mula beroperasi dan tersedia untuk dibeli secara terbuka daripada C-Cex hingga ICO tamat. Sepanjang tempoh ini, pembeli-pembeli awal diganjari dengan token bonus. ICO dijangka berlangsung sama ada selama enam minggu atau hingga sejumlah 100 juta SigmaCoins dijual. Perdagangan bebas SigmaCoins dijadualkan bermula lima hari selepas penamatan rasmi ICO.

Mr Dan Schwartz CEO & Chairman of 3T Network Lt. and SigmaCoin.io presenting in Hanoi launch.
Mr Dan Schwartz CEO & Chairman of 3T Network Lt. and SigmaCoin.io presenting in Hanoi launch.

Sigmacoin.io ialah platform global teragih yang bertujuan untuk menghubungkan syarikat baharu, pengeksport, pengimport dan peserta luar biasa di seluruh dunia. Ia merupakan perunding kewangan perniagaan terjamin sendiri yang dikendalikan oleh usahawan-usahawan terkemuka dan memberi tumpuan terhadap projek-projek perdagangan dan perniagaan yang dipilih dengan teliti. SigmaCoin ialah mata wang digital yang digunakan oleh ahli-ahli platform ini untuk menyelesaikan transaksi mereka. Ia dibangunkan melalui blockchain Ethereum serta merupakan token Kontrak Pintar.

Matlamat utama SigmaCoin.io adalah untuk mewujudkan persekitaran yang dapat menarik dunia perniagaan dan ahli-ahli komuniti perdagangan kewangan yang terbaik, dan memberikan mereka peluang untuk memperluas potensi mereka selain peserta-peserta sumber dalam platform. Kesemua projek akan dinilai dengan teliti, memberikan tahap jaminan dan kejelasan yang tinggi kepada para peserta dan menjamin keabsahannya seperti yang dibentangkan di Hanoi baru-baru ini: https://youtu.be/1wNIOH0EQ8o.

"Dengan mula memperkenalkan SigmaCoin.io kami ingin mewujudkan platform yang boleh diakses oleh para usahawan terkemuka dan peserta-peserta dari seluruh dunia dan menyediakan mereka dengan persekitaran yang selamat untuk mengembangkan perniagaan serta berkongsi kejayaan platform SigmaCoin.io. Hasil usaha pasukan kami yang mantap, kami berupaya membangunkan SigmaCoin.io dengan cara yang mengutamakan rakan-rakan kongsi kami, menawarkan mereka dengan sokongan dan keselamatan sebaik mungkin. Dedikasi ini telahpun mendapat ganjarannya dengan kehadiran yang memberangsangkan semasa prapelancaran kami di Hanoi pada awal Julai dan kami benar-benar berharap dapat mengambil langkah seterusnya bersama ICO kami pada 17 Julai," jelas Dan Schwartz, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi 3T Network Lt. dan SigmaCoin.io semasa pembentangan beliau.

Untuk maklumat lanjut dan imej, sila hubungi:

Karin Lohitnavy
Midas Communications International Co, Ltd. 
E-mel: karin@midas-pr.com
No. Telefon: +66 86 044 2145
Laman Sesawang: www.midas-pr.com

Latar Belakang SigmaCoin.io:

SigmaCoin.io ialah platform perniagaan perdagangan teragih yang dikaitkan dengan agensi-agensi perniagaan perdagangan baharu dan lama. Ia telahpun mewujudkan saluran-saluran perniagaan hebat bersama syarikat baharu, pedagang, pengeksport, pengimport dan pelabur persendirian, selain menyasarkan untuk menjadi platform terbaik bagi perniagaan digital masa depan.

Latar Belakang SigmaCoin:

Sigma Coin ialah mata wang digital baharu yang diuruskan oleh agensi perdagangan terjamin sendiri yang didorong oleh para usahawan terkemuka. SigmaCoin memanfaatkan teknologi baharu yang mantap bagi meningkatkan pengaturan masa dan hasil. Ia menumpu pada projek-projek perdagangan dan perniagaan yang dipilih dengan teliti bagi memaksimumkan faedah pengguna.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170726/1907117-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170726/1907117-1LOGO

Source: Sigma Coin
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Trade show news