omniture

LKK Health Products Group Ambil Alih Bangunan Pejabat Mercu Tanda di 20 Fenchurch Street di London bernilai GBP1.2825 Bilion

LKK Health Products Group
2017-07-27 19:51 1105

LONDON, 27 Julai 2017 /PRNewswire/ -- LKK Health Products Group (selepas ini dirujuk sebagai "Syarikat") dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pada 26 Julai, ia memeterai satu perjanjian jualan dan belian dengan Land Securities Group plc dan Canary Wharf Group plc, melalui Infinitus Property Investment (Hong Kong) Limited, subsidiari milik penuhnya, untuk memperoleh 100% kepentingan dalam bangunan komersial mercu tanda di 20 Fenchurch Street, London, dikenali sebagai "Walkie Talkie", dengan jumlah belian sebanyak GBP1.2825 bilion (kira-kira HKD12.8 bilion). Ini merupakan urus niaga hartanah bangunan pejabat terbesar di United Kingdom bagi bangunan pejabat tunggal.

LKK Health Products Group Ambil Alih Walkie Talkie di London bernilai GBP1.2825 Bilion
LKK Health Products Group Ambil Alih Walkie Talkie di London bernilai GBP1.2825 Bilion
LKK Health Products Group Ambil Alih Walkie Talkie di London bernilai GBP1.2825 Bilion
LKK Health Products Group Ambil Alih Walkie Talkie di London bernilai GBP1.2825 Bilion

Lokasi Terkenal di Pusat Bandar London dengan Pulangan Sewa Mampan

20 Fenchurch Street ialah sebuah bangunan ikonik terletak secara strategik di daerah kewangan London, dengan pemandangan 360° tanpa halangan di seluruh Pusat Bandar London. Hartanah ini, direka oleh Rafael Vinoly Architects, menyediakan tingkat terbesar dan paling bernilai di bahagian atas bangunan disebabkan oleh bentuk bahagian atasnya yang berat dan unik. Hartanah ini mempunyai Sky Garden yang terkenal, iaitu merupakan salah satu tarikan pengunjung paling popular dan menarik di London.

Siap pada tahun 2014, hartanah ini ialah bangunan kompleks komersial setinggi 37 tingkat yang menyediakan kira-kira 713,000 kaki persegi ruang pejabat yang terbaik dalam kategorinya (671,000 kaki persegi), ruang runcit (17,000 kaki persegi) dan kawasan sampingan (25,000 kaki persegi). Hartanah ini kini disewakan sepenuhnya kepada beberapa penyewa gred pelaburan dengan tempoh pajakan tidak luput purata wajaran kira-kira selama 13 tahun.

Peluang Amat Baik untuk Perluas Portfolio Hartanah Syarikat

Pengambilalihan ini bukan sahaja membolehkan Syarikat mencapai pulang yang berpatutan daripada pendapatan sewa bahkan juga memperluas portfolio hartanahnya ke pusat kewangan utama luar negara untuk kenaikan nilai modal yang mampan dan stabil.  Oleh yang demikian, hartanah ini akan dipegang oleh Syarikat sebagai pelaburan jangka panjang.

En. Sammy Lee, Pengerusi LKK Health Products Group, berkata, "Kami berbesar hati dapat mengambil alih 20 Fenchurch Street di Pusat Bandar London bagi memperluas kehadiran global kami melalui pelaburan strategik yang dibuat oleh cabang Infinitus Property Investment milik Syarikat."

Latar Belakang Infinitus Property Investment (Hong Kong) Limited

Infinitus Property Investment (Hong Kong) Limited, subsidiari milik penuh LKK Health Products Group, memiliki dan mengurus pejabat premium serta ruang niaga di CBD di Guangzhou dan Shanghai, China; serta Daerah Pusat, Rantau Pentadbiran Khas Hong Kong China. Jumlah luas ruang pejabat dan niaga yang akan diuruskan ialah lebih 3.2 juta kaki persegi termasuk Guangzhou Infinitus Plaza baharu (sedang dibangunkan dan bakal siap pada tahun 2020).

Latar Belakang LKK Health Products Group (www.lkkhpg.com)

LKK Health Products Group, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, ditubuhkan oleh Keluarga Lee Kum Kee pada tahun 1992. Syarikat mengendalikan pelbagai segmen perniagaan melibatkan produk kesihatan herba Cina, pelaburan hartanah, perladangan dan perdagangan herba Cina serta modal usaha niaga untuk syarikat-syarikat baharu. Tanda dagangan Syarikat merangkumi "Infinitus", "Tianfangjian", dan "Happiness Capital".

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170724/1904998-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170724/1904998-1-b 

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Real Estate Financing agreements