omniture

Bandar Sanya Tembusi Malaysia Promosikan Keindahan Alam Semula Jadi dan Budaya Uniknya

Sanya Municipal Government
2017-07-27 20:46 941

SANYA, China, 27 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Bandar pelancongan terkenal China, Sanya melancarkan perayaan Sanya 2017 ("Perayaan") di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memperkenalkan Sanya kepada lebih ramai pelancong antarabangsa.

Bandar Sanya Tembusi Malaysia Promosikan Keindahan Alam Semula Jadi dan Budaya Uniknya
Bandar Sanya Tembusi Malaysia Promosikan Keindahan Alam Semula Jadi dan Budaya Uniknya

Sanya, terletak di Pulau Hainan, China dan terkenal dengan pantainya yang indah, menyaksikan pertumbuhan kukuh jumlah pelancong dari luar negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2016, Sanya berjaya menarik hampir 448,900 pelancong dari luar negara, meningkat lebih 25.31% berbanding tahun sebelumnya.

"Sanya ialah tempat peranginan pelancong yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan iklim yang baik. Purata suhu adalah antara 22 darjah Celsius hingga 26 darjah Celsius (71F hingga 78F), yang berjaya menarik sejumlah besar pengunjung dari dalam dan luar negara saban tahun," kata Deng Zhong, Presiden Kehormat Persatuan Rakyat Sanya untuk Persahabatan dengan Negara-negara Asing.

Perayaan ini diadakan di pusat membeli belah UTAMA yang terkenal. Ia turut melibatkan pameran foto bandar Sanya, pertunjukan makanan, pengalaman visual berasaskan teknologi realiti maya (VR) bagi pemandangan alam semula jadi tempatan dan pameran kebudayaan warganegara Li tempatan, antara tarikan-tarikan lain.

Warganegara Li, satu kumpulan etnik yang besar di Pulau Hainan, seronok menyanyi dan menari
Warganegara Li, satu kumpulan etnik yang besar di Pulau Hainan, seronok menyanyi dan menari

Semasa pameran, pemandangan pinggir laut maya dengan pantai, payung pantai dan gegelung renang disediakan di tapak pameran, menawarkan pengunjung dengan pengalaman sebenar apabila mengunjungi bandar pantai itu. Selain itu, wanita warganegara Li tempatan memperlihatkan bakat seni, tarian dan menenun mereka yang hebat, yang meraih sorakan gemuruh daripada orang ramai.

"Peluang melihat dan mengalami budaya penduduk Sanya yang berwarna warni adalah suatu yang hebat. Kini, saya tidak sabar-sabar untuk mengunjungi Sanya dan menerokanya sendiri," kata Gillian Tee Yin Ming, dari Malaysia.

Mengulas tentang kecenderungan pelancongan di Malaysia, Deng Zhong menambah bahawa walaupun bandar Sanya terletak berhampiran Malaysia secara geografinya, dan kedua-dua rantau ini mempunyai persamaan dari segi budaya, terdapat juga beberapa perbezaan antara kedua-duanya.

"Sanya mempunyai kawasan tepian pantai yang indah dan budaya unik dalam kalangan penduduk minoriti Li dan Miao. Selain itu, makanan Sanya juga adalah istimewa dan menarik. Kesemua ini dapat membawakan pengalaman hebat buat para pelancong dari Malaysia."

Tahun ini, Sanya menandatangani satu memorandum dengan negeri Pulau Pinang, Malaysia bagi menjalin hubungan bandar yang mesra dan membuka 19 laluan antarabangsa, seperti Sanya-Pulau Pinang-Kuala Lumpur, yang menyediakan asas kukuh bagi tujuan pertukaran antara Sanya dan Malaysia.

Selepas jerayawara di Malaysia pada 25 Julai, kerajaan Sanya akan meneruskan kempen promosi global bagi "Perayaan" ini ke negara-negara lain. Hentian seterusnya ialah Indonesia pada 27 Julai ini.

Latar Belakang Sanya

Terletak di lokasi paling selatan pulau Hainan, China, Sanya ialah sebuah destinasi pantai bertaraf antarabangsa. Bandar ini mendapat pujian para pengunjung dunia sebagai satu-satunya destinasi percutian tepian pantai Cina disebabkan oleh kawasan pinggir lautnya yang menakjubkan dan warisan budaya yang hebat.

Untuk maklumat lanjut tentang Sanya, sila layari: http://english.sanya.gov.cn/publicfiles//business/htmlfiles/englishsite/tourism/index.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170726/1907128-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170726/1907128-1-b

Source: Sanya Municipal Government
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Contracts