omniture

Program Pengendali Cemerlang Global XCMG tekankan teknologi pintar

XCMG
2017-07-28 03:12 703

XUZHOU, China, 28 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Pengeluar terkemuka dunia, XCMG telah memulakan program Pengendali Cemerlang Global ("Program") kali keempat di XCMG Technician College, dengan sejumlah 71 pelatih dari sembilan negara mengambil bahagian dalam siri sesi latihan yang dipimpin oleh pakar-pakar dan pengajar-pengajar berpengalaman.

Trainees from nine countries have joined a series of training sessions led by experienced experts and instructors of XCMG.
Trainees from nine countries have joined a series of training sessions led by experienced experts and instructors of XCMG.

Selain kursus-kursus latihan klasik seperti operasi bersimulasi dan latihan pemasangan komponen, Program keempat ini telah beralih tumpuannya kepada teknologi pintar dalam jentera pembinaan. Para pelatih melawat dua tapak pengeluaran pintar XCMG bagi pemuat dan jentera konkrit, serta memperoleh pemahaman mendalam tentang kualiti XCMG.

"Para pelatih bagi sesi kali ini akan mengalami sistem latihan pintar dan bersepadu XCMG, iaitu sistem pengeluaran dalam era Internet. Kami berharap mereka akan mendapat inspirasi daripada sikap 'ketukangan dan inovasi' XCMG serta usaha yang berterusan, menyaksikan kekuatan syarikat kami dalam pengeluaran pintar serta kualiti bertaraf dunia," kata Wang Min, pengerusi XCMG.

Program ini menyediakan tiga kelas yang melibatkan operasi pemuat, operasi trak pam dan jurutera perkhidmatan luar negara dalam tempoh antara lapan hingga 25 hari. XCMG mewujudkan model latihan tersuai untuk semua pelatih termasuk orientasi budaya korporat, pengajaran teori, latihan lapangan, forum perkongsian dengan pakar-pakar industri serta aktiviti-aktiviti pengalaman istimewa.

Para pelatih antarabangsa yang menyertai sesi ini adalah dari negara Kanada, Mongolia, Uganda, Kenya, Myanmar, Bangladesh, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu. XCMG menyediakan aktiviti-aktiviti kerja dalam kumpulan tambahan serta pengalaman budaya bagi memperkenalkan sejarah, budaya dan adat masyarakat Xuzhou sambil berkenalan dengan rakan-rakan baharu.

"Di sini diperlihatkan XCMG yang diperkemas, seluruh aspek menonjolkan pengurusan cemerlang XCMG dari segi ciri budaya, penjagaan berperikemanusiaan dan kakitangan dengan kualiti profesional yang bagus," kata Issac Muisyo, pelatih jurutera perkhidmatan luar negara dari Kenya.

Program ini merupakan sebahagian daripada 14 projek XCMG yang ditetapkan dengan tepat dalam kempen kebajikan awam global "Untuk Kehidupan Lebih Baik" yang telah memberi manfaat kepada 303 pelatih seluruh dunia, termasuk 149 pengendali dan 156 jurutera perkhidmatan antarabangsa. XCMG juga bekerjasama dengan 54 peniaga luar negara dan kolej vokasional tempatan untuk menganjurkan 76 bengkel kemahiran penyelenggaraan produk berdasarkan komitmen syarikat terhadap pendidikan.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 177 negara dan kawasan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170727/1908193-1

Source: XCMG
Keywords: Auto Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals