SINGAPURA, 28 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Infineon Technologies Asia Pacific hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan AIRmaker, pemecut Internet Komunikasi Benda (IoT) yang berpangkalan di Singapura. Sebagai penyedia penyelesaian semikonduktor yang terkemuka di dunia, Infineon akan membantu syarikat-syarikat baharu di bawah program AIRmaker untuk meninjau kelebihan daya saing melalui aplikasi mikroelektronik inovatif dan untuk memupuk kecemerlangan perniagaan dalam segmen-segmen pembangunan produk, jaminan kualiti, pengurusan rantaian bekalan dan pembangunan pelanggan.
Melalui perkongsian ini, para peserta program AIRmaker akan berpeluang memanfaatkan pengetahuan reka bentuk-kepada-pengeluaran Infineon, kepakaran teknikal yang tinggi dalam bidang-bidang automotif dan sistem kuasa, keselamatan terbenam, RF dan teknologi sensor, selain jaringan industri Infineon yang luas. Syarikat-syarikat baharu yang berada di tahap yang membolehkan mereka disokong oleh program AIRmaker+ boleh memanfaatkan Infineon sebagai rakan pembangunan, rakan untuk mencapai daya saing, mahupun sebagai pembekal atau pelanggan.
"Kami berasa amat teruja tentang perkongsian kami dengan Infineon. Kolaborasi ini akan membolehkan syarikat-syarikat baharu dalam program AIRmaker mendapat akses kepada kepakaran yang terkemuka dalam industri dan jaringan sokongan luas yang akan memacu pertumbuhan berterusan mereka," kata Kwai Seng Lee, Pengarah Urusan, AIRmaker.
"Trend mega yang sedang kami ikuti ini – Industri 4.0, Kereta Pintar dan Kediaman Pintar benar-benar selari dengan fokus AIRmaker terhadap IoT, Bandar Pintar dan teknologi Kesihatan Digital," kata Chua Chee Seong, Presiden dan Pengarah Urusan, Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd. "Kami berharap dapat mendayakan syarikat-syarikat baharu IoT menerusi penyelesaian dan ekosistem semikonduktor kami yang terkemuka di dunia. Lantaran itu, kami mengharapkan situasi penggunaan inovatif dalam seluruh landskap yang berkembang pesat di Asia."
Dalam dunia pembandaran dan pendigitan yang pesat ini, Infineon amat yakin penyelesaian semikonduktor menyumbang terhadap masa depan yang lebih baik. Komponen elektronik yang sukar dilihat ini mengawal kuasa dengan kadar kehilangan hampir sifar, melindungi data dalam peranti yang terhubung dengan ruang siber, dan mengubah dunia fizikal menjadi dunia digital. Jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat peringkat awal memberikan kemungkinan untuk Infineon meneroka situasi penggunaan inovatif bagi penyelesaian semikonduktor dan mendapat pendedahan awal terhadap idea-idea baharu dan juga trend pasaran.
Latar Belakang Infineon
Infineon Technologies AG ialah peneraju dunia bagi penyelesaian semikonduktor yang menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih selamat dan lebih mesra alam. Mikroelektronik daripada Infineon adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik. Pada tahun fiskal 2016 (berakhir 30 September), Syarikat melapor jualan sebanyak kira-kira €6.5 bilion dan menggaji lebih 36,000 kakitangan seluruh dunia. Infineon tersenarai dalam Bursa Saham Frankfurt (simbol saham: IFX) dan dalam pasaran luar sistem bursa saham AS, OTCQX International Premier (simbol saham: IFNNY).
Maklumat lanjut disediakan di www.infineon.com dan www.infineon.com/iot
Latar Belakang AIRmaker
AIRmaker menyasarkan untuk memacu pertumbuhan syarikat-syarikat baharu menerusi pelbagai peringkat pembangunan mereka. Ia menumpu pada syarikat-syarikat baharu dalam sektor IoT (Internet-Komunikasi-Benda) – Kesihatan Digital dan Bandar Pintar. Selain program-program berstruktur, AIRmaker memanfaatkan jaringan dan ekosistem rakan-rakan pengasasnya bagi membantu syarikat-syarikat baharu memacu pertumbuhan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.airmaker.sg/en/.