omniture

TRIGO Gandakan Saiz dalam Khidmat Kualiti Aeroangkasa menerusi Gabungan Tenaga bersama Peneraju Sepanyol MAVE AERONAUTICA

TRIGO Group, MAVE AERONAUTICA and ARDIAN
2017-07-31 08:00 603

PARIS, 31 Julai 2017 /PRNewswire/ --

TRIGO memperoleh 100% modal MAVE AERONAUTICA daripada pengasasnya Joaquin Arregui dan pemegang-pemegang saham yang lain. Transaksi ini ialah satu langkah penting dalam strategi pengukuhan TRIGO dalam pasaran perkhidmatan kualiti aeroangkasa Eropah. Ia bakal mengukuhkan kedudukan MAVE dengan membawakan syarikat yang sebahagian besarnya dari Sepanyol ini ke peringkat antarabangsa.

generated by system

MAVE ialah perintis bagi perkhidmatan kualiti sumber luar untuk sektor aeroangkasa di Sepanyol, dan syarikat ini telah berkhidmat untuk Airbus dan pelanggan-pelanggan lain menerusi kepakarannya dalam pemeriksaan kualiti, jaminan kualiti, pengukuran dan penyelesaian penyelenggaraan peralatan. Para pengasas MAVE bakal bersara dan syarikat akan diuruskan oleh Antonio Gomez, Pengurus Besar sejak awal tahun 2016.

TRIGO telah menembusi pasaran aeroangkasa Sepanyol pada tahun 2015 melalui pengambilalihan GLOBALQ. Bersama-sama MAVE, TRIGO akan mencapai pendapatan tahunan melebihi 70 juta euro dalam sektor aeroangkasa dan pengangkutan berat, melalui operasi-operasi penting di Sepanyol, Perancis dan Jerman, selain Amerika Utara dan juga Asia. Selepas pengambilalihan Böllinger dan Euro-Symbiose pada tahun 2016, pengambilalihan MAVE merupakan yang ketiga sejak ARDIAN, syarikat pelaburan persendirian, mula menyokong TRIGO pada pertengahan tahun 2016. TRIGO akan meneruskan strategi pengukuhan pasarannya dalam perkhidmatan kualiti untuk industri pengangkutan, seterusnya menawarkan penyelesaian yang cekap ke seluruh dunia untuk para pelanggan antarabangsanya yang didorong oleh inovasi.

"TRIGO berasa bangga untuk mengalu-alukan MAVE ke dalam Kumpulan," kata Matthieu Rambaud, Ketua Pegawai Eksekutif TRIGO dan Benoit Leblanc, Naib Presiden Eksekutif Eropah. "Kami amat yakin penggabungan MAVE dalam TRIGO, bersama-sama GLOBALQ, akan memberi manfaat kepada pelanggan kami di Sepanyol dan seluruh dunia dari segi kecekapan, kepakaran dan kapasiti inovasi. Kami sangat gembira mengalu-alukan rakan-rakan sekerja baharu kami daripada MAVE dan berharap dapat melihat mereka menikmati peluang-peluang pembangunan baharu dalam Kumpulan kami."

"Dengan TRIGO, kami menemukan pemeroleh yang kami hajati demi masa depan MAVE, para pelanggan dan juga kakitangannya," tambah Joaquin Arregui, Pengasas MAVE dan Carlos Maria-Tomé Arnal, Naib Presiden Eksekutif. "TRIGO dan MAVE berkongsi nilai yang sama. Kami ingin berterima kasih kepada pelanggan kami kerana mempercayai MAVE dan kakitangan kami kerana berjaya merealisasikan kejayaan kami setakat ini, serta kerana terus berbangga dan fokus untuk mencipta kejayaan pada masa depan dalam TRIGO."

Maklumat lanjut: 

https://www.trigo-group.com/press_relations-10-en.htm?id=133&utm_source=prnewswire&utm_medium=pr-article&utm_campaign=mave

http://www.maveaeronautica.com

http://www.ardian.com 

Hubungi
Emmanuel MARQUIS | Naib Presiden Eksekutif Aeroangkasa dan Talian Perniagaan Pengangkutan Berat, TRIGO |
+33787108883 | emmanuel.marquis@trigo-group.com
Carlos Maria-Tome ARNAL | Naib Presiden Eksekutif Mave Aeronautica | +34956265245 | c.mariatome@maveaeronautica.es

Source: TRIGO Group, MAVE AERONAUTICA and ARDIAN
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Acquisitions, mergers, takeovers