omniture

Wiski Mengagumkan Kavalan Raih Tiga Trofi dalam Hanya Dua Tahun

Kavalan
2017-07-31 08:44 903

TAIPEI, Taiwan, 31 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Kavalan, wiski terunggul Taiwan, sekali lagi membolot anugerah paling berprestij dalam kategorinya, kali ini di Pertandingan Wain dan Minuman Beralkohol Antarabangsa (IWSC) yang diumumkan pada 26 Julai.

Kavalan Solist Ex-Bourbon Kepekatan Tong Tunggal raih Trofi IWSC 2017
Kavalan Solist Ex-Bourbon Kepekatan Tong Tunggal raih Trofi IWSC 2017

 

Dalam tempoh dua tahun, kemenangan ini menjadikan jumlahnya sebanyak tiga Trofi bagi Kavalan Solist Ex-Bourbon Kepekatan Tong Tunggal, yang juga dianugerahkan Trofi di Cabaran Minuman Beralkohol Antarabangsa (ISC) bagi tahun kedua berturut-turut pada awal Julai.

Ketua Pegawai Eksekutif Kavalan, En. YT Lee, berkata Ex-Bourbon kini telah dinamakan wiski terbaik di Seluruh Dunia oleh dua pertandingan yang sangat dihormati.

"Sejak kami merintis wiski 10 tahun lalu, kualiti sentiasa menjadi keutamaan kami kerana misi kami ialah untuk menghasilkan wiski bertaraf dunia di Taiwan," kata En. Lee.

Ex-Bourbon juga mengaut Emas Terunggul dan empat lagi wiski Kavalan dianugerahkan Emas IWSC:

  • Wiski Malt Tunggal Solist Moscatel Sherry, Kepekatan Tong Tunggal
  • Wiski Malt Tunggal Solist Vinho Barrique, Kepekatan Tong Tunggal
  • Wiski Malt Tunggal Klasik Kavalan
  • Wiski Malt Tunggal Kavalan Distillery Reserve (Tong Peaty)

Selaku perintis bagi wiski Taiwan, Kavalan berjaya meraih anugerah tertinggi dalam industri secara berturut-turut. Solist Amontillado Sherry Kepekatan Tong Tunggal dipilih sebagai "Wiski Malt Tunggal Tong Tunggal Terbaik Dunia" pada tahun 2016 oleh Anugerah Wiski Dunia (WWA) yang berprestij manakala Solist Vinho Barrique meraih anugerah "Wiski Tong Tunggal Terbaik Dunia" 2015. 

Latar Belakang Kavalan Whisky

Kilang penyulingan wiski pertama Taiwan dikhususkan untuk seni pembuatan wiski malt tunggal sejak tahun 2006. Kavalan dimatangkan dalam keadaan lembap dan panas yang tinggi, dan turut memanfaatkan bayu laut dan gunung, selain mata air dari Gunung Salji, yang digabungkan untuk menciptakan rasa berkrim Kavalan yang terkenal. Nama kilang penyulingan ini berasal daripada nama lama Wilayah Yilan, iaitu lokasi kilang, dan disokong oleh 30 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induknya, King Car Group. Kavalan telah mengumpul lebih 230 anugerah emas dan boleh didapati di 60 buah negara. Layari www.kavalanwhisky.com/EN/main.aspx

Hubungan Media:

Yvonne Chou 
886-3922-9000#7162 
yvonne@kavalandistillery.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170727/1908239-1

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Awards