omniture

Guangzhou Anjur Dialog Tempatan berhubung Pendekatan Terbuka dan Inovatif untuk Perkembangan Ekonomi

Guangzhou News Center
2017-07-31 09:17 682

SHANGHAI, 31 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Kerajaan perbandaran Guangzhou mengadakan satu forum di Shanghai pada hari Khamis lalu bagi membincangkan perspektif terbuka dan pendekatan inovatif terhadap perkembangan ekonomi yang berterusan. Guangzhou dan Shanghai berperanan sebagai bandar pusat negara yang penting, dan berkembang menjadi hab-hab antarabangsa utama yang mana kedua-dua ibu kota ini menyediakan peluang-peluang pertumbuhan dan pembangunan China untuk pengusaha domestik dan juga perusahaan global. Kedua-dua kawasan ini menjadi tumpuan bagi sejumlah 115 firma Cina yang berada dalam senarai Fortune Global 500 2017, dan turut menarik perhatian firma-firma luar negara terkemuka. Acara tersebut mengalu-alukan kehadiran para pegawai kerajaan, eksekutif-eksekutif daripada syarikat-syarikat perusahaan antarabangsa yang terkemuka selain Clay Chandler, Editor Eksekutif, Antarabangsa, Time Inc. serta Pengerusi Bersama Forum Fortune Global.

Guangzhou ialah pusat perdagangan antarabangsa kontemporari serta hab pengangkutan moden yang penting, mewakili salah satu pembaharuan dan kawasan terbuka terawal di China. Ia juga pernah tersenarai sebagai "Bandar Peluang" utama sebanyak dua kali oleh PricewaterhouseCoopers dan Yayasan Penyelidikan Pembangunan China. Pada tahun 2016, jumlah jualan barangan Guangzhou mencecah lebih USD 831.3 bilion, manakala jumlah import dan eksport pula mencecah USD 129.7 bilion. Momentumnya masih lagi berterusan. Pada suku pertama tahun 2017, 508 perusahaan pelaburan langsung asing ditubuhkan di Guangzhou, bersamaan dengan USD 1.886 bilion penggunaan sebenar modal asing.

Pada tahun 2016, jumlah purata penumpang domestik dan luar negara di rantau ini mencecah 59.78 juta penumpang dengan kapasiti pengendalian kargo sebanyak 1.638 juta tan, dan pada tahun 2017, Guangzhou akan meningkatkan jumlah laluan penerbangan antarabangsanya sehingga 15 laluan, daripada 149 menjadi 164. Sementara itu, Guangzhou terus mengikuti strategi bertumpu inovasi sebagai kuasa pembimbing untuk memacu pembangunan bandar tersebut. Telah terdapat lebih lapan juta meter persegi inkubator sains dan teknologi berteknologi tinggi di rantau tersebut, dengan lebih 120,000 syarikat teknologi dan syarikat inovatif membentuk tumpuan penting untuk industri-industri baru muncul seperti Internet, biofarmaseutikal, bahan-bahan baharu, robot perindustrian, dron berautonomi, pencetakan 3D dan banyak lagi.

Cai Chaolin, Standing member of CPC Guangzhou Committee and Deputy Director of 2017 Fortune Global Forum Organizing Committee, is giving a speech at the roadshow
Cai Chaolin, Standing member of CPC Guangzhou Committee and Deputy Director of 2017 Fortune Global Forum Organizing Committee, is giving a speech at the roadshow

Satu inisiatif baharu antara Wilayah Guangdong, Hong Kong dan Kawasan Pentadbiran Khas Macau (SAR) juga bermatlamat untuk mengukuhkan kolaborasi di seluruh rantau dan membantu menyokong China dalam usahanya untuk terus bersifat terbuka kepada dunia. Inisiatif 'Kawasan Teluk Lebih Besar' ini telah menjadi topik perbincangan utama dalam kalangan ilmuwan dan usahawan dari kedua-dua bandar. Mengulas tentang hal ini, Cai Chaolin, Ahli Tetap Jawatankuasa CPC Guangzhou dan Pengarah Jawatankuasa Eksekutif Forum Fortune Global 2017 berkata: "China sedang merangka pelan pembangunan untuk Kawasan Teluk Lebih Luas Guangdong-Hong Kong-Macau" bagi membangunkan Kawasan Teluk Lebih Besar itu menjadi Kawasan Teluk keempat bertaraf dunia selepas New York, San Francisco dan Teluk Tokyo. Sebagai tiga bandar pusat, Guangzhou, Shenzhen, Hong Kong, berserta Macau akan bekerjasama untuk menerajui beberapa kawasan paling menarik dari segi ekonomi di dunia bagi membentuk aglomerasi bandar bertaraf dunia tatkala China terus mewujudkan tahap kerjasama ekonomi dan daya saing di peringkat global. Kluster bandar ini turut bekerjasama di peringkat antarabangsa bagi mengukuhkan usaha inovasi dan pembangunan. Potensi pertumbuhan masa depan, prospek saintifik dan teknologi serta prospek perniagaan di sini amat menakjubkan."

Selain Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau ialah Daerah Pembangunan Guangzhou, yang merupakan ekonomi berorientasikan eksport yang mendapat manfaat daripada banyak kelebihan industri di Kawasan Teluk. Tiga kluster industri yang berada di sini telahpun diwujudkan, mencakupi maklumat elektronik, kejuruteraan kimia dan automobil, dan mencecah nilai sekitar USD 14.85 bilion, dengan empat kluster industri tambahan—merangkumi bahan-bahan baharu, makanan dan minuman, kerja logam dan kesihatan biologi –mencecah nilai sekitar USD 7.43 bilion. Daerah ini menyumbang sebanyak 40 peratus nilai industri dan satu pertiga daripada penggunaan modal asing di Guangzhou, selain mewakili zon teras bagi membantu mewujudkan bandar tersebut sebagai hab antarabangsa untuk inovasi sains dan juga teknologi.

Daerah Pembangunan Guangzhou terus meningkatkan persekitarannya untuk pelaburan dan kemudahan perdagangan, serta membangunkan pembaharuan untuk perniagaan demi memupuk persekitaran pelaburan, operasi dan pembangunan yang lancar. Selain menyokong industri pengilangan yang canggih, industri perkhidmatan moden, ekonomi ibu pejabat dan industri berteknologi tinggi serantau--atau empat "10 Emas" --daerah tersebut turut memperkenalkan beberapa dasar perlindungan bakal dan harta intelek global.

Zon Perdagangan Bebas Nansha Guangdong memainkan peranan penting dalam membantu meneroka kolaborasi yang kukuh antara Guangdong, Hong Kong dan Macau, khususnya berhubung industri saintifik dan teknologi, pemerolehan bakat dan kerjasama, inovasi dan banyak lagi. Persekitaran perniagaan keseluruhan turut menyaksikan pertumbuhan dan perkembangan yang selanjutnya. Menjelang akhir Jun 2017, jumlah syarikat perusahaan baharu yang ditubuhkan di Zon Perdagangan Bebas Nansha meningkat sebanyak 30,221 syarikat.

Dengan kesemua momentum positif ini, Guangzhou terpilih sebagai bandar ideal untuk menganjurkan Forum Fortune Global 2017, dijadualkan pada 6-8 Disember, yang bakal menghimpunkan para pemimpin dunia dan ketua-ketua perniagaan global bagi membincangkan masa depan ekonomi dan juga perkembangan ekonomi.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170727/1908271-1-a

Source: Guangzhou News Center
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Trade show news