omniture

Traveloka dan "Asia's Got Talent" AXN Mengajak Semua di Asia Kejar Impian Mereka

Traveloka
2017-08-01 17:34 609

SINGAPURA, 1 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Traveloka, aplikasi utama Asia Tenggara untuk segala keperluan berkaitan hotel dan penerbangan, mengumumkan penyertaannya dalam musim kedua siri paling hebat AXN, "Asia's Got Talent", rancangan pertunjukan bakat terbesar dan paling diiktiraf di Asia, semasa sidang akhbar hari ini di Muzium ArtScience, Singapura.

Traveloka dan "Asia's Got Talent" AXN Mengajak Semua di Asia Kejar Impian Mereka
Traveloka dan "Asia's Got Talent" AXN Mengajak Semua di Asia Kejar Impian Mereka

Traveloka, penaja semasa untuk program ini, menyatakan keterujaan mereka kerana dapat menjadi sebahagian daripada rancangan pertunjukan bakat yang paling dinanti-nantikan di rantau ini. "Traveloka teruja dapat bekerjasama dengan 'Asia's Got Talent' yang membolehkan kami melihat nilai perkongsian bersama antara Traveloka dan rancangan tersebut. Saban hari, berjuta-juta orang akan membuka aplikasi Traveloka sebagai langkah pertama untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan. Ia menawarkan pengalaman tempahan yang mesra pengguna dan pelbagai pilihan penerbangan serta penginapan pada harga hebat, kesemuanya demi membantu pengembara tiba di destinasi yang mereka inginkan dengan lancar. Selaku aplikasi utama untuk segala keperluan berkaitan hotel dan penerbangan di Asia Tenggara, kami berasa teruja untuk memperkasa bakat rantau ini dan langkah perjalanan mereka menuju kejayaan berserta sokongan keluarga serta rakan-rakan mereka," kata Christian Suwarna, Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan Traveloka.

Sejak tahun 2015, Traveloka mula berkembang ke negara-negara Asia Tenggara dengan kehadiran di 6 negara Asia Tenggara: Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina, menjadikan Traveloka sebagai syarikat pelancongan dalam talian terbesar di rantau ini. Bersama lebih 1,000 kakitangan, Traveloka terus memberikan pengalaman perjalanan hujung-ke-hujung yang terbaik. Traveloka menyediakan pelbagai pilihan keperluan pelancongan dalam satu platform, menawarkan perkhidmatan tempahan perjalanan ke pelbagai destinasi. Ia telah menjadi objektif utama Traveloka untuk memastikan orang ramai dapat merancang perjalanan mereka dengan mudah melalui Traveloka yang boleh diakses melalui komputer meja, laman sesawang mudah alih dan aplikasi mudah alih (Android dan iOS) pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Aplikasi mudah alih Traveloka telah dimuat turun sebanyak lebih 20 juta kali.

"Kami berasa teruja mengalu-alukan Traveloka ke dalam keluarga Asia's Got Talent musim kedua. Kekuatan AXN adalah dalam menghasilkan bahan penerbitan asli yang hebat yang memenuhi citarasa penonton, dan menggabungkan jenama-jenama rakan kongsi dengan lancar demi memberikan impak maksimum. Kami berharap dapat menjalin kerjasama dengan Traveloka bagi merealisasikan impian para penghibur kami yang bercita-cita tinggi sewaktu mereka memulakan langkah perjalanan dalam Asia's Got Talent untuk menjadi bintang pujaan," kata Jacqueline Tok, Naib Presiden Jualan Media dan Tajaan, Sony Pictures Television Networks, Asia.

Bagi musim Asia's Got Talent kali ini, Traveloka akan turut menyampaikan Anugerah Traveloka. Ini merupakan inisiatif Traveloka untuk menyampaikan anugerah kepada pemenang terpilih yang mempunyai kisah paling menginspirasikan di rantau ini. Kisah yang paling menginspirasikan ini akan dipilih berdasarkan keunikan bakat peserta dan hubungan kisah mereka dengan keluarga serta rakan taulan. Setiap minggu, sepanjang lima episod pertama, dua aksi akan diketengahkan dan kisah-kisah mereka akan disiarkan dalam talian. Pada penghujung episod kelima, penonton boleh mengundi aksi paling menginspirasikan, dan aksi tersebut akan menerima hadiah utama daripada Traveloka.

Siri-siri yang memecah rekod kembali ke AXN pada bulan Oktober tahun ini, bagi menghiburkan penonton melalui 10 episod merangkumi ujibakat bersama lima hakim, tiga pusingan separuh akhir, peringkat akhir dan rancangan keputusan yang mana pemenang akan diumumkan, dan dianugerahkan hadiah wang tunai bernilai USD 100,000 daripada Traveloka.

"Melalui Asia's Got Talent 2017, kami ingin terus menggalakkan orang ramai di rantau ini untuk percaya dan mengejar impian mereka di samping tekal menyediakan pengalaman perjalanan terbaik menerusi kesemua produk kami, khususnya untuk penduduk di Asia Tenggara," simpul Suwarna.

Latar Belakang Traveloka

Traveloka ialah syarikat pelancongan dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang menyediakan pelbagai pilihan keperluan pelancongan dalam satu platform. Traveloka boleh diakses melalui komputer meja, laman sesawang mudah alih dan aplikasi mudah alih (Android dan iOS) pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Pada masa kini, aplikasi mudah alih Traveloka telah dimuat turun sebanyak lebih 20 juta kali. Traveloka turut menjalin kerjasama dengan lebih 100 syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa, serta menyediakan perkhidmatan kepada lebih 200,000 laluan berbeza di seluruh Asia Pasifik dan Eropah. Traveloka menyenaraikan lebih 300,000 hotel di lebih 28 negara. Sistem pembayaran yang selamat, pelbagai kaedah pembayaran, pengalaman pengguna yang mudah, khidmat pusat panggilan selama 24 jam, dan juga harga yang rendah serta telus setiap hari tanpa bayaran tempahan, merupakan perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Traveloka kepada pelanggan, mendayakan gaya hidup mobiliti.

Untuk maklumat lanjut tentang Traveloka, sila layari http://www.traveloka.com atau melalui media sosial; Facebook (https://www.facebook.com/Traveloka), Instagram (http://www.instagram.com/traveloka) dan Twitter (https://twitter.com/traveloka).

Aplikasi mudah alih Traveloka boleh dimuat turun di Play Store dan iTunes App Store.

Latar Belakang AXN  

AXN ialah saluran hiburan umum yang terkemuka di Asia, memaparkan siri-siri drama terbaik yang eksklusif, filem-filem blokbuster, program-program realiti dan penerbitan asal yang menggemparkan. Saluran ini menjadi tarikan penonton arif yang mencari kandungan yang bijak, menarik dan tidak dijangka, kesemuanya disiarkan hampir serentak dengan siaran AS. Bermula dengan The Blacklist dan Quantico kepada MacGyver serta Amazing Race Asia, AXN ditentukan bukan mengikut genre, tetapi berdasarkan gaya yang benar-benar menakrif semula aksi.

Pertama kali dilancarkan di Asia pada tahun 1997, AXN ialah jenama saluran bertaraf global yang turut berada di Amerika Latin, Afrika dan Eropah. Di Asia, saluran ini dinikmati oleh 126 juta isi rumah merentasi 19 wilayah dan tersedia dalam SD dan HD.

AXN Asia dimiliki sepenuhnya oleh Sony Pictures Entertainment dan diurus oleh Sony Pictures Television Networks, Asia, yang turut mengendalikan saluran-saluran terkemuka termasuk Animax, Sony Channel, ONE dan GEM.

Sebarang maklumat:

Malaysia:
Tengku Aimie
Edelman Malaysia
Tengku.Aimie@edelman.com

Afra Irhami
Edeman Indonesia
afra.irhami@edelman.com
P : +6221 72159000  / + 6281390006451

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170727/1908262-1

 

Source: Traveloka
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Television Awards