omniture

UST Global Diiktiraf Melalui Anugerah 'Pro Patria' oleh Employer Support of the Guard and Reserve (ESGR), Negeri California

UST Global
2017-08-02 03:17 503

ALISO VIEJO, California, 2 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Sempena inisiatif 'Step IT Up America' buat golongan Veteran  

UST Global, sebuah syarikat perkhidmatan teknologi digital terkemuka, ialah penerima bertuah anugerah 'Pro Patria' oleh jawatankuasa Employer Support of the Guard and Reserve (ESGR) Negeri California. Anugerah ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap usaha syarikat untuk komuniti veteran sebagai sebahagian daripada program 'Step IT Up America'. 'Pro Patria' ialah penghormatan tertinggi yang diberikan untuk majikan atas sokongan terhadap kakitangan Pengawal dan Simpanan Kebangsaan di California.

generated by system

UST Global terpilih untuk menerima anugerah 'Pro Patria' bersama lebih 4,000 penyertaan yang diterima oleh ESGR tahun ini. Sajan Pillai, Ketua Pegawai Eksekutif UST Global menandatangan Kenyataan Sokongan ESGR sebagai simbol untuk mengesahkan komitmen syarikat terhadap anggota-anggota Pengawal dan Simpanan Amerika Syarikat, dalam sebuah majlis penyampaian anugerah yang simbolik. Penyokong SIUA utama BG Moore, Ketua Kakitangan, UST Global, menerima pengiktirafan istimewa atas komitmen beliau terhadap kecemerlangan dan kepimpinan.

Sajan Pillai, Ketua Pegawai Eksekutif, UST Global, berkata, "Menerusi program 'Step IT Up America' kami, kami telah merintis model tenaga kerja yang unik dan mampan di Amerika Syarikat. Anugerah 'Pro Patria' daripada jawatankuasa ESGR Negeri California adalah bukti usaha kami dalam memberi sokongan kepada komuniti veteran. ESGR memainkan peranan penting dalam menyediakan calon yang tepat untuk program SIUA kami. Program ini menyampaikan ilmu pengetahuan & kemahiran yang diperlukan melalui kurikulum yang dirancang dengan teliti dan menempatkan mereka dalam pelbagai peranan teknologi termasuk domain-domain penting seperti keselamatan siber. Hasil kejayaan program Step IT Up kami di AS, kami akan membawanya ke negara-negara lain."

Jim Combs, Pengerusi California, Employer Support of the Guard and Reserve berkata, "Bagi pihak Setiausaha Pertahanan, jawatankuasa Employer Support of the Guard and Reserve (ESGR) California berbangga untuk menyampaikan anugerah 'Pro Patria' yang berprestij kepada UST Global. Anugerah ini memperlihatkan sokongan luar biasa yang diberikan oleh UST Global kepada kakitangannya yang telah menyahut dan terus menyahut panggilan negara mereka untuk berkhidmat sebagai anggota dalam Pengawal dan Simpanan. UST Global menunjukkan sokongan terbaik kepada golongan veteran, kakitangan Pengawal dan Simpanan melalui kepimpinan dan amalan yang didayakan mereka, termasuk pelaksanaan dasar kakitangan yang menjadikannya lebih mudah untuk kakitangan menyertai Pengawal dan Simpanan Kebangsaan. UST Global diiktiraf oleh Jabatan Pertahanan untuk tersenarai sebagai antara 30 syarikat terbaik di Amerika Syarikat. Anugerah 'Pro Patria' ialah anugerah peringkat tertinggi yang boleh dikurniakan oleh Jawatankuasa ESGR California." 

Employer Support of the Guard and Reserve (ESGR) ialah program Jabatan Pertahanan yang membangunkan dan menggalakkan persekitaran kerja yang bersifat menyokong untuk anggota-anggota Perkhidmatan dalam Komponen Simpanan melalui khidmat bantuan, pengiktirafan dan peluang pendidikan yang meningkatkan kesedaran terhadap undang-undang yang terpakai dan menyelesaikan konflik pekerjaan antara anggota-anggota Perkhidmatan dan majikan mereka. ESGR menggalakkan kerjasama dan tempat kerja yang selamat untuk semua Anggota Perkhidmatan Komponen Simpanan, menjadikan mereka calon yang ideal dalam bidang teknologi (STEM).

Dilancarkan pada tahun 2013, inisiatif 'Step IT Up America' (SIUA) UST Global ialah program kebangsaan yang menyediakan formula yang amat berkesan untuk menggaji wanita dan golongan veteran dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta mengiktiraf mereka sebagai golongan yang paling tepat untuk beralih kepada pekerjaan dalam bidang teknologi yang penting. Golongan wanita dan veteran yang terpilih menjalani program intensif menurut beberapa aspek dalam bidang IT termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Pemprograman Java, Analisis Perniagaan, Jaminan Kualiti dan Penyelarasan Projek. Program ini berjaya menyediakan tempat untuk beratus-ratus individu, berkhidmat untuk demografi yang secara tradisinya kurang diwakili dalam bidang yang semakin berkembang dan penting ini.

Sajan Pillai, Ketua Pegawai Eksekutif, UST Global, berucap pada perhimpunan di majlis penyampaian Anugerah ESGR - https://www.youtube.com/watch?v=5qPQIa_fIX4

Latar Belakang UST Global 

UST Global® ialah sebuah syarikat perkhidmatan teknologi digital yang berkembang pesat, menyediakan penyelesaian pengkomputeran dan digital canggih kepada syarikat-syarikat perusahaan bersaiz besar dan awam di seluruh dunia. Dipacu oleh tujuan yang lebih besar untuk 'Mengubah Kehidupan' dan falsafah 'sedikit pelanggan, lebih perhatian', kami membawakan semangat keusahawanan yang mencari laluan terpantas menuju nilai dalam ekonomi digital masa kini. Perkhidmatan teknologi kami yang inovatif dan program sosial rintis berjaya menonjolkan syarikat kami. UST Global beribu pejabat di Aliso Viejo, California dan beroperasi di 21 negara. Para pelanggan kami terdiri daripada syarikat-syarikat Fortune 500 dalam sektor Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan, Penjagaan Kesihatan, Insurans, Peruncitan, Teknologi Tinggi, Pembuatan, Penghantaran dan Telekomunikasi. UST Global percaya dalam membina hubungan perniagaan yang berkekalan dan strategik melalui model-model penglibatan global yang tangkas serta berpusatkan pelanggan yang menggabungkan antara kepakaran & sumber tempatan dengan kelebihan kos, skala dan kualiti operasi-operasi global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.ust-global.com

Maklumat Perhubungan Media:
Manoj M Mani
Manoj.Mattamana@ust-global.com
+91-9632000553

Perhubungan Media
Media.Relations@ust-global.com

 

Source: UST Global
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Workforce Management/Human Resources Awards Veterans