omniture

Oud Essentials Aktif dalam Pasaran Pemindahan - Lebih Ramai Pakar Industri Sertai Jenama Baharu, Dinamik

Oud Essentials
2017-08-02 16:22 934

GENEVA, 2 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Oud Essentials, jenama penjagaan kulit, gaya hidup dan kesihatan yang telahpun memberi impak kepada industri yang amat berdaya saing, dengan bangganya mengumumkan perekrutan lebih ramai ahli-ahli profesional industri pemasaran sosial yang mempunyai pengalaman dan kelayakan yang diperlukan bagi mengubah syarikat menjadi entiti global dalam tempoh masa yang singkat.

Oud Essentials' office and training centre in Kuala Lumpur, Malaysia.
Oud Essentials' office and training centre in Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Ready for launch. Headliners in the Oud Essentials range of skincare products and accessories.
Ready for launch. Headliners in the Oud Essentials range of skincare products and accessories.

Selepas pelantikan Christina Tang baru-baru ini – pernah berkhidmat untuk Nu Skin, Neways dan Tupperware di Singapura dengan pengalaman indusri selama lebih 18 tahun – sebagai Pengurus Negara, Singapura, dan Katherine Loh, yang memegang jawatan sebagai Pengurus Negara, Malaysia, setelah menyandang jawatan di Elken, Herbalife dan Sophie Paris, Oud Essentials berbesar hati kerana berpeluang mengumumkan lebih ramai 'pengambilan individu' berprofil tinggi tatkala syarikat bersiap sedia untuk memperkenalkan namanya ke persada dunia.

Jonathan Lim kini menyertai syarikat sebagai Pengurus Negara, Filipina, setelah mencipta reputasi yang amat baik untuk diri beliau sebagai Ketua Bahagian Jualan, jurulatih dan mentor di Amway Philippines LLC, dan beliau bakal bekerja bersama Vanessa del Rosario, yang mempunyai pengalaman industri selama lebih 12 tahun dan merupakan alumni Elken dan Nu Skin.

"Tidak kira betapa bagusnya produk anda," kata Andrew Leci, Ketua Pegawai Wawasan, Oud Essentials, "atau sejauh mana menariknya model perniagaan anda. Syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi berdiri teguh kerana orang di dalamnya dan mendapatkan individu yang tepat adalah amat penting buat kami. Mujurlah, kami bukan sahaja merekrut individu yang 'terpesona' dengan visi kelestarian, kesedaran alam sekitar kami dan cara baharu yang lebih peka dalam menjalankan perniagaan, mereka benar-benar menyukainya."

"Nampaknya kami telah mencetuskan kesedaran mereka yang berada dalam industri," sambung Leci, "dan mereka menyukainya pendirian kami. Penggunaan minyak Oud 100% asli dan organik oleh kami dalam semua produk dan hakikat bahawa kesemua bahan-bahan kami diketahui asal usulnya, diperoleh secara lestari dan beretika, telah menjadi nilai yang dikongsi bersama dalam model perniagaan kami yang dipersetujui oleh semakin ramai individu."

Berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan bakal bekerja bersama Katherine Loh ialah Tiffaney Teo, seorang siswazah dalam bidang Pemakanan dan Kesihatan Komuniti yang menyandang jawatan sebagai Jurulatih Kanan Produk setelah berkhidmat di Elken dan NuCerity. Beliau akan turut disertai oleh Adrian Kam pada bulan Ogos 2017 – Ketua Pemasaran Digital – yang mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam syarikat-syarikat yang beliau pernah berkhidmat sebelum ini di Avon, Amway dan Qi Group.

Bakal memimpin kesemua operasi Asia Pasifik bersama-sama ialah Ketua Pegawai Kewangan yang baru dilantik, Chang Chiek Fui – sebelum ini pernah berkhidmat dalam Avon, Amway dan Sophie Paris di Indonesia – yang membawakan pengalaman selama lebih 20 tahun ke dalam syarikat dalam bidang kewangan dan pembangunan perniagaan.

"Sewaktu kami mula menubuhkan syarikat ini," simpul Leci, "kami sedia maklum bahawa menghimpunkan pasukan yang tepat bersama-sama akan menjadi suatu asas yang penting. Dewasa ini, perkara yang kami tidak sedari ialah sejauh mana pentingnya untuk golongan profesional industri yang begitu berpengalaman juga menerima konsep untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang lebih peka dan mencuba membawa perubahan kepada dunia. Kini, kami mempunyai produk yang hebat dan individu hebat, kesemuanya yakin dengan apa yang kami lakukan dan mempunyai semua pengalaman dan set kemahiran bagi mengubah impian mereka menjadi kenyataan. Hakikat bahawa mereka semua mempunyai kerjaya cemerlang dalam syarikat-syarikat yang begitu mantap dan bereputasi dalam industri adalah bonus utama."

Dengan minat yang semakin mendapat momentumnya, dan industri ultra kompetitif yang rancak, jelas sekali bahawa Oud Essentials akan menarik minat sejumlah pengguna peka yang semakin meningkat yang ingin mengetahui asal usul produk yang mereka gunakan, selain cara dan individu yang menghasilkannya.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Marine Adenin
Emel:
marine@oudessentials.com  
Tel: +41-79-171-27-25

Latar Belakang Oud Essentials

Jenama baharu, wajah baharu dan nama baharu dalam industri penjagaan kulit global, Oud Essentials meningkatkan ciri-ciri dan kualiti luar biasa gaharu dan minyak Oud menerusi rangkaian produk yang dihasilkan untuk menjadi sebahagian daripada regimen penjagaan kulit dan satu pendekatan terhadap gaya hidup sihat yang menghayati sebuah kisah pembuatannya selama ribuan tahun.

Menerusi produk sebenar untuk individu sebenar dalam dunia sebenar, rangkaian produk penjagaan kulit Oud Essentials, berserta barangan kemas direka indah dan campuran semula jadi yang dirumus untuk menggalakkan kesejahteraan rohani dan fizikal, mewujudkan semangat inovasi dan daya kreativiti yang rintis, dengan memberi penghormatan terhadap alam sekitar, masyarakat, dan konsep kelestarian yang kini merupakan satu kepentingan buat kita semua.

Kesemua minyak Oud yang digunakan dalam rangkaian produk Oud Essentials diperoleh secara lestari, dihasilkan secara beretika di ladang-ladang yang dimiliki dan/atau diurus oleh Asia Plantation Capital yang pernah memenangi anugerah – peneraju global dalam sektor perhutanan lestari. Ia mendapat kelulusan penuh serta semua pensijilan berkaitan daripada CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170731/1909896-1-a 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170731/1909896-1-b

 

Source: Oud Essentials
Keywords: Banking/Financial Service Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Personnel announcements