omniture

Kerui Petroleum tandatangani kontrak usaha sama berpangkalan di Malaysia sempena OGA 2017

Keruigroup
2017-08-03 13:40 972

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Majlis perasmian Minyak dan Gas Asia (OGA) 2017 yang berlangsung selama tiga hari, iaitu pameran tahunan utama untuk industri tenaga, diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di ibu negara Malaysia pada 11 Julai lalu. Pameran ini merangkumi 9 dewan dan menjadi tuan rumah untuk 11 astaka antarabangsa. Kira-kira 2,000 syarikat dari 60 negara mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka dalam acara ini.

Kerui Petroleum menandatangani kontrak dengan syarikat Malaysia, Emerging EPC Sdn Bhd bagi membentuk satu usaha sama di negara ini.
Kerui Petroleum menandatangani kontrak dengan syarikat Malaysia, Emerging EPC Sdn Bhd bagi membentuk satu usaha sama di negara ini.

Ini merupakan kunjungan pertama Kerui Petroleum yang berpangkalan di China ke OGA dan ia terbukti menjadi acara yang amat membuahkan hasil. Dengan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Wan Zulkiflee sebagai saksi, Kerui Petroleum menandatangani kontrak dengan syarikat Malaysia, Emerging EPC Sdn Bhd untuk membentuk satu usaha sama di negara ini. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, mengunjungi kawasan pameran Kerui group pada hari perasmian acara ini, dan memberi pujian tinggi terhadap kekuatan keseluruhan syarikat dari segi pengeluaran peralatan, perkhidmatan teknologi, pelaburan dan operasi.

Pengurus Besar Kerui Petroleum Bahagian Asia Pasifik - Jiang Baohua menyebutkan tentang rancangan syarikat dalam satu temubual. Beliau menjelaskan bahawa, sejak beberapa tahun lalu, Kerui group telah mempercepatkan usaha peluasannya menembusi pasaran-pasaran luar negara selain memperluas skop produk serta perkhidmatannya. Menerusi produk berkualiti tinggi, reputasi yang baik dan jaringan perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif, syarikat dapat menyaksikan peningkatan berterusan dari segi kesedaran terhadap jenama mereka. Operasi-operasi Asia Pasifik Kerui menyediakan sistem pemasaran termaju dan komprehensif secara berperingkat-peringkat dan jaringan perkhidmatan mencakupi seluruh Asia Tenggara: menubuhkan pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di Singapura dan memiliki WEFIC®, subsidiari milik penuh yang berpangkalan di Singapura, mengkhusus dalam perkhidmatan kejuruteraan medan minyak; membangunkan kemudahan perkhidmatan di Thailand yang memberi tumpuan terhadap bekalan alat-alat ganti, pemasangan dan penyelenggaraan peralatan penggerudian dan cari gali; serta membuka cawangan-cawangan di beberapa negara termasuk India, Indonesia dan Pakistan, selain menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan pengawasan yang mudah dan cekap.

Menurut En. Jiang, sejak penembusan firma ke Malaysia pada tahun 2015, Kerui Petroleum telah memberi tumpuan untuk meneruskan kehadiran tempatan mereka. Pembentukan usaha sama baharu ini, yang mendayakan penyetempatan pemasangan produk-produk syarikat untuk pasaran Malaysia, dijangkakan akan memainkan peranan penting dalam peluasan portfolio perniagaan syarikat di negara-negara yang disasarkan oleh inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan kerajaan Cina, satu program untuk menggalakkan perdagangan antara China dengan negara-negara di seluruh dataran Eurasia. 

Asia Tenggara bukan sahaja titik tumpuan inisiatif tersebut, tetapi juga merupakan pasaran penting untuk Kerui Petroleum. Menerusi keupayaan mantap syarikat dalam menyepadukan sumber-sumber berkualiti tingginya termasuk produk, teknologi, sumber manusia, leveraj kewangan dan aset dalam sektor minyak dan gas, syarikat merancang untuk memanfaatkan sepenuhnya faedah tersembunyi dalam inisiatif Satu Jalur Satu Jalan. Usaha-usaha ini akan membolehkan syarikat menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada lebih ramai pelanggan, dan membantu mereka untuk menjadi lebih berjaya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170724/1904156-1

Source: Keruigroup
Keywords: Oil/Energy Utilities Contracts Joint ventures Trade show news