SINGAPURA, 3 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Mandarin Orchard Singapore, dengan kerjasama Rocket Entertainment, ingin memperkenalkan platform filem premium dalam bilik dengan percuma kepada kesemua 1,077 tetamu .
Platform ini memberikan tetamu berdaftar kepada seleksi filem blokbuster beraneka daripada studio-studio Hollywood yang terkemuka dalam tempoh lapan minggu selepas siaran global tanpa gangguan. Pada masa ini. Mandarin Orchard Singapore ialah salah satu daripada hanya tiga hotel di seluruh pulau ini yang menyediakan pengalaman hiburan yang dipertingkat di dalam bilik tetamu.
Para tetamu berpeluang menikmati filem-filem atas permintaan yang terkini, dengan hanya 90 saat iklan yang tidak boleh dilangkau sebelumnya, dan kefleksibelan untuk memainkan, berhenti sejenak atau meneruskan filem pada bila-bila masa sahaja.
Selama lebih daripada 40 tahun berada dalam industri ini, Mandarin Orchard Singapore hotel pemenang anugerah terus meneroka teknologi-teknologi baharu bagi menakrif semula pengalaman tetamu. Hal ini, digandingkan dengan penyediaan perkhidmatan dengan gaya lemah lembut, mesra dan prihatin Asia yang terkenal, membolehkan hotel ini kekal menjadi penginapan pilihan dalam kalangan pengembara yang mencari pengalaman hospitaliti Asia bertaraf dunia di tengah-tengah daerah membeli belah yang terkenal di Singapura.
Untuk menempah secara terus atau mendapatkan maklumat lanjut tentang Mandarin Orchard Singapore, layari www.meritushotels.com/orchard.
Maklumat Perhubungan Akhbar:
Olivia Woo
Pengurus, Komunikasi Pemasaran
Mandarin Orchard Singapore, by Meritus
T +65-6831-6051
olivia.woo@meritushotels.com
Francine Loh
Eksekutif, Komunikasi Pemasaran
Mandarin Orchard Singapore, by Meritus
T +65-6831-6140
francine.loh@meritushotels.com
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160616/8521603966LOGO