omniture

Mandarin Orchard antara hotel pertama di Singapura tawar filem atas permintaan dalam bilik percuma

Mandarin Orchard Singapore
2017-08-03 19:55 723

SINGAPURA, 3 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Mandarin Orchard Singapore, dengan kerjasama Rocket Entertainment, ingin memperkenalkan platform filem premium dalam bilik dengan percuma kepada kesemua 1,077 tetamu .

Platform ini memberikan tetamu berdaftar kepada seleksi filem blokbuster beraneka daripada studio-studio Hollywood yang terkemuka dalam tempoh lapan minggu selepas siaran global tanpa gangguan. Pada masa ini. Mandarin Orchard Singapore ialah salah satu daripada hanya tiga hotel di seluruh pulau ini yang menyediakan pengalaman hiburan yang dipertingkat di dalam bilik tetamu.

Para tetamu berpeluang menikmati filem-filem atas permintaan yang terkini, dengan hanya 90 saat iklan yang tidak boleh dilangkau sebelumnya, dan kefleksibelan untuk memainkan, berhenti sejenak atau meneruskan filem pada bila-bila masa sahaja.

Selama lebih daripada 40 tahun berada dalam industri ini, Mandarin Orchard Singapore hotel pemenang anugerah terus meneroka teknologi-teknologi baharu bagi menakrif semula pengalaman tetamu. Hal ini, digandingkan dengan penyediaan perkhidmatan dengan gaya lemah lembut, mesra dan prihatin Asia yang terkenal, membolehkan hotel ini kekal menjadi penginapan pilihan dalam kalangan pengembara yang mencari pengalaman hospitaliti Asia bertaraf dunia di tengah-tengah daerah membeli belah yang terkenal di Singapura.

Untuk menempah secara terus atau mendapatkan maklumat lanjut tentang Mandarin Orchard Singapore, layari www.meritushotels.com/orchard.

Maklumat Perhubungan Akhbar:

Olivia Woo
Pengurus, Komunikasi Pemasaran 
Mandarin Orchard Singapore, by Meritus 
T +65-6831-6051 
olivia.woo@meritushotels.com

Francine Loh
Eksekutif, Komunikasi Pemasaran 
Mandarin Orchard Singapore, by Meritus 
T +65-6831-6140 
francine.loh@meritushotels.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160616/8521603966LOGO

Source: Mandarin Orchard Singapore
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services