omniture

Shanghai Taohuayuan diperkenal julung kali di New York

Shanghai Gaoyu Real Estate Development Co., Ltd
2017-08-03 21:57 862

NEW YORK, 3 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Pada 5 Julai 2017 lalu, Persatuan UNESCO New York menganjurkan Forum Pemeliharaan dan Pembangunan Warisan Budaya Dunia. Forum ini mengundang wakil-wakil dan pakar-pakar dari negara dan bidang berbeza, seperti: arkitek, artis dan pengumpul. Tetamu-tetamu yang hadir termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri New Jersey Gordon Johnson; mantan Wakil Tetap Maldives dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ahmed Sareer; Naib Presiden Pengurusan Risiko Citibank, Henry Zhu; Ketua Pegawai Eksekutif News China Magazine, Tianbo Huang; Perunding Umum Kesatuan Cina Luar Negara Guangzhou Amerika, Jinrong Zhen; Pengarah Pemasaran daripada Sotheby's International Realty, Moni He; para Eksekutif daripada Shanghai Gaoyu Real Estate Development Co., Ltd. (pemaju Shanghai Taohuayuan) turut diundang untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut. Mantan anggota Kongres Ed Towns turut menyampaikan salam istimewa untuk forum ini.

The Shanghai Peach Garden project draws attention around the world at its grand debut presentation in New York
The Shanghai Peach Garden project draws attention around the world at its grand debut presentation in New York

Presiden Persatuan UNESCO New York, Yiling Li, berucap di forum ini. Beliau menekankan kepentingan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau turut mengesahkan kesan positif yang dapat diberikan oleh forum ini terhadap pertukaran budaya. Para peserta turut berkongsi teori lanjutan dan amalan global berhubung pemeliharaan budaya dan warisan. Seterusnya, para delegasi membincangkan cabaran dan kesukaran pemeliharaan budaya dan sejauh mana ia dapat diterapkan menerusi pembangunan komersial dan perancangan bandar. Selain itu, beberapa topik termasuk cara untuk menggabungkan warisan budaya dengan perdagangan dan pembandaran agar akhirnya mampu mencapai pembangunan lestari, turut ditinjau.   

Dengan topik utama yang memberi tumpuan terhadap cara untuk mencapai pembangunan lestari bagi warisan budaya dunia menerusi proses globalisasi dan pembandaran berterusan, forum ini, menerusi pertukaran idea mendalam dan dengan menjadikan projek Shanghai Taohuayuan di China sebagai perintis untuk melaksanakan inisiatif tersebut, berjaya mencapai persetujuan dalam beberapa pendapat melalui dialog yang meluas semasa forum berlangsung.

Shanghai Taohuayuan dipuji oleh pakar-pakar secara sebulat suara sebagai "tamadun global dan harta dunia" bagi aplikasi teknik-teknik pembinaan yang komprehensif yang dipinjam daripada taman-taman klasik Cina, penerapan nilai estetika kehidupan Cina tradisional dan disertai dengan gambar-gambar landskap Shanghai Taohuayuan yang indah dan mengagumkan.

Dalam forum ini, Persatuan UNESCO New York dan Shanghai Taohuayuan mewujudkan Perkongsian Strategik Budaya yang bakal Mempromosi 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Suzhou Taohuayuan, khususnya, satu lagi hasil karya seni bina dan projek yang serupa, Shanghai Taohuayuan, telah tersenarai dalam senarai teratas CNN bagi rumah paling mahal yang dijual pada tahun 2016, dengan nilaian taksiran sebanyak US$154 juta.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170731/1909929-1

Source: Shanghai Gaoyu Real Estate Development Co., Ltd
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Construction/Building Entertainment Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Travel Trade show news