omniture

KNOWCK bakal Tembusi Pasaran Bandar Pintar Asia Tenggara Dilengkapi Teknologi Papan Tanda Pintarnya

K-ICT Born2Global Centre
2017-08-04 06:16 890

SEOUL, Korea Selatan, 4 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- KNOWCK, berpangkalan di Seoul, Korea ialah peneraju pasaran bagi perisian papan tanda digital dan mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun dalam perkongsian pelaksanaan global. Langkah seterusnya untuk KNOWCK ialah pasaran Bandar Pintar Asia Tenggara menerusi teknologi papan tanda pintar berkeupayaan IoT.

KNOWCK is the Southeast Asian Smart City market with its IOT (Internet of Things) capable smart signage technology.
KNOWCK is the Southeast Asian Smart City market with its IOT (Internet of Things) capable smart signage technology.

Pusat Born2Global K-ICT, agensi kerajaaan utama Korea, mengumumkan bahawa baru-baru ini, KNOWCK menyempurnakan penempatan "Sistem Media Bangunan Pintar (SBMS)" yang menggunakan teknologi CloudCast dalam kompleks pangsapuri premium di Seoul (Seocho Prugio Summit oleh Daewoo E&C). Demi meneruskan kejayaan terbaru ini, KNOWCK akan menawarkan penyelesaian Bangunan Pintar ini kepada pasaran-pasaran utama di Asia Tenggara.

Dilengkapi dengan teknologi CloudCast KNOWCK, lebih 50 skrin paparan yang dipasang di seluruh kompleks pangsapuri kesemuanya dipantau dan dikawal melalui pelayan awan. Perkhidmatan ini termasuk papan buletin untuk pelbagai notis bermaklumat, berita dan skrin "alam semula jadi digital" yang memaparkan imej landskap alam semula jadi. Kandungan yang dipaparkan pada skrin-skrin ini boleh diurus dengan mudah dan lancar menggunakan aplikasi telefon pintar.

KNOWCK menerima Penghargaan Perdana Menteri "Anugerah Teknologi Multi-media Baharu" tahun ini dan Anugerah CEO KOBACO pada tahun 2015 untuk CloudCast. Pada tahun 2013, ia berjaya tersenarai sebagai antara 100 syarikat Red Herring Global. Sebuah syarikat yang mendapat pengiktirafan serentak dari dalam dan luar negara atas keupayaan teknologinya ialah satu pencapaian yang jarang berlaku untuk syarikat baharu Korea.

CloudCast ialah penyelesaian perusahaan papan tanda digital yang menghubungkan pelbagai jenis paparan heterogen, termasuk TV, paparan jalanan elektronik dan mukaan media lebih besar yang didapati pada bangunan-bangunan tinggi.

Antara stadium-stadium Olimpik Korea, stadium yang mempunyai pemasangan papan tanda digital terbesar ialah Phoenix Pyeongchang Resort. Papan tanda ini digunakan sebagai salah satu pemasangan media PR utama untuk Sukan Musim Sejuk Olimpik Pyeongchang, yang bakal diadakan pada bulan Februari 2018.

KNOWCK telahpun mula bekerjasama dengan rakan-rakan strategik di Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia. Tahun lalu, ia menandatangani MOU dengan syarikat telekomunikasi terbesar di Thailand.

Kini, ia sedang berbincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia dan Indonesia. Perkongsian ini akan membolehkan teknologi CloudCast ditawarkan kepada sejumlah bandar dan kawasan yang semakin bertambah di Asia Tenggara.

Untuk maklumat terperinci tentang KNOWCK, sila kunjungi https://www.cloud-cast.com/service/home?locale=en

Pihak untuk Dihubungi: Jina Lee, jlee@born2global.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170801/1911105-1

 

Source: K-ICT Born2Global Centre
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services