omniture

Warga Cina Malaysia belanja purata 20% gaji bagi perbelanjaan isi rumah

SweetRing
2017-08-04 10:19 784

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Ogos 2017 /PRNewswire/ --  Pasangan Cina Malaysia menyatakan mereka bersedia untuk berkongsi kegembiraan dan kesedihan mereka bersama-sama dan 70% responden tinjauan menyatakan mereka bersedia berkongsi membayar hutang pasangan mereka.

Setiap orang mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap ketaatan kepada ibu bapa, tugas utama merupakan penghormatan, kepatuhan, dan penjagaan ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua. Berapa banyak wang warga Cina Malaysia, yang meletakkan nilai yang sangat tinggi dalam ketaatan kepada ibu bapa, peruntukkan setiap bulan bagi perbelanjaan yang berkaitan dengan isi rumah? Aplikasi janji temu SweetRing mendedahkan hasil kajian dalam talian yang ditujukan kepada demografi, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia keturunan Cina rata-rata menghabiskan satu perlima daripada gaji mereka bagi perbelanjaan isi rumah. Pasangan Cina Malaysia bersedia untuk berkongsi segala-galanya dengan satu sama lain ketika mereka melalui susah dan senang bersama, dan ini termasuk membantu pasangan atau ahli keluarga suami atau isteri yang berhutang. Tujuh puluh peratus daripada mereka yang ditinjau sanggup berkongsi membayarkan hutang pasangannya.

Lebih daripada 90% suami memberi sokongan kewangan kepada ibu bapa mereka selepas perkahwinan dan 60% isteri menegaskan bahawa perkara yang sama perlu dilakukan untuk ibu bapa isteri.

Adakah anda boleh menerima keadaan sekiranya pasangan anda hanya memberi bantuan kewangan ibu bapanya sahaja selepas berkahwin? Lebih daripada 90% suami berkata ya, tetapi para isteri tidak setuju. Hampir 60% isteri menyatakan bahawa suami juga harus memberikan sokongan kewangan kepada ibu bapa isteri. Hasil menunjukkan bahawa pasangan perlu membincangkan kedudukan mereka tentang ketaatan kepada ibu bapa awal-awal lagi dan mendapatkan pandangan orang tua masing-masing mengenai subjek ini sebelum perkahwinan dalam usaha untuk mengelakkan konflik perkahwinan yang berkisar topik wang selepas perkahwinan.

Aplikasi janji temu SweetRing menemubual 500 lelaki dan 500 wanita dalam talian.

 

Source: SweetRing
Keywords: Banking/Financial Service Bridal Services Multimedia/Online/Internet Social Media Survey, Polls & Research