omniture

Trina Solar Dinilai sebagai Pengeluar Modul Terbaik oleh Organisasi Berwibawa AS

Trina Solar Limited
2017-08-04 14:11 1044

BEIJING, 4 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Trina Solar berjaya melepasi ujian pensijilan produk yang dijalankan oleh PV Evolution Labs ("PVEL" sebagai singkatan, subsidiari milik penuh DNV GL), dan dinilai sebagai pelaksana terbaik dalam Laporan Kad Mata Keandalan Modul 2017 yang dikeluarkan oleh DNV GL.

Program Kelayakan Produk (PQP) PVEL DNV GL ialah program bersepadu yang menggabungkan ujian keandalan modul dan prestasi penjanaan kuasa. Sebagai ujian pemusnah biasa, ujian pensijilan ini merangkumi ujian kitaran haba IEC 2-4x, ujian haba lembap, ujian penyinaran UV, ujian beban mekanikal dinamik, ujian kelembapan-beku, pengecilan PID dan ujian titik panas, dsb. Ujian PVEL adalah jauh lebih ketat berbanding beberapa ujian asas seperti ujian IEC dan UL dari segi keadaan dan turutan ujian, seterusnya ia terus menjadi cabaran besar terhadap keandalan produk.

Ujian DNV GL adalah ujian yang amat berwibawa dalam industri. Trina Solar memainkan peranan aktif dalam ujian DNV GL sejak tahun 2014. Dalam portfolio ujian ini, kebanyakan modul daripada Trina Solar berjaya melepasi ujian untuk keandalan produk berdasarkan kadar pengecilan kuasa kurang daripada 3%.

Trina Solar menjalankan proses kawalan kualiti yang ketat selain lebih 175 ujian makmal individu demi menjamin tahap QA yang tinggi. Memandangkan modul PV ialah produk berorientasikan pelaburan dengan kitar hayat panjang sehingga mencecah 25 tahun, usaha memilih syarikat yang andal menjadi satu keperluan. Sebagai syarikat solar yang paling disegani dan andal, Trina Solar berdedikasi untuk menyediakan pelanggan dengan produk berkualiti tinggi. Trina Solar telah dinilai sebagai pengeluar modul terbaik setelah melepasi kesemua ujian PVEL yang ketat dengan keputusan cemerlang.

"Keputusan ini menunjukkan tahap keandalan yang tinggi dan kualiti produk kami. Selain itu, ia meningkatkan daya saing pasaran produk kami dan turut membantu kami mendapatkan kepercayaan pelanggan," kata Cik Zhou Wei, Naib Presiden Kualiti, Trina Solar, "pada masa depan, kami akan terus mengkaji dan membangunkan produk-produk baharu demi memenuhi kehendak pelanggan menurut senario gunaan berbeza. Kami berhasrat untuk memimpin industri PV bagi memberi manfaat kepada semua umat manusia."

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar Limited ialah peneraju global bagi modul, penyelesaian dan perkhidmatan fotovolta solar. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai penyepadu sistem PV, Trina Solar kini memacu tenaga pintar bersama-sama pemasang, pengedar, utiliti dan pembangun seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com. E-mel: press@trinasolar.com

Source: Trina Solar Limited
Related Stocks:
NYSE:TSL
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities