omniture

Kerajaan Hong Kong Anugerahkan UST Global (Singapore) Pte Ltd Dengan Perjanjian Tawaran Terbuka untuk Perkhidmatan Profesional Berkualiti

UST Global
2017-08-04 14:56 878

ALISO VIEJO, California dan HONG KONG, 4 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Kontrak 4 tahun ini ialah bagi bekalan Perkhidmatan Teknologi Maklumat untuk semua Jabatannya

UST Global (Singapore) Pte Ltd, sebuah subsidiari UST Global Inc., hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan Hong Kong telah menganugerahkan syarikat itu dengan Perjanjian Tawaran Terbuka bagi Perkhidmatan Profesional Berkualiti untuk membekalkan Perkhidmatan Teknologi Maklumat kepada semua 80+ biro dan jabatannya.

Melalui anugerah ini, UST Global (Singapore) Pte Ltd akan mengambil bahagian dalam penyediaan Perkhidmatan Pra-Pelaksanaan Kategori 1 seperti Perancangan Teknologi Maklumat Jabatan dan Kebolehlaksanaan dan Kajian Teknikal, serta Program/Perkhidmatan Pengurusan Projek Bebas; dan Kategori 2 Perkhidmatan profesional IT Berterusan bagi Penyelenggaraan Sistem dan Sokongan dan Sokongan Rangkaian bagi jabatan Kerajaan Hong Kong antara 31 Julai 2017 sehingga 30 Julai 2021.

Kontrak ini telah dianugerahkan oleh Ketua Pegawai Penerangan Kerajaan Hong Kong, En. Allen Yeung, pada acara penghargaan yang diadakan di Hong Kong pada 17 Julai 2017.

Mengulas mengenai anugerah ini, Gilroy Mathew, Pengurus Besar -- Asia Pasifik, UST Global Inc, berkata, "Kami gembira dianugerahkan kontrak ini oleh Kerajaan Hong Kong untuk menyediakan perkhidmatan IT yang inovatif dan kreatif. Penganugerahan ini merupakan bukti perkembangan kami yang berterusan dan pelaburan dalam inisiatif Transformasi Digital kami di rantau Asia Pasifik untuk kedua-dua Sektor Awam dan pelanggan Global 1000. Kami tidak sabar untuk bekerja dengan Kerajaan Hong Kong dan memulakan perjalanan ini untuk 4 tahun akan datang."

Latar Belakang UST Global 

UST Global® ialah sebuah syarikat teknologi digital yang berkembang pesat, menyediakan penyelesaian pengkomputeran dan digital canggih kepada syarikat-syarikat perusahaan dan awam bersaiz besar di seluruh dunia. Dipacu oleh tujuan yang lebih besar untuk 'Mengubah Kehidupan' dan falsafah 'sedikit pelanggan, lebih perhatian', kami membawakan semangat keusahawanan yang mencari laluan terpantas menuju nilai dalam ekonomi digital masa kini. Perkhidmatan teknologi kami yang inovatif dan program sosial rintis berjaya menonjolkan syarikat kami. UST Global beribu pejabat di Aliso Viejo, California dan beroperasi di 21 negara. Para pelanggan kami terdiri daripada syarikat-syarikat Fortune 500 dalam sektor Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan, Penjagaan Kesihatan, Insurans, Peruncitan, Teknologi Tinggi, Pembuatan, Penghantaran dan Telekomunikasi. UST Global berpegang kepada pembinaan hubungan perniagaan yang berkekalan dan strategik melalui model-model penglibatan global yang tangkas serta berpusatkan pelanggan yang menggabungkan antara kepakaran & sumber tempatan dengan kelebihan kos, skala dan kualiti operasi-operasi global.

Hubungan Media:

Manoj M Mani
Manoj.Mattamana@ust-global.com
+91-9632000553

Perhubungan Media
Media.Relations@ust-global.com

Source: UST Global
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Contracts Licensing/marketing agreements