omniture

Lelaki Malaysia lebih aktif bertemu janji berbanding rakan Taiwan dan Singapura mereka dan jika mereka rasa serasi, mereka jadi lebih proaktif

JustDating
2017-08-07 10:54 606

Model telefon memainkan peranan dengan pengguna iPhone lebih cenderung untuk bertemu janji berbanding pengguna Android

JAKARTA, Indonesia, 7 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Era bertemu janji melalui telefon pintar telah tiba dan ramai orang muda memilih untuk mulakan persahabatan baharu melalui telefon mereka. Aplikasi mencari jodoh JustDating baru sahaja mengeluarkan hasil tinjauan terbaru yang dijalankan dalam kalangan lelaki di Taiwan, Singapura dan Malaysia mengenai pengalaman temu janji dalam talian mereka.

Lelaki Malaysia mula bertemu janji pada purata umur 21 tahun

Lelaki Taiwan secara purata bermula pada umur lebih muda iaitu 19 tahun, manakala warga Singapura menunggu sehingga mereka berusia 23 tahun. Walaupun purata umur bagi lelaki Malaysia berada di tengah-tengah antara tiga kumpulan yang ditinjau, sebaik sahaja mereka bermula, mereka lebih aktif bertemu janji. Sehingga 80% lelaki Malaysia mencari calon temu janji melalui aplikasi mencari jodoh dan, jika mereka merasakan keserasian pada temu janji pertama, mereka kurang teragak-agak untuk bertemu janji buat kali kedua dan mahu segera mengenali gadis itu dengan lebih baik. Lelaki di Taiwan dan Singapura mengatakan bahawa mereka akan lebih berhati-hati dan memastikan mereka tetap yakin pada temu janji kedua sebelum bertukar daripada persahabatan kepada hubungan.

Pengguna iPhone lebih cenderung untuk bertemu janji berbanding pengguna Android

Tinjauan ini juga mengkaji model telefon mereka, mendedahkan bahawa pengguna iPhone lebih agresif dalam bertemu janji daripada pengguna model Android. Lebih 70% pengguna iPhone ingin mewujudkan hubungan pada temu janji pertama, berbanding hanya 30% di antara kumpulan pengguna Android.

Source: JustDating
Keywords: Bridal Services Computer/Electronics Social Media Survey, Polls & Research