omniture

Rapha Perkukuh Kedudukan Kepimpinan dan Cita-cita Pertumbuhan Menerusi Pelaburan Daripada RZC

Rapha
2017-08-09 14:12 1058

LONDON, 9 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Jenama gaya hidup berbasikal, Rapha berbesar hati untuk mengumumkan bahawa RZC Investments yang berpangkalan di AS kini merupakan pemegang saham majoriti dalam perniagaannya. Sejak dilancarkan, Rapha dimiliki oleh Simon Mottram dan sekumpulan pemegang saham pengasas, termasuk pelabur utama, Active Partners.

Rapha sentiasa mempunyai cita-cita yang berani untuk memajukan sukan berbasikal dan mendorong penyertaan pada semua peringkat. Sejak dilancarkan pada tahun 2004, jenama ini telah memperkenalkan tahap kualiti, gaya dan prestasi baharu untuk pakaian dan aksesori berbasikal, disokong oleh penajaan Team Sky selama empat tahun. Selain mengubah reka bentuk produk berbasikal, Rapha turut membawakan model perniagaan terus kepada pengguna yang amat menarik dan berjaya kepada dunia berbasikal. Rapha telah merintis pendekatan baharu terhadap kandungan dan pemasaran serta peruncitan omnisaluran dan juga penglibatan pengguna melalui Kelab-kelab Rapha di bandar-bandar utama, Kelab Berbasikal Rapha (RCC), perniagaan Rapha Travel dalaman serta siri acara Rapha global.

Rapha berkembang pesat di luar negara, dan kini menjual melalui 20 laman sesawang tempatan, menghantar ke lebih 100 negara dan mengendalikan 17 Kelab di bandar-bandar utama seluruh dunia, dengan tujuh kelab baharu bakal dibuka menjelang akhir tahun ini. Perniagaan ini meningkat sebanyak lebih 25% setiap tahun, mencapai keuntungan sejak tahun 2009 dan kini mempunyai lebih 200,000 pelanggan aktif dan juga 450 kakitangan.

RZC Investments menyokong pengasas Rapha, Simon Mottram dan pasukan kepimpinan beliau untuk membawakan fasa strategi mereka yang seterusnya. Pemerolehan ini akan membolehkan Rapha memperkenalkan jaringan Kelabnya, kelab Keahlian dan rangkaian produk serta perkhidmatan, memperluas capaiannya di seluruh dunia selain mengukuhkan kedudukan kepimpinannya dalam sukan berbasikal. Simon Mottram akan kekal sebagai Ketua Eksekutif serta mengekalkan sebahagian besar kepentingan beliau dalam perniagaan.

Simon Mottram, pengasas dan ketua eksekutif Rapha berkata:

"Hari ini merupakan hari yang menarik buat Rapha. Ia menandakan permulaan peringkat seterusnya dalam langkah perjalanan kami dan menjadi bukti pertumbuhan dan potensi yang dilihat oleh orang ramai terhadap Rapha dan sukan berbasikal. Penglibatan RZC Investments sebagai pemegang saham menandakan kami dapat meneruskan misi kami untuk memajukan sukan berbasikal sebagai sukan bertaraf global dan mengambil lebih ramai peserta dengan melibatkan mereka dan membolehkan mereka menunggang bersama kami pada semua peringkat. Sokongan daripada RZC Investments akan membolehkan kami untuk terus memperluas komuniti penunggang basikal global kami yang aktif, membangunkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik dan lebih inovatif bagi meningkatkan nilai kehidupan penunggang basikal serta menginspirasikan lebih ramai orang untuk memilih sukan paling hebat di Dunia."

Steuart Walton, pengasas bersama RZC Investments, mengulas:

"Rapha menonjolkan yang terbaik dalam dunia berbasikal. Pelaburan kami memperlihatkan semangat kami terhadap produknya yang berkualiti, komuniti penunggang basikal dan pengguna yang hebat serta masa depannya yang cerah. Visi strategik Rapha telah menetapkan syarikat dalam satu laluan menuju pertumbuhan dan peluang yang luar biasa. Kami berasa teruja dapat menjadi sebahagian daripada lembaran seterusnya ini dalam usaha membawakan sukan terbaik di dunia kepada lebih ramai individu menerusi lebih banyak cara dan tempat."

William Blair, Pinsent Masons dan Withers menasihati syarikat berkenaan urus niaga tersebut.

NOTA UNTUK EDITOR 

Latar Belakang Rapha 

Rapha ditubuhkan pada tahun 2004 bagi membawakan lebih gaya dan prestasi kepada pakaian berbasikal. Kini, ia menyediakan produk untuk setiap penunggang basikal jalanan, bermula daripada pengulang alik bandar kepada pasukan profesional bertaraf dunia dan terus menerobos sempadan inovasi dalam segmen pakaian serta aksesori berbasikal. Di samping itu, Rapha memupuk masyarakat global yang terdiri daripada penunggang basikal yang bersemangat, yang berkumpul bersama-sama sebagai ahli-ahli Kelab Berbasikal Rapha (RCC), kelab terbesar seumpamanya di dunia. Model terus kepada pengguna milik Rapha dan nilai-nilai jenama unik dihidupkan menerusi pelbagai aktiviti berbasikal dan acara-acara di seluruh dunia, tawaran Rapha Travel serta jaringan global Kelab-kelab yang menggabungkan peruncitan, kafe dan budaya berbasikal di bawah satu bumbung.

Latar Belakang RZC Investments 

RZC Investments ialah sebuah firma pelaburan langsung dengan pelaburan-pelaburan berkaitan aktiviti berbasikal termasuk Allied Cycle Works, pengeluar basikal gentian karbon buatan Amerika yang premium. Ditubuhkan oleh Steuart Walton dan Tom Walton, bersama rakan kongsi RZC, Jared Faciszewski, firma ini memberi tumpuan untuk menyediakan modal berbeza dalam tempoh jangka panjang untuk perniagaan-perniagaan dengan pertumbuhan tinggi.

Latar Belakang Active Partners 

Active Partners ialah firma pelaburan yang berpangkalan di London yang memberi tumpuan terhadap sektor pengguna. Ditubuhkan oleh tiga prinsipal sejak sedekad lalu, perkongsian ini mempunyai lebih £100 juta di bawah pengurusan dan kini mengumpul dana ketiga. Strategi firma adalah untuk bekerjasama dengan usahawan-usahawan luar biasa bagi membangunkan jenama-jenama hebat, mewujudkan hubungan kerjasama berkekalan, berkongsi cita-cita dan membawakan pengalaman operasi yang luas kepada syarikat-syarikat pengguna dengan pertumbuhan tinggi. Pelaburan-pelaburan lain termasuk Soho House, Leon, Honest Burgers, Caravan, The Fold dan Finisterre, antara lain.

http://www.apeq.co.uk

http://www.rapha.cc/announcement

Sumber: Rapha

Source: Rapha
Keywords: Fashion Retail Sports Textiles Acquisitions, mergers, takeovers