ALMATY, Kazakhstan, 10 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Perayaan Sanya 2017 ("Perayaan"), satu pameran perdagangan pelancongan peringkat antarabangsa telah diadakan di Almaty, bandar terbesar Kazakhstan, pada 7 Ogos 2017. Ia dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Sanya, menerusi tema "Jemputan Romantis ke Sanya yang Indah."
Perayaan ini menyajikan jerayawara yang menonjolkan daya tarikan unik Sanya sebagai satu-satunya destinasi tarikan pelancongan pantai tropika di China dan menjadi tumpuan beberapa etnik minoriti Cina. Satu portfolio telah dibentangkan dalam acara ini, yang memperlihatkan produk dan perkhidmatan pelancongan Sanya yang mantap. Kualitinya yang tinggi adalah sejajar dengan piawaian global. Sebagai destinasi pelancongan terbuka dan bertaraf antarabangsa, bandar ini diserlahkan oleh persekitarannya yang selamat yang penting untuk percutian yang menyenangkan.
Sewaktu menjadi tuan rumah untuk Perayaan di Asia Tengah, Sanya, selaku destinasi untuk percutian tepian pantai di China, menonjolkan banyak kemudahan bertaraf antarabangsa, dan memberi jemputan yang mesra buat para pengembara dari seluruh dunia. Jerayawara sepanjang hari itu, bersama beberapa tetamu VIP dari Almaty yang turut hadir, menerima pujian luar biasa daripada Jabatan Pelancongan Almaty, golongan profesional pelancongan dan penduduk tempatan.
Kazakhstan ialah salah satu sumber utama kedatangan pengunjung ke Sanya. Semasa separuh pertama tahun ini, Sanya telah menarik 15,000 pengunjung dari Kazakhstan, lima kali ganda berbanding jumlah bagi tempoh yang sama pada tahun 2016. Bagi menggabungkan dan memperluas pasaran pelancongan luar negara Sanya, delegasi kerajaan rasmi yang dipimpin oleh datuk bandar Sanya, Wu Yanjun tiba di Kazakhstan untuk mempromosikan pelancongan ke bandar tepian pantai itu dan menonjolkan sumber alam semula jadi yang unik dan pelancongan yang beraneka di bandar tersebut.
Datuk bandarnya, yang menghantar jemputan kepada para tetamu yang mengambil bahagian serta wakil-wakil media sebelum berlangsungnya acara tersebut, berkata, "Sebagai penyokong kuat Inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan China, Sanya memiliki kelebihan geografi yang berbeza, sumber budaya beraneka dan latar langit yang sentiasa berubah-ubah hasil daripada proses pembinaan dan pembandaran yang berterusan. Peranan bandar ini selaku satu-satunya destinasi percutian tepian pantai tropika bertaraf antarabangsa menjadikan ia tarikan kepada puluhan juta pengembara dari seluruh dunia setiap tahun, dengan jumlah pengunjung yang tinggi dari Kazakhstan. Kini, Sanya meninjau peluang-peluang untuk terus memperluas portfolio yang merangkumi produk-produk pelancongan dan menambah baik landskap pelancongannya, di samping berusaha mengukuhkan usaha perlindungan terhadap alam sekitar selain memajukan infrastruktur bandar dan juga kualiti perkhidmatannya. Matlamatnya adalah untuk mengubah bandar ini menjadi destinasi pelancongan terkemuka yang menawarkan segala kemudahan yang boleh didapati daripada syurga-syurga tropika dunia yang sering dikunjungi. Di masa depan, Sanya merancang untuk terus meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan pelancongan untuk pengembara dari serata dunia, termasuk para pelancong dari Kazakhstan."
Acara promosi pelancongan ini, diwujudkan khusus untuk para eksekutif industri pelancongan antarabangsa, diadakan pada waktu tengah hari dan dihadiri oleh ratusan eksekutif daripada seluruh sektor.
Semasa berlangsungnya acara, pengarah Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Sanya, Fan Mu mengadakan satu pembentangan berilustrasi tentang sejarah dan budaya Sanya, serta turut meluangkan beberapa minit untuk memperincikan legenda dan kisah di sebalik pemandangan indah yang menjadi tarikan untuk bandar ini, dengan memberi tumpuan terhadap promosi Sanya sebagai destinasi tropika selain lokasi yang mempunyai sumber dan perkhidmatan pelancongan berkualiti tinggi untuk para pelancong luar negara. Beliau berkata, "Awal tahun ini, Sanya merupakan satu-satunya tempat di China yang dipilih sebagai salah satu daripada 52 Tempat untuk Dilawati 2017 oleh The New York Times. Terletak di latitud 18° N, Sanya mendapat sinaran matahari selama lebih 300 hari setahun dan mempunyai purata suhu 25°C (77°F). Dengan adanya sumber-sumber unik ini, industri pelancongan menjadi tonggak bagi pembangunan ekonomi tempatan. Kini, bandar ini telah menyelesaikan usaha pemulihan ekologi dan pemulihan bandarnya. Dengan kemudahan bandar yang dipertingkat, lebuh raya dan jalan raya yang baru siap, kontinjen polis khas yang fungsi tunggalnya adalah untuk membantu dan menjamin keselamatan pelancong serta talian telefon penting untuk menjawab pertanyaan dan isu pelancong yang telahpun beroperasi, persekitaran Sanya yang dipertingkat untuk pengembara dan pelancong antarabangsa akan dapat memenuhi keperluan mereka sepenuhnya." Akhir sekali, En Fan, bagi pihak semua golongan profesional pelancongan di Sanya menjemput para tetamu yang mengambil bahagian untuk melanjutkan kerjasama pelancongan dan pertukaran budaya.
Acara promosi ini menerima maklum balas positif daripada hadirin. Rysty Karabayeva, Presiden Persatuan Pelancongan Eurasia Kazakhstan menambah, "Sebagai destinasi pantai tropika yang baru muncul dengan kemudahan bertaraf antarabangsa, Sanya meningkatkan pembangunan pelancongan tempatan dengan menembusi pasaran antarabangsa, termasuk pelancaran laluan perjalanan udara dan pelayaran lautan antarabangsa, selain dasar tanpa visa demi kemudahan pelancong dari seluruh dunia. Kami kagum dengan usaha mereka dan akan terus membantu membawakan lebih ramai pengembara dari Kazakhstan ke Sanya."
Para pengembara dari 26 negara kini dapat menikmati akses tanpa visa ke Sanya. Selain itu, 21 laluan antarabangsa dan rantau disediakan, termasuk perkhidmatan laluan Sanya-Almaty, yang mengendalikan 58 penerbangan seminggu. Penerbangan-penerbangan ini, yang membantu mewujudkan kitaran pelancongan 4 jam, 8 jam dan 12 jam yang menghubungkan Sanya ke lebih banyak negara dan wilayah, merupakan faktor utama yang mengubah bandar itu menjadi destinasi pelancongan antarabangsa yang makmur.
Perayaan tersebut berjalan lancar yang turut menerima maklum balas positif dan menggalakkan daripada para peserta sepanjang hari. Reruainya, yang mempamerkan sampel makanan dan produk tempatan selain maklumat mengenai penginapan, pengembaraan, pelancongan, membeli belah dan hiburan, dibanjiri oleh pengunjung, yang kebanyakkannya amat berminat dengan broked warganegara Li dan fisioterapi perubatan Cina tradisional. Minat dalam kalangan ramai pengunjung ditingkatkan lagi menerusi banyak pembentangan yang menggunakan realiti maya terkini dan teknologi hiburan interaktif bagi menyampaikan maklumat. Suasananya begitu mengalu-alukan dan banyak reruai kehabisan risalah promosi dan brosur dengan pantas, walaupun cetakan besar terus dicetak kerana menjangkakan jumlah hadirin yang ramai. Anggaran hasil daripada acara ini menunjukkan hampir 1,000 pertanyaan diajukan tentang promosi tersebut.
Ayjan, seorang penduduk Almaty berkata, "Saya sentiasa berharap untuk beroleh peluang mengunjungi Sanya dan kini saya mendapat lebih banyak maklumat tentang adat, budaya dan masyarakatnya. Saya berharap dapat meluangkan masa percutian saya di tempat yang indah ini suatu hari nanti."
Sebelum ini, Perayaan ini diadakan di Bangkok, Thailand, Kuala Lumpur, Malaysia serta Jakarta, Indonesia dan kini di Almaty. Kerajaan Sanya berkata hentian masa depan untuk jerayawara ini termasuklah Rusia, UK dan Jerman, serta negara-negara dan wilayah-wilayah lain yang menjadi sumber pengunjung penting untuk Sanya. Di setiap hentian, mereka merancang untuk menganjurkan acara-acara promosi dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran dan meningkatkan reputasi Sanya dalam pasaran pelancongan antarabangsa.
Latar Belakang Sanya
Terletak di lokasi paling selatan pulau Hainan, China, Sanya ialah sebuah destinasi pantai bertaraf antarabangsa. Bandar ini mendapat pujian para pengunjung dunia sebagai satu-satunya destinasi percutian tepian pantai Cina disebabkan oleh kawasan pinggir lautnya yang menakjubkan dan warisan budaya yang hebat.
Untuk maklumat lanjut tentang Sanya, sila kunjungi:
http://english.sanya.gov.cn/publicfiles//business/htmlfiles/englishsite/tourism/index.html
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170808/1915773-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170808/1915773-1-b