omniture

Fuse Globe Telecom bakal Sediakan Pinjaman Dikuasakan oleh Mambu

Mambu
2017-08-10 09:05 837

SINGAPURA, 10 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Mambu bantu ubah operasi sedia ada dan lancar produk baharu agar mampu capai 60 juta pelanggan Globe   

Mambu, enjin perbankan SaaS, hari ini mengumumkan ia akan memperkasa produk pemberian pinjaman pengguna dan perniagaan Fuse, iaitu cabang pemberian pinjaman bagi firma teknologi kewangan Filipina, Mynt, mulai September 2017.

generated by system

Dilancarkan pada tahun 2015, Mynt ialah subsidiari syarikat telekomunikasi Filipina utama Globe Telecom yang mempunyai kumpulan pelanggan melebihi 60 juta. Mynt meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan melalui wang mudah alih, mikropinjaman dan teknologi dengan memanfaatkan rangkaian mudah alih dan kedai milik rakan-rakan kongsinya serta syarikat induk di negara yang mempunyai penembusan pasaran sebanyak 113% namun hanya 31% penembusan perbankan.

Mynt melancarkan perniagaan pemberian pinjamannya, Fuse pada tahun 2016 bagi menangani ketiadaan kemudahan kredit di Filipina. Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) menyumbang sebanyak 99.6% daripada jumlah syarikat berdaftar di negara tersebut, serta individu yang menghadapi kesukaran yang besar untuk mengakses kredit daripada pemberi pinjaman sedia ada disebabkan oleh keputusan kredit yang ketat, dokumentasi pengesahan yang terhad dan kekurangan cagaran.

John Rubio, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mynt berkata: "Kebanyakan penduduk Filipina tidak mempunyai sejarah kredit yang boleh menjadi dasar bagi transaksi kewangan masa depan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan kurangnya akses kepada kemudahan kredit yang sah dan meningkatnya pemberi pinjaman yang tidak formal. Melalui Fuse, kami mengubah senario ini bagi menyediakan perkhidmatan kewangan dengan cara bukan tradisional yang akan memberi manfaat kepada kebanyakan penduduk kami yang tidak mempunyai akaun bank."

"Mambu memahami visi kami dan membolehkan kami mencipta, melancarkan dan menyediakan perkhidmatan produk tersuai dengan pesat dan dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan," kata Anthony Thomas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Fuse. "Di Mambu, kami telah menemui rakan yang tepat untuk mempercepatkan dan memperluas perniagaan pemberian pinjaman kami, selain memperkasa produk pinjaman inovatif dan memperoleh produk pinjaman pengguna dan perniagaan."

Kefleksibelan penyelesaian ini akan membolehkan Fuse menangani beberapa cabaran yang khusus kepada Filipina dengan mengkonfigurasi cabaran-cabaran itu secara automatik untuk pasaran.

"Model SaaS Mambu menyediakan Fuse dengan penyelesaian yang terbaik dalam kategorinya yang memberi faedah daripada peningkatan berterusan dan hanya memerlukan sumber yang sedikit untuk mengekalkannya," kata Thomas. "Kami akan berupaya memperluas dan bersepadu dengan teknologi terkini serta bersiap sedia mengurus jumlah transaksi penting yang kami jangkakan."

"Dengan memanfaatkan ketangkasan enjin perbankan SaaS Mambu, kami akan mendayakan Fuse untuk menyediakan produk pinjaman yang inovatif dan amat diperlukan oleh perniagaan dan pengguna Filipina," kata Chiou Hao Chan, Pengarah Urusan Mambu, APAC. "Mynt berada dalam kedudukan ideal untuk mengubah pasaran dan memenuhi kehendak pengguna untuk kemudahan pemberian pinjaman digital yang mudah dan selamat. Kami menjangkakan terdapatnya peningkatan jumlah syarikat telekomunikasi dan penyedia pihak ketiga di APAC yang akan beralih ke dalam pasaran perkhidmatan kewangan dan berharap dapat menyokong usaha peralihan ini."

Latar Belakang Fuse Lending, Inc. (Fuse)  

Fuse ialah sebuah syarikat pemberian pinjaman berasaskan teknologi di Filipina yang menyediakan pinjaman didayakan teknologi kewangan termasuk pinjaman mikro, peribadi dan perniagaan, tanpa sekatan-sekatan biasa yang dikenakan oleh bank-bank dan institusi-institusi pemberian pinjaman lain kepada pelanggannya. Ia dikendalikan oleh Mynt, subsidiari milik penuh Globe Telecom.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.fuselending.com. Ikuti kami melalui Facebook di http://www.facebook.com/fuselending.

Latar Belakang Globe Fintech Innovations, Inc. (Mynt) 

Mynt ialah subsidiari milik penuh Globe Capital Venture Holdings, Inc. yang menyediakan penyelesaian teknologi kewangan yang inovatif dan pertama di dunia untuk pengguna, peniaga dan juga organisasi. Tujuannya adalah untuk mendayakan akses kewangan untuk pengguna dan peniaga bagi mengubah saluran tradisional melalui perkhidmatan teknologi kewangan digital. Ia mengendalikan dua syarikat teknologi kewangan: GCash, satu perkhidmatan mikropembayaran yang mengubah telefon bimbit menjadi dompet maya bagi tujuan pemindahan wang yang selamat, pantas dan mudah, serta Fuse, sebuah syarikat pemberian pinjaman berasaskan teknologi yang membolehkan warga Filipina mendapatkan pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan melalui penggunaan teknologi mudah alih, data alternatif dan kaedah pemarkahan kredit yang inovatif. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mynt.xyz

Latar Belakang Mambu 

Mambu ialah enjin perbankan yang memperkasa produk pinjaman dan deposit disruptif. Kami merupakan alternatif sokongan untuk sistem perbankan teras yang rumit. Usaha membantu pelanggan kami memulakan usaha sama perniagaan baharu dengan jayanya, mengubah operasi sedia ada, melancarkan produk baharu dan menembusi pasaran baharu. Mambu menyediakan institusi-institusi kewangan semua saiz dengan ketangkasan untuk mereka bentuk, melancarkan, menyediakan perkhidmatan dan memperluas portfolio perbankan dan pemberian pinjaman mereka dengan pesat.

Dilancarkan pada tahun 2011, teknologi kami memperkasa lebih 5000 produk pinjaman dan deposit yang berkhidmat untuk lebih 3 juta pelanggan akhir. Dengan lebih 180 operasi langsung di lebih 40 negara, bermula daripada Teknologi Kewangan yang revolusioner kepada bank-bank biasa, Mambu membantu institusi-institusi kewangan berkembang dan meningkat maju dalam era digital.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang kami atau ikuti kami melalui Twitter dan LinkedIn.

Source: Mambu
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Telecommunications New products/services