omniture

Kepuasan Jualan dan Pengedaran GAC Motor Terajui Indeks J.D. Power China

GAC Motor
2017-08-15 19:10 639

Strategi berorientasikan pelanggan bawa kejayaan global  

GUANGZHOU, China, 15 Ogos 2017 PRNewswire/ -- Pembuat kereta yang paling pesat berkembang di China, GAC Motor, tersenarai pada kedudukan ketujuh dalam Indeks Kepuasan Jualan (SSI) J.D. Power China 2017 bagi kategori pasaran besar-besaran, iaitu kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh jenama auto Cina.

GAC Motor meraih kedudukan tertinggi dalam kalangan jenama auto Cina, mencapai kedudukan ketujuh bagi SSI J.D. Power China 2017 menerusi kategori pasaran besar-besaran.
GAC Motor meraih kedudukan tertinggi dalam kalangan jenama auto Cina, mencapai kedudukan ketujuh bagi SSI J.D. Power China 2017 menerusi kategori pasaran besar-besaran.

Menurut SSI, yang menawarkan perspektif lengkap terhadap jualan automotif dan proses penyerahan, J.D. Power China mengiktiraf jaringan jualan yang bersepadu serta perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif daripada GAC Motor. Setakat Jun 2017, GAC Motor mempunyai lebih 470 pengedar di seluruh dunia dan angka ini dijangka mencecah 520 pengedar menjelang akhir tahun 2017. Menerusi pewujudan kedai jaringan kelompok, kini syarikat mempunyai hampir 800 lokasi yang dapat menyediakan jualan dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan.

GAC Motor turut menerima 934 skor dalam Indeks Kepuasan Pengedaran (DSI) J.D. Power, pencapaian yang tertinggi dalam industri.

Yu Jun, presiden GAC Motor menyatakan bahawa kini China merupakan pasaran automotif yang paling penting di dunia dan kejayaan ini adalah hasil daripada strategi syarikat yang berorientasikan pelanggan.

"Strategi ini menjamin jualan dan pasukan perkhidmatan kami menyediakan pengalaman berkualiti terbaik untuk pelanggan kami di seluruh dunia. Dengan membina pasukan yang serba boleh, memupuk bakat muda dan mewujudkan sistem maklum balas maklumat, kami boleh menjadikan GAC Motor sebagai jenama auto yang bertaraf dunia."

Prinsip yang mengutamakan pelanggan oleh GAC Motor turut menjurus kepada kejayaan dalam pasaran antarabangsa. Dengan mengunjungi dan meninjau pasaran antarabangsa bagi tujuan penyesuaian strategi, peruntukan sumber, penggunaan teknologi dan dasar-dasar pengedaran yang sewajarnya, GAC Motor berupaya untuk terus meningkatkan penyetempatan kenderaan, jualan dan juga perkhidmatannya.

Pada tahun 2017, GAC Motor membuka sebuah kedai utama dan kilang SKD di Nigeria bagi menyediakan perkhidmatan yang dapat disesuaikan dengan pasaran Nigeria. Tidak lama kemudian, Dangote Group, konglomerat pengilangan yang terbesar di Afrika Barat, mewujudkan perkongsian dengan GAC Motor untuk membeli kenderaan bagi kegunaan korporat.

GAC Motor turut mengguna pakai strategi pengurusan yang seragam dalam seluruh jaringan pengedaran globalnya, perkhidmatan selepas jualan, pasukan sokongan pasaran dan juga wakil-wakil khidmat pelanggan demi memenuhi keperluan semua pelanggannya.

"Pada masa depan, GAC Motor merancang untuk menambah lebih banyak pusat perkhidmatan dan pengedar kepada jaringan global, melihatkan taburan rasional bagi rantaian perindustriannya yang berpegang pada strateginya yang berorientasikan pelanggan," kata Yu. "Kami akan membina jenama bertaraf antarabangsa dan mempromosikan pemasaran berasaskan pengalaman di samping memilih pengedar antarabangsa berdasarkan sistem dan keupayaan perkhidmatan selepas jualan kami."

Dengan matlamat untuk melancarkan lebih banyak model demi memenuhi kehendak pasaran, GAC Motor akan menawarkan lebih banyak pilihan untuk pengguna, termasuk SUV GS7 yang mantap dan SUV GS3 subkompak, yang bakal dilancarkan pada Ogos ini.

Latar Belakang GAC Motor

Sebuah subsidiari GAC Group, GAC Motor membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium, mencapai 96 peratus kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina yang lain dalam tempoh yang sama. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut dan kedudukan kelima dalam kalangan semua jenama global menurut Kajian Kualiti Awal China 2016 J.D. Power Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMoto
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://twitter.com/gac_motor

Maklumat Perhubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
sukie_gacmotor@126.com

Taki Jiang
+86-134-5028-4242
takijiang@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170814/1919421-1

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation