omniture

Gelombang pertama keputusan Kajian Perjalanan & Teknologi agoda: trend pelancong penginapan perjalanan bukan hotel

agoda.com
2017-08-17 14:00 482

SINGAPURA, 17 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- agoda, salah satu platform tempahan penginapan terbesar di dunia, hari ini menyiarkan motivasi dan tingkah laku tempahan yang mendorong peningkatan kadar penginapan bukan hotel (NHA) – juga dikenali sebagai rumah inap. Inventori agoda yang merangkumi lebih 1.5 juta hartanah seluruh dunia telah menyenaraikan pelbagai pilihan rumah inap selama bertahun-tahun, menyediakan lensa yang unik terhadap impak NHA dari masa ke masa.

(1)   Pelancong lebih cenderung untuk memilih penginapan rumah apabila berada di kawasan yang berdekatan

Para pelancong tempatan lebih cenderung untuk menempah rumah inap. Namun begitu, mereka juga lebih cenderung mempertimbangkan untuk menempah kediaman/pangsapuri milik persendirian apabila melancong ke negara-negara jiran.

Para pelancong dari Indonesia (79%), Singapura (71%), Filipina (82%) dan Thailand (80%) berkemungkinan besar mempertimbangkan untuk menempah rumah inap apabila melancong di Asia. Begitu juga, para pelancong dari UK (88%), AS (84%) dan Australia (75%) berkemungkinan besar mempertimbangkan untuk menempah rumah milik persendirian di benua asal mereka.

(2)   Alasan memilih alternatif hotel berbeza mengikut negara

Warga Indonesia (55%), Malaysia (54%) dan Filipina (53%) akan menempah NHA bagi menempatkan keluarga dan kumpulan yang besar.

Sementara itu, penduduk Singapura (57%), Thailand (54%) dan Australia (46%) melihat NHA sebagai pilihan lebih murah berbanding bilik hotel.

Pelancong Cina yang gemar mengembara kebanyakannya mempertimbangkan NHA bagi mendapatkan lebih banyak pengalaman pelancongan tempatan (55%).

(3) Jenis NHA

Dalam kalangan penempah bukan hotel, terdapat trend yang jelas bagi jenis NHA paling popular yang ditempah dalam setiap pasaran:

  • Inap Sarapan (B&B) menduduki kedudukan pertama bagi pelancong Filipina, dengan 53% mereka yang ditinjau membuat satu tempahan tahun lalu
  • Kediaman peribadi adalah antara kegemaran para pelancong dari Singapura (44%), Malaysia (40%) dan Australia (38%)
  • Vila dan rumah tamu sangat digemari oleh pelancong Indonesia (37%, 36%) dan Thailand (31%, 32%)

Menghubungkan pelancong ini kepada hartanah rumah inap ialah agoda Homes, portal untuk pemilik rumah menyenaraikan hartanah mereka kepada berjuta-juta pengguna agoda di seluruh dunia, tanpa sebarang kos.

"agoda menawarkan pelbagai kediaman selama bertahun-tahun setakat ini, dan kami akan terus membangunkan inventori kami bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelancong – bermula daripada lebih banyak pilihan konvensional seperti kediaman peribadi atau vila kepada hartanah unik seperti rumah pokok mahupun kapal layar," kata Andy Edwards, Pengarah Global bagi Komunikasi Jenama dan Pemasaran agoda.

Kajian Perjalanan & Teknologi agoda adalah berdasarkan satu tinjauan melibatkan lebih 16,000 responden berumur 18-64 tahun daripada 15 negara dan meliputi motivasi dan tingkah laku tempahan dalam kalangan pelancong dalam era inovasi berteknologi ini.

Ingin dibuai-buai perlahan-lahan sehingga tidur di ombak? Atau bangun tidur di dalam rumah pokok? Atau berdiri di dapur anda sendiri dan melihat pemandangan gunung yang belum pernah anda saksikan? Bermula dengan pilihan unik hingga mewah, berikut merupakan beberapa agoda Homes yang paling luar biasa daripada agoda untuk pelancong bagi memenuhi minat pengembaraan mereka:

Rumah Tamu yang Anggun

Rumah Tamu Tegal Panggung, Jogjakarta 
https://www.agoda.com/en-sg/tegal-panggung-guest-house/hotel/yogyakarta-id.html

Dengan gabungan yang mempesonakan antara seni bina Jawa klasik dengan pengaruh minimalis moden, rumah ini merupakan tempat tinggal yang sempurna untuk percutian keluarga. Terletak hanya sejauh 7 kilometer dari Lapangan Terbang Adisucipto dan 500 meter dari pusat bandar, bersiar-siar untuk meneroka bekas ibu kota Indonesia itu akan menjadi aktiviti berjalan-jalan untuk pelancong keluarga. Para tetamu juga harus meninjau bilik keluarga bagi berjam-jam aktiviti yang menyeronokkan!

Panduan-pro: Tempahlah Pavilion (gambar di atas) bagi pengalaman keluarga yang selesa.

Rumah Tamu Sakainoma Kuma di Osaka, Jepun
https://www.agoda.com/sakainoma-kuma-guesthouse/hotel/all/osaka-jp.html

Rumah Tamu Sakainoma Kuma menawarkan keanggunan bilik tamu Jepun yang bersifat tradisional berserta taman Jepun yang tenang untuk waktu yang damai buat diri sendiri. Terokalah Kuil Nanshu-ji dan Kuil Takasu untuk oasis rohani yang terletak kurang daripada 1.6 kilometer dari rumah tamu.

Vila Menakjubkan

Aquila Nova Retreat di Melbourne, Australia
https://www.agoda.com/aquila-nova-retreat/hotel/melbourne-au.html

Sedang mencari tempat percutian yang tenang untuk melarikan diri daripada tekanan kehidupan seharian? Bersiar-siarlah dalam hutan hujan asli dan menjalin semula hubungan dengan insan tersayang dalam vila yang rimbun ini, tersergam dalam ketenangan taman-taman berlandskap indah dan berada di tengah-tengah Taman Negara Danenong Ranges. Untuk malam yang tenang, pangganglah marshmallow bersama keluarga dan rakan-rakan di sekitar pendiang.  

Rumah Atas Pokok yang Indah

Rumah Pohon Tree House, Bali 
https://www.agoda.com/rumah-pohon/hotel/bali-id.html?cid=-200

Terletak di Nusa Penida, sebuah pulau yang terletak jauh dari Denpasar yang sesak, rumah pokok ini adalah tempat penginapan sempurna untuk percutian yang tenang dan intim bersama insan tersayang. Terletak di atas pokok di sepanjang pantai, para pelancong boleh melakukan aktiviti menyelam dan mendaki pada sebelah petang. Tempahlah kedua-dua bilik untuk percutian berkumpulan yang eksklusif; kanak-kanak di bawah umur tiga tahun juga boleh menginap secara percuma.

Perkhemahan 

Perkhemahan Bali di Bali, Indonesia
https://www.agoda.com/bali-camping/hotel/bali-id.html

Nikmati pemandangan dan bunyi-bunyian Bali di tapak perkhemahan yang luas ini. Alami kehidupan yang ringkas dan kembali ke alam semula jadi tatkala anda meneroka denai mendaki yang mengagumkan yang pastinya membuatkan anda mahukan lebih lagi! Berendam dalam mandi air panas yang menenangkan dan biarkan tekanan harian beransur-ansur hilang di lokasi percutian yang unggul ini.

Pangsapuri

Pangsapuri Luas Mesra Keluarga di Shinjuku B26, Tokyo, Jepun
https://www.agoda.com/family-friendly-spacious-apartment-in-shinjuku-b26/hotel/tokyo-jp.html?cid=-211

Sama ada anda merupakan pelancong atau pengembara perniagaan, kediaman minimalis yang selesa ini memberikan perlindungan daripada kehidupan bandar yang begitu pantas. Terletak tidak jauh dari Kuil Meiji dan daerah Asakusa yang hiruk pikuk, para pelancong boleh bergembira dengan memiliki rumah jauh dari rumah, walaupun ketika bercuti. Hartanah ini mempunyai tiga bilik tidur dan amat sesuai untuk keluarga yang ramai atau kumpulan besar yang mencari nilai di bandar utama Jepun.

Rumah Inap yang Selesa

Rumah Inap Under The Coconut Tree Hoi An di Hoi An, Vietnam
https://www.agoda.com/under-the-coconut-tree-hoi-an-homestay/hotel/hoi-an-vn.html

Terletak di pantai An Bang yang indah di Hoi An, rumah inap menawan yang mesra alam dan bergaya ini adalah begitu sempurna untuk mereka yang menginginkan percutian yang menarik dan tenang. Bersiar-siarlah di tepi pantai dan nikmati pelbagai aktiviti yang terletak berhampiran dengan oasis ini. Malah, pelancong boleh menyewa basikal atau motosikal pada harga berpatutan dan bersiar-siar di sepanjang pantai mahupun di bandar.

Kapal Layar Mewah

Luxury Yacht MM2 di Phuket, Thailand
https://www.agoda.com/luxury-yacht-mm2/hotel/phuket-th.html?cid=-200

Dilancarkan pada tahun 1931, kapal layar mewah ini pada asalnya digunakan dalam Perang Dunia II sebagai bot rondaan. Setelah selesai menjalani pengubahsuaian dan proses memasang pulih teknikal, kapal layar bersejarah ini kini tersedia untuk tempahan persendirian! Terletak di Phuket, Luxury Yacht MM2 ialah kediaman percutian yang sempurna untuk pengembara yang ingin menyelam, bersnorkel atau berkanu di sekitar bilik peribadi mereka.

Imej-imej beresolusi tinggi disediakan di pautan ini: https://www.dropbox.com/sh/pee29dlqbk1mlm2/AAC-BQA9Fwn9Z3U2SkOa0m02a?dl=0

Latar Belakang agoda.com

agoda, sebahagian daripada Priceline Group (Nasdaq:PCLN) yang tersenarai dalam Nasdaq, ialah salah satu platform tempahan penginapan dalam talian yang berkembang paling pesat di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai sebuah syarikat baharu, agoda berkembang pantas di Asia dan tidak lama kemudian diambil alih pada tahun 2007 oleh penjual terbesar dunia bagi bilik-bilik secara dalam talian -- Priceline Group. agoda menawarkan lebih satu juta pilihan penginapan di seluruh dunia dengan perkhidmatan dan sokongan dalam lebih 40 bahasa. Operasi-operasi berpangkalan di Singapura, Bangkok, Kuala Lumpur, Tokyo, Sydney, Hong Kong, dan Budapest, manakala kehadiran tambahan boleh didapati di bandar-bandar utama seluruh Afrika, Timur Tengah, Eropah dan juga benua Amerika.

Source: agoda.com
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Multimedia/Online/Internet Travel Web Site Survey, Polls & Research