BANGALORE 17 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Coverfox, syarikat Teknologi Insurans 50 terbaik dunia mengubah ekosistem insurans India menerusi laman sesawang perbandingannya yang membolehkan pengguna membandingkan, membeli dan mengurus polisi insurans. Coverfox bekerjasama dengan Vizury untuk merintis dan melaksanakan 'pemperibadian peringkat sebut harga' menerusi saluran pemasaran dalam talian untuk berhubung secara berkesan dengan pengguna yang meninggalkan laman sesawang selepas mengambil sebut harga insurans.
"Keupayaan Vizury untuk menawarkan pemperibadian 1:1 menerusi pilihan antara teknologi iklan dan saluran teknologi pemasaran menjadikannya unik. Setelah melihat keputusan paparan programatik yang hebat dan berterusan yang mana kami berupaya menurunkan COA sebanyak 75%, kini kami turut memperluaskan penyelesaian kami kepada saluran-saluran lain," ujar Siddesh Karkar, Ketua Pemasaran Dalam Talian di Coverfox.
Apabila pengguna meninggalkan laman sesawang Coverfox setelah mengambil sebut harga, Engage - platform pemasaran Vizury mengambil pembolehubah peringkat sebut harga seperti model kereta, nombor pendaftaran, amaun premium, dsb. Titik data granular ini kemudiannya digunakan untuk memberikan iklan yang diperibadikan kepada pengguna bagi menyediakan pengalaman yang lebih tepat dan relevan dan membawa mereka kembali ke laman sesawang tersebut.
"Kami tekal meningkatkan kos skala dan pemerolehan pada platform Vizury. Paling penting, kami berupaya untuk bersama-sama menerobos sempadan inovasi pemasaran selanjutnya dengan bantuan saluran-saluran seperti Tolak Pelayar, satu faktor penentu untuk kami tatkala kami berusaha untuk mengubah segmen insurans dalam talian," kata Jaimit Doshi, Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran di Coverfox.
Meskipun tumpuan diberikan terhadap Paparan Programatik dan saluran Facebook sejak tahun lalu, baru-baru ini, Coverfox turut melancarkan Pemberitahuan Tolak Pelayar – saluran pemasaran baharu pada pelayar laman web yang serupa dengan pemberitahuan tolak mudah alih.
"Coverfox dan Vizury berkongsi minat yang sama terhadap inovasi - dan perkongsian ini mendorong kami untuk mewujudkan keupayaan pemperibadian yang canggih. Tatkala kami memperluas hubungan kerjasama kami kepada saluran-saluran selain programatik, kami berharap dapat membantu Coverfox mendorong penukaran yang tekal dan seragam untuk interaksi bersama pengguna dalam seluruh saluran ini," kata Subra Krishnan, Naib Presiden Kanan Produk di Vizury.
Latar Belakang Coverfox
Coverfox.com ialah portal insurans dalam talian yang paling pesat berkembang di India yang membolehkan anda membandingkan, membeli dan mengurus polisi insurans anda. Menggunakan teknologi proprietari dan platform berasaskan algoritma, pengguna boleh membandingkan dan memilih daripada pelbagai pelan merentasi syarikat-syarikat insurans terkemuka, memahami ciri-ciri utama dan membeli polisi secara serta merta dan selamat. Coverfox kini menawarkan polisi insurans kesihatan, kereta, motosikal, perjalanan dan rumah.
Coverfox dikendalikan oleh Glitterbug Technologies, sebuah syarikat teknologi yang menerima pembiayaan Siri A & B daripada dana-dana global seperti SAIF partners, Accel dan Catamaran Ventures Narayan Murthy.
Latar Belakang Vizury
Vizury ialah sebuah syarikat teknologi Pemasaran Pertumbuhan yang memacu pengekalan pengguna dan penukaran tokokan untuk jenama-jenama kewangan, pelancongan dan e-dagang. Vizury Engage, Platform Pemasaran Pertumbuhan memanfaatkan keupayaan pembelajaran mesin untuk mendapatkan ramalan pada peringkat pengguna dan pemesejan 1:1. Vizury menyokong pelbagai jenama termasuk Citibank, eBay, Prudential, Jet Airways dan Etihad Airways, di lebih 40 negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.vizury.com.
Hubungi:
Dharshan Chandran
dharshan.chandran@vizury.com
+91-8884010313