omniture

Persidangan Pelancongan Gunung dan Sukan Luar Antarabangsa 2017 bermula di Qianxinan, wilayah Guizhou, China

2017 International Mountain Tourism and Outdoor Sports Conference
2017-08-17 23:54 779

XINGYI, China, 17 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Persidangan Pelancongan Gunung dan Sukan Luar Antarabangsa 2017 bermula di Xingyi, ibu kota wilayah Qianxinan, satu kawasan yang terletak di bahagian barat daya wilayah Guizhou, China pada 16 Ogos 2017. Acara ini dijangka akan menarik lebih 1,200 pegawai kerajaan dan eksekutif perniagaan selain pihak berpengaruh dan pakar dari seluruh dunia dalam segmen pelancongan gunung dan sukan luar dari 29 negara dan rantau seluruh dunia.

Majlis Perasmian
Majlis Perasmian

Persidangan ini, dengan slogan "menggalakkan keharmonian antara manusia dan alam semula jadi serta gaya hidup sihat" akan menganjurkan lebih 20 acara sukan gunung peringkat antarabangsa, termasuk mengembara berjalan kaki, acara tanglung langit yang dianjurkan oleh Liga Kelab Belon Cina, Kejohanan Rali China, acara perkhemahan, pertandingan lumba basikal, pertandingan larian rentas desa dan cabaran sukan gunung. Selain itu, beberapa siri mesyuarat dan seminar khusus untuk industri pelancongan akan diadakan semasa acara tersebut, termasuk forum tahunan pertama bagi Perikatan Pelancongan Gunung Antarabangsa (IMTA) serta seminar Pembangunan Hijau dan Pelancongan Gunung yang akan menghimpunkan sejumlah wartawan dan pemimpin daripada dewan perniagaan antarabangsa.

IMTA ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan dengan kelulusan Majlis Negeri China, yang terdiri daripada 111 kumpulan dan individu dari 26 negara dan wilayah daripada lima benua, dengan mantan Perdana Menteri Perancis, Dominique de Villepin kini berperanan sebagai pengerusinya. Matlamat IMTA adalah untuk menyokong ahli-ahli globalnya dalam usaha membangunkan pasaran pelancongan gunung masing-masing dengan memberikan mereka pengalaman, modal dan juga bakat, selain bentuk sokongan lain, dan untuk meneroka pusat peranginan gunung yang paling terkenal di dunia, dengan sasaran untuk menemui cara terbaik menyediakan perkhidmatan pelancongan gunung yang lebih bertaraf profesional. IMTA ialah pertubuhan antarabangsa pertama di China yang beribu pejabat di luar Beijing.

Source: 2017 International Mountain Tourism and Outdoor Sports Conference
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Sporting Events Sports Travel New products/services